Tiga remaja dituduh merogol budak perempuan berusia 12 tahun pada Januari lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bahau hari ini. BH Online melaporkan, tertuduh yang masing-masing berusia 14, 16 dan 17 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dikemukakan hadapan Majistret, Norshazwani Ishak.
Berdasarkan pertuduhan yang dikemukakan, remaja berusia 16 tahun itu, didakwa merogol mangsa di antara jam 3 pagi hingga 1 tengah hari pada 29 Januari lalu. Manakala, remaja berusia 14 dan 17 tahun pula dituduh secara bersama, merogol kanak-kanak itu kira-kira jam 11.30 malam pada 28 Januari lalu. Kesemua tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu dalam sebuah bilik hotel di Bahau. Tertuduh berusia 16 tahun didakwa mengikut Seksyen 376 (2)(d) Kanun Keseksaan ( Akta 574), manakala dua lagi remaja dituduh secara bersama mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan.
Setiap tertuduh boleh dipenjara antara 10 hingga 30 tahun dengan sebatan, jik asabit kesalahan dan mahkamah menetapkan 22 Mac ini sebagai tarikh sebutan semula kes. - CARI
|
3chanceno replied at 22-2-2023 08:56 AM
Remaja boleh chek in hotel tanpa orang dewasa ke...mangsa tu mak pak tak cari ke? Pelik baca berita ...
gigahertz replied at 22-2-2023 10:10 PM
3 pagi masuk 12 tengahari baru keluar.
mesti ada ambik minuman keras.
ADVERTISEMENT