CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemimpin Berjiwa Besar, Semoga Najib Mendapat Penghakiman Yang Adil Dan Menang Rayuan Kes,"-Noh Omar

22-2-2023 04:38 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1308| Komen: 12

PETALING JAYA – Bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar menyatakan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah seorang pemimpin berjiwa besar.

Beliau berkata demikian selepas meluangkan masa bersama Najib di Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini.


Noh Berkata, meskipun berada dalam penjara, Najib tetap mengikuti perkembangan politik terutama melibatkan parti UMNO.


Foto: Kosmo

“Pagi tadi ke Mahkamah Putrajaya untuk mendengar kes rayuan Najib. Alhamdulillah berkesempatan berborak dengan Bossku (Najib) walaupun sekejap. Terima kasih Bossku yang mengikuti perkembangan apa yang berlaku kepada saya.

“Jasa Bossku tetap saya kenang sebagai bos saya semasa di dalam kabinet dan UMNO dan juga menghormati beliau sebagai seorang pemimpin yang berjiwa besar,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan banyak pengalaman dikongsi antara mereka berdua dahulu dalam usaha untuk membantu rakyat.



“Semoga Najib mendapat penghakiman yang adil dan menang rayuan kes. Sama-sama kita doakan,” ujarnya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote uda 22-2-2023 06:19 PM
...dengan harapan dapat masuk balik UMNO ke
Quote Kitty_catz 22-2-2023 06:20 PM
Edited by Kitty_catz at 22-2-2023 06:24 PM

kau ni apa?

kau tinggal sini ke?

Quote Firenzza 22-2-2023 07:01 PM
Dah kenapa ko ni? Penghakiman adil tu ko yg kena tukar jadi hakim ke baru jd adil?
Quote rosedemon 23-2-2023 08:43 AM
cm pooh key
Quote ina_na 23-2-2023 10:05 AM
Sesuai la org panggil dia otak udang...
Quote RinIna 23-2-2023 11:33 AM
Nak rayu apa lagi?
Quote Burong_Hantuk 23-2-2023 11:34 AM
sila mereput!!!!
Quote venom1 23-2-2023 11:34 AM
ramai juga forumner cari ni tak suka bossku ya
Quote Orix 23-2-2023 11:46 AM
venom1 replied at 23-2-2023 11:34 AM
ramai juga forumner cari ni tak suka bossku ya

ada yg masih suka najib ke
Quote Orix 23-2-2023 11:47 AM
apa yg najib dapat skrg ni mmg tak adil pun... patutnya dia kena pi mahkamah pakai baju banduan dan digari
Quote alesandra 23-2-2023 12:37 PM
uda replied at 22-2-2023 06:19 PM
...dengan harapan dapat masuk balik UMNO ke

Kenapa harapan nak masuk balik? dia yg mintak dipecat.buang karan
Quote rashiman 23-2-2023 02:08 PM
uda replied at 22-2-2023 06:19 PM
...dengan harapan dapat masuk balik UMNO ke

ada masa lagi utk masuk balik Umno...
bossku pun, jika perbicaraan ini berpihak kpdnya dan dibebaskan pun boleh kembali menerajui Umno.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 02:49 PM GMT+8 , Processed in 0.283346 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top