Kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur menyebabkan penduduk Cyberjaya dan Putrajaya terpaksa keluar seawal pukul 6 pagi untuk mengelak daripada terperangkap dalam kesesakan. Dipercayai, ia berpunca akibat kekurangan akses pengangkutan awam utama untuk ke Kuala Lumpur.
Seorang pengguna di Twitter, @nadiazaman berkongsi gambar keadaan jalan sesak yang perlu dia hadapi setiap hari meskipun menggunakan Lebuh Raya Kuala Lumpur – Putrajaya (MEX). Dia turut mempersoalkan sama ada berlaku perubahan kesesakan lalu lintas di Lebuh Raya MEX selepas Transit Aliran Massa (MRT) beroperasi sepenuhnya yang dijangka bermula bulan hadapan. Ternyata perkongsiannya itu mendapat persetujuan dan perhatian orang ramai yang mana rata-ratanya melontarkan pelbagai pendapat berkenaan isu tersebut. Menurut @afiqazni, punca berlakunya kesesakan lalu lintas kerana ketiadaan pengangkutan awam serta faktor-faktor lain yang berkaitan.
"Punca utamanya adalah, lemahnya prestasi dan ketiadaan pengangkutan awam seperti bas dari taman perumahan ke stesen MRT. "Penambahan jumlah kenderaan di jalan masih akan terus meningkat selari dengan kepadatan penduduk yang bertambah kesan limpahan dari pusat bandar," ujarnya. Manakala @Atreyue2 terkejut apabila melihat keadaan jalan yang sesak walaupun sekarang ini musim cuti sekolah. "Ya ALLAH cuti sekolah pun masih macam ini ke? Ingat kurang sikit, harapan lepas ini ramai guna MRT," katanya. "Stres tiap-tiap pagi hanya ALLAH yang tahu. Nak pergi KL je pun, tapi terasa lamanya macam nak ke JB," ujar seorang lagi netizen, Warga Salak Tinggi. Berdasarkan laporan media, Fasa 2 MRT Putrajaya meliputi jarak laluan sepanjang 57.7km, dengan 36 stesen dari kawasan Damansara ke Putrajaya dijangka beroperasi sepenuhnya bermula bulan hadapan. Sumber: Majoriti
|
AbukRokok replied at 22-2-2023 06:29 PM
tak sbb ramai dah kne tipu beli rumah di kota warisan nilai dengkil tapi kerja KL
Samerosie replied at 22-2-2023 07:02 PM
Lagi satu dr sini memang dah banyak keta sebab banyak kawasan perumahan baru dah buka, cybersouth la ...
Samerosie replied at 22-2-2023 11:00 AM
Dla dr cyberjaya nak ke mana? I dok kota warisan mex ni dia jem dekat2 bukit jalil pergi balik camt ...
shernazz replied at 22-2-2023 04:52 PM
Kawan iols hari2 amek anak pkl 8 kat taska..
Kesian juga
Mex ni jem dia mcm lagi teruk Dari ldp kan. ...
capiloton replied at 22-2-2023 06:00 PM
aku outstation kat cyberjaya, ulang alik ke eco hill,
guna nkve dan silk,
pun terasa hazab, w'pun cu ...
immi replied at 22-2-2023 09:08 PM
Ye...i antara yg dh penah rasa, stres gaban, keta byk sgt2 la skrg, entah nape. 6 tahun rasa. Alha ...
immi replied at 22-2-2023 09:08 PM
Ye...i antara yg dh penah rasa, stres gaban, keta byk sgt2 la skrg, entah nape. 6 tahun rasa. Alha ...
shernazz replied at 22-2-2023 04:52 PM
Kawan iols hari2 amek anak pkl 8 kat taska..
Kesian juga
Mex ni jem dia mcm lagi teruk Dari ldp kan. ...
ADVERTISEMENT