CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Berbaloi Bayar Tiket Rm800, Peminat Westlife Bengang Dilarang Tangkap Gambar Dan Video Semasa Konsert

22-2-2023 04:45 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3915| Komen: 54

Seorang wanita yang merupakan peminat kumpulan pop terkenal 1990-an, Westlife luah rasa kecewa apabila mendapat tahu peraturan penganjur konsert ’Westlife The Wild Dreams Tour In Malaysia’ yang bakal berlangsung esok dan Jumaat ini.


Menurut pemilik TikTok @Siz_rina, pihak penganjur konsert kumpulan pop berkenaan melarang penonton mengambil gambar, merakam audio mahupun video sekaligus membuat siaran langsung di mana-mana media sosial.


Foto: Google

“Minum kopi dulu, tengah tertekan dengan peraturan penganjur konsert. Penat aku bersihkan simpanan telefon bimbit. Bayar RM800 tetapi tidak dibenarkan ambil gambar dan rakam video pula.

“Pintu dibuka bermula pukul 7 malam, konsert mula pukul 8.30 malam?,”tulisnya menerusi satu hantaran video di TikTok.

Sehubungan itu, ramai pengguna TikTok turut menzahirkan rasa tidak berpuas hati dengan peraturan terbabit ekoran berpandangan pihak penganjur perlu bertolak ansur kerana tidak berbaloi dengan harga tiket yang mahal.





“Dah lima bulan tunggu konsert, akhir sekali tidak boleh rakam pula. Alahai tangkap gambar banyak-banyak dekat luar sahaja lah,” tulis @HaniHanz.

“Ruginya kalau begitu. Tak dapat rasa suasana sebenar konsert,” keluh @Niza-female.

“Sama! Dah penat ‘spam’ dekat penganjur. Kita rakam je kalau krew suluh muka, kita ramai-ramai suluh muka mereka balik,” komen @Aifaa.Harith.

Terdahulu, menerusi hantaran di Instagram penganjur, Trumpet International mengumumkan Westlife akan kembali ke Kuala Lumpur selepas konsert terakhir mereka di sini pada tahun 2019 dahulu.

“Trumpet International mempersembahkan kepada anda, ’Westlife The Wild Dreams Tour In Malaysia’! Westlife akan kembali ke Malaysia selepas konsert terakhir mereka pada 2019!” tulis hantaran itu.

Konsert tersebut akan berlangsung di Axiata Arena, Kuala Lumpur pada 23 dan 24 Februari 2023 dengan harga tiket bermula serendah RM294 hingga RM884 tidak termasuk yuran tiket.-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote she 22-2-2023 05:50 PM
Elok je tengok ramai update konsert deme kat Jakarta minggu lepas
Ke kat Malaysia je takleh rakam
Konsert BTS siap boleh rakam depan muka lagi

Inilah salah satu sebab stage jauh dari penonton
Sebab taknak ada fancam ye dop
Dekuttttt nauu
Quote Decaffeinated 22-2-2023 06:49 PM
Nak rakam tu sebab nak meriak ka? Elok lah jgn dibagi.
Quote Adrif 22-2-2023 11:31 PM
sampai hati tak bagi guna phone

jaga ko. harap2 hari concert hujan lebat ribut petir sabung-menyabung takde parking sebab kawasan parking tenggelam, nak naik stage kena berenang
Quote jazaa100 22-2-2023 11:42 PM
Yg hadap sgt dgn westlife ni nape.....

Aku ingt lg dulu dorang ada buat konsert kat sini, mulut kuang ajor dia kata terkejut tgok org msia naik motor pakai jaket terbalik, klu kt tempat dorang, org gila je pakai mcm tu.....

Kau dtg tempat org, jaga le adab....
Memang masa tu trend org naik motor malas sgt nk pakai jaket bebetul....sarung je terbalik janji x kena panas
Quote ultra78 22-2-2023 11:50 PM
Decaffeinated replied at 22-2-2023 06:49 PM
Nak rakam tu sebab nak meriak ka? Elok lah jgn dibagi.

Nampak annoying jugak orang yg record video. Pergi konsert untuk be in the moment,enjoy apa yg ada di depan mata. Record nak buat apa,nak tengok kemudian ke? Baik tengok kat youtube aje. Sebelum ni Adele pun pernah tegur orang yang sibuk record waktu atas pentas.
Quote anony-mous 23-2-2023 02:21 AM
Lol rakam je la. Klau i buat2 bodoh je. Bukannya nk rakam dari awal smpai habis concert. Rakam snippet ok jah.

Ni darat ke xpenah dtg concert yg pelik sgt pintu buka pkul 7, concert start pukul 8.30???
Quote snowflakes 23-2-2023 05:39 AM
Bayar tiket sampai rm800 tapi perangai b40?
Quote bulalof 23-2-2023 07:34 AM
i think without the use of the smartphone, mereka akan lebih focus dan enjoy dgn concert tu.
Quote venom1 23-2-2023 07:52 AM
Adrif replied at 22-2-2023 11:31 PM
sampai hati tak bagi guna phone

jaga ko. harap2 hari concert hujan lebat ribut petir sabung-menyabu ...

teringat peristiwa tsunami kumpulan Seventeen dulu
Quote venom1 23-2-2023 07:54 AM
teringin dengar lagu Season in the Sun dari Westlife. Mengimbau kenangan di Universiti dulu
Quote rosedemon 23-2-2023 08:44 AM
yeah westlife boy band peberet i jgk
Quote lyshafull 23-2-2023 08:53 AM
Rilek la concert beyonce pun boleh apetah lagi westlife yg suam2 ku
Nasb lagu dia banyk best2
Quote Burong_Hantuk 23-2-2023 08:58 AM
rajin plak pegi tgk konser westlife ni
Quote ifanonline 23-2-2023 08:58 AM
westlife ni kesukaan andartu2 dan janda2
Quote Sazreena 23-2-2023 04:25 PM
Hopefully konsert Muse organizer x buat centu...gimamp la aku nak ikut.
Quote Orix 23-2-2023 04:42 PM
larat ke staff dia nk tangkap seko2 kalo record dalam axiata tu ??? kalau dekat plenary hall or dewan filharmonik logik la sebab kapasiti 2k lebih je staff laser2 kan sajok. ini 10k org mati la nakkkk crew2 konsert tu nak menangkap...

iols rs yg x boleh record guna kamera2 besar je... setakat phone apa de hal
Quote she 23-2-2023 04:46 PM
Sazreena replied at 23-2-2023 04:25 PM
Hopefully konsert Muse organizer x buat centu...gimamp la aku nak ikut.

Konsert Muse ok
Macik dah pergi
Cuma dia screening
Takut bawa bom
Tu pengalaman macik ler dulu
Ke dia ingat macik terrorist
Quote matseh 23-2-2023 05:22 PM
Suka lagu No matter what - Boyzone + Weslife
Quote kitaserupaaa 23-2-2023 05:29 PM
Orix replied at 23-2-2023 04:42 PM
larat ke staff dia nk tangkap seko2 kalo record dalam axiata tu ??? kalau dekat plenary hall or dewa ...

Aku dulu gi stand up comedy russell peters kat axiata 2013 cam tu. Full house. mmg tak boleh record video pun. Bila audience keluar je phone, nnt ade petugas suluh lampu. Tapi mmg enjoy je

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 02:48 PM GMT+8 , Processed in 0.248580 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top