CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Dianggap Gila Tinggal Di Kaki Lima, Jadi Penagih Dadah Sebab Dianiaya

22-2-2023 04:27 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1837| Komen: 14

Seorang lelaki kelainan mental terjebak menjadi seorang penagih dadah dipercayai dianiayai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Perkara berkenaan didedahkan oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Nadia Hazmi di laman Facebooknya semalam dan mendapat perhatian para pembaca serta mengundang sebak ramai orang.


Pada pandangan kaunselor di sebuah pusat pemulihan itu, bekas kliennya bukanlah orang kurang waras tetapi dia mungkin ‘ahli syurga’.

Foto: FB

“Hujung minggu lalu, saya keluar seawal pagi bersama anak lelaki untuk menikmati indahnya alam dan bermain hujan. Saya berhenti membeli makanan di sebuah kedai runcit serbaneka dan ternampak seorang lelaki seperti kurang waras.

“Lelaki itu tersenyum lalu memanggil nama saya dengan gembira,” katanya.

“Puan! Puan ingat tak saya? Kurus la Puan sekarang. Dulu Puan mengandung sewaktu jaga saya,” ujar lelaki terbabit.


Menurut perkongsian Nadia, Norazlan merupakan seorang penganggur dan hanya tinggal di tangga kedai kerana rumah kedua ibu bapanya telah diambil orang lain setelah mereka meninggal dunia.

“Org tua semua dah meninggal, rumah orang lain sudah ambil. Sekarang tinggal kat bawah tangga kedai, tiada kerja tapi saya tak hisap dadah dah Puan.

“Saya dah mandi dan akan duduk di sini diam-diam. Nanti ada rezeki ada orang bagi makanan.

“Nak ambil gambar dengan Puan boleh tapi saya tiada telefon bimbit. Nanti Puan simpan gambar saya jadi Puan tidak lupa saya lagi,” ujarnya.

Dalam pada itu, Nadia sempat berpesan kepada lelaki terbabit supaya berusaha mencari kerja dan tidak mengganggu orang lain.

“Kegembiraan bila pernah membantu insan yang diuji dengan seikhlas hati, bila mampu mengukir senyuman di wajah insan istimewa. Nikmatnya lain.

“Walaupun rasa sedih namun terubat hati meskipun pengakhiran cerita tak semuanya sempurna.

“Kisah klein istimewa yang mungkin ahli syurga. Kadang-kadang insan sebegini lebih mengenang budi dan jasa dari yang lebih sempurna. Kita memang tidak selalu bertemu orang yang baik, tetapi tetaplah jadi baik untuk setiap orang yang kita temui,” katanya.  -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manjalara_01 22-2-2023 08:50 PM
Kadang2 i t'fikir org yg diuji dgn dugaan yg berat ni, ada personality yg positif. Slalunya la nampak mcm tenang cheerful, friendly, easy going.

Maybe because Allah SWT dah packagekan dgn personality mcm tu to ease t pain masa hidup kat dunia ni.

Teringin sgt nk jd mcm tu but dah i ni spesis square, rigid, serious, grumpy..difficult,..personality mmg x bleh nk ubah
Quote Adrif 22-2-2023 11:26 PM
background story dia buat aku curious. plot drama sungguh

anyway, orang yang amik rumah mak bapak dia tu mesti spesis susun susun. tiberh
Quote jazaa100 22-2-2023 11:48 PM
manjalara_01 replied at 22-2-2023 08:50 PM
Kadang2 i t'fikir org yg diuji dgn dugaan yg berat ni, ada personality yg positif. Slalunya la nampa ...

Sbb dia redha....

Org yg tak waras ni, kita bg apa je, dorang akn mkn....dorang tak pandai nk mintak mkn yg sedap².....sbb tu hidup dorang tenang....ada makanan, dorang mkn.....tak de, senyap.....
Quote anony-mous 23-2-2023 02:23 AM
Sedih i baca cerita ni dkt fb. Sbb terbayang kalau jd dkt ank sendiri mcm ni. Kita as parent dah meninggal. Tup2 ank tggal sorang jd gini

Ni klau dayah n abam meninggal serentak, hamzah boleh jd gini sbb dpt atok nenek pak sedara mak sedara x guna
Quote rosedemon 23-2-2023 08:43 AM
sian semoga sorga dek
Quote sara_thrash 23-2-2023 09:12 AM
kesian dia. moga hidup dia didunia ni sentiasa dipermudahkan
Quote manjalara_01 23-2-2023 05:18 PM
jazaa100 replied at 22-2-2023 11:48 PM
Sbb dia redha....

Org yg tak waras ni, kita bg apa je, dorang akn mkn....dorang tak pandai nk min ...

Ketenangan tu yg mahal. Especially utk org yg dah level acik2

Tu la dah redha kan tenang je. Org yg miskin pun xde duit nk gi klinik ke hospital somehow bleh jgk survive. X mati pun sbb sakit tu. They all ni mmg survivor
Quote jazaa100 23-2-2023 07:09 PM
anony-mous replied at 23-2-2023 02:23 AM
Sedih i baca cerita ni dkt fb. Sbb terbayang kalau jd dkt ank sendiri mcm ni. Kita as parent dah men ...

Dia ni stress sbb rumah mak ayah kena amik....

Teringat sorang budak ni dulu, dia keja bagus...
Dari kecik dah pandai berdikari.....pg akn jual suratkhabar, tlg org jual kuih utk cari duit poket sblm pi sek sbb dia sek sessi ptg....

Keja bank tapi silap langkah main saham....puloh ribu habis terus jadi weng.....tapi skrg dia hidup dgn duit socso....bila dpt duit, dia akn brlanja kekwn..... Sikap rajin dia tu sampai skrg klu org suruh buat keja, dia akn buat sungguh²....kat kedai mkn, dia akn lap cermin sampai berkilat, tokey akn bg le dia mkn free .....

Rumah mak ayah dia tu adik beradik bg je kat dia dok sorang²...sesekali abg dia akn dtg tgok keadaan dia
Quote CiliPadiSedap 23-2-2023 07:17 PM
my lesson kalau rasa ujian hidup berat ada orang lg berat. stay strong and banyakkan sabar.

kadang2 rasa penat kerja or apa. terpaksa meratib nama vokuru dan friska. janji dapat sembur penyondol suami orang

Quote outcast 24-2-2023 08:41 AM
Huarghhh  i baca terus menages.. taktau sbb pregnancy hormon or mmg terkesan di hati . Semoga  beliyau  dimudahkan urusan harian
Quote lia98 24-2-2023 09:14 AM
Siannya la. Mungkin dia x reti nak tuntut hak dia.

Ada aku baca kat fb, ada budak tu mak ayah mati serentak dalam accident masa umur dia 11 tahun. Dia anak tunggal & mak ayah org senang. Bila dah anak yatim, pakcik makcik hantar dia duduk dgn nenek kat kampung. Tapi dia pelik rumah, kereta mak ayah dia mana. Sbb dia tau kereta dah abis bayar. Mak dia siap ada 2 rumah sewa lagi. Pastu pakcik makcik pula makin mewah. Dah la jarang balik kampung, bila balik kampung bg dia seratus je. Bila dah masuk Uni, dia pergi balik rumah lama dia. Pastu dia cari lawyer tuntut hak dia balik. Memang dia dapat tuntut berjuta juga la, pakcik makcik dok rayu kat dia balik, padan muka.
Quote sangbara2020 24-2-2023 09:17 AM
redha dgn ujian ni susah nak dpt tau....
berserah segalanya pd Allah...
semoga baik2 semuanya
Quote KamikuP 24-2-2023 03:26 PM
lia98: Siannya la. Mungkin dia x reti nak tuntut hak dia.Ada aku baca kat fb, ada budak tu mak ayah mati serentak dalam accident masa umur dia 11 tahun. Dia  ...


mENARIK CITER NI Sis, eh tercaps lock,

nanti kalau jumpa link tepek le kat sini yaachh... muaahhh

Quote isseliparjepun 24-2-2023 10:25 PM
Sayu bila baca. Sakinah.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 03:02 PM GMT+8 , Processed in 1.999555 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top