CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2165|Reply: 15

3 remaja didakwa rogol kanak-kanak

[Copy link]
Post time 22-2-2023 01:24 PM | Show all posts |Read mode
Jempol: Tiga remaja dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bahau atas tuduhan merogol kanak-kanak berusia 12 tahun.

Ketiga-tiga tertuduh masing-masing berusia 14, 16 dan 17 tahun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibaca oleh jurubahasa di hadapan Majistret Norshazwani Ishak.

Mengikut kertas pertuduhan remaja berusia 16 merogol kanak-kanak itu di antara 3 pagi hingga 1 tengah hari, 29 Januari lalu.

Manakala remaja berusia 14 tahun dan 17 tahun dituduh secara bersama-sama merogol kanak-kanak itu pada 11.30 malam, 28 Januari lalu.

Kesemua tertuduh melakukan perbuatan itu di hotel di Bahau.

Tertuduh berusia 16 tahun dituduh mengikut Seksyen 376 (2)(d) Kanun Keseksaan ( Akta 574) manakala dua remaja lain dituduh mengikut Seksyen375B Kanun Keseksaan.

Mahkamah menetapkan 22 Mac ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Baharudin Bah Bam manakala dua tertuduh masing-masing diwakili peguam Datuk Abu Bakar Isa Ramat dan Datuk PM Nagarajan dan seorang lagi tidak diwakili peguam.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... a-rogol-kanak-kanak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2023 02:49 PM | Show all posts

Budak 12 Tahun Dirogol Di Hotel, 3 Remaja Diheret Ke Mahkamah

Tiga remaja dituduh merogol budak perempuan berusia 12 tahun pada Januari lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bahau hari ini.


BH Online melaporkan, tertuduh yang masing-masing berusia 14, 16 dan 17 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dikemukakan hadapan Majistret, Norshazwani Ishak.




Gambar hiasan




Berdasarkan pertuduhan yang dikemukakan, remaja berusia 16 tahun itu, didakwa merogol mangsa di antara jam 3 pagi hingga 1 tengah hari pada 29 Januari lalu.


Manakala, remaja berusia 14 dan 17 tahun pula dituduh secara bersama, merogol kanak-kanak itu kira-kira jam 11.30 malam pada 28 Januari lalu.


Kesemua tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu dalam sebuah bilik hotel di Bahau.


Tertuduh berusia 16 tahun didakwa mengikut Seksyen 376 (2)(d) Kanun Keseksaan ( Akta 574), manakala dua lagi remaja dituduh secara bersama mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan.


Setiap tertuduh boleh dipenjara antara 10 hingga 30 tahun dengan sebatan, jik asabit kesalahan dan mahkamah menetapkan 22 Mac ini sebagai tarikh sebutan semula kes. - CARI
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2023 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Jap jap .. macam mana budak budak ni boleh check in hotel ber gang bang orgy bagai? Mak bapak nya mana?
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2023 03:07 PM | Show all posts
jap2.. yg org hotel tu takkan tak rasa pelik bila budak2 tu nak check in. Aduhai... Jadi masyarakt yg prihatin lah sikit.. Aduhai..Cian bdk ppuan tu.. Sedihhhh ..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2023 04:42 PM | Show all posts
alaaahai manaaaa laaa mak bapak korang anak2 oiiiiiii...... 3 pagi check in hotel, semua teenagers lagi. kat luar bandar pulak tu, bahau tau, bahauuuuuu!!! tapi 2 OKT tu pakai loyer dato, anak2 org kaya ke ni?
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2023 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Gila lah
Apa cite mangsa TU?
Isk..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-2-2023 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Remaja boleh chek in hotel tanpa orang dewasa ke...mangsa tu mak pak tak cari ke? Pelik baca berita nie kerna cam tak lengkap...
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2023 10:10 PM | Show all posts
3chanceno replied at 22-2-2023 08:56 AM
Remaja boleh chek in hotel tanpa orang dewasa ke...mangsa tu mak pak tak cari ke? Pelik baca berita  ...

3 pagi masuk 12 tengahari baru keluar.
mesti ada ambik minuman keras.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2023 01:43 AM | Show all posts

YAng macam ini eloklah masuk Henry Gurney School bukan sek tunas bakti.

Biar kena belasah cukup cukup biar bertilamkan simen nan sejuk di malam hari. Kalau kena rogol dlm tu pun no sympathy from me. Gitu :-)
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2023 07:50 AM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 22-2-2023 10:10 PM
3 pagi masuk 12 tengahari baru keluar.
mesti ada ambik minuman keras.

Entah apa yg kumpulan nie dah buat
Budak2 sekarang dah terlalu advanced dlm perkara2 maksiat nie seram baca kes2 remaja sekarang nie...lagik pelik mak pak tak cari ke anak2 takde di rumah dah malam2 buta hingga ke pagi
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2023 08:46 AM | Show all posts
MAK AIII... GANG BANG DALAM HOTEL... UMUR 17 BOLEH BOOK HOTEL ...DASHYAT TU... BUDAK2 BARU UP...SEDAS DAH LAYU LUYU... WELCOME TO HENRY GURNEY.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2023 09:00 AM | Show all posts
astaga....apa nk jadi ni?
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2023 10:49 AM | Show all posts
Adakah ini kes suka sama suka? hmmm sian budak pompuan tu gelap masa depan.. yg budak laki tu bole jadi geng naik Waja.. ekekeke
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2023 11:18 AM | Show all posts
dakwa sekali perkerja hotel tu..knp kau tak siasat budak2 ni boleh check in hotel..benak sangat ke? mana makpak budak2 ni? atau mmg anak2 terbiar?

12 tahun cikpek dah period ke belum tu..stress aku baca news mcm ni..
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2023 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
budak lg dah menggatal tote.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2023 09:12 AM | Show all posts
semoga dijauhi drp anak2 kita....
apa la dlm pala otak dia kheun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 01:37 PM GMT+8 , Processed in 0.053722 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list