CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerosakan Struktur LRT Bandaraya Rosak Akibat Pembinaan Hotel 44 Tingkat - Loke

22-2-2023 01:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1902| Komen: 18


Pembinaan sebuah hotel 44 tingkat dipercayai menjadi punca kerosakan struktur jejambat dan tiang berhampiran Transit Aliran Ringan (LRT) Bandaraya dan Masjid Jamek.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, kerosakan struktur itu mengakibatkan penggantungan perkhidmatan di antara stesen LRT Masjid Jamek dan stesen LRT Bandaraya sejak 27 Januari lalu.



FB

Ia berdasarkan hasil siasatan menunjukkan kerosakan kepada tiga struktur jejambat dan tiang telah diakibatkan oleh ground movement yang dipercayai daripada kerja-kerja di tapak pembinaan hotel berkenaan.

“Projek itu adalah pembinaan sebuah hotel 44 tingkat. Itu adalah hasil siasatan daripada syarikat konsultan yang dilantik oleh kementerian. Laporan akhir akan diserahkan kepada Prasarana,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Malah jelas Loke lagi, semua projek yang hendak dibina berhampiran dengan stesen LRT perlu mendapat kebenaran Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (APAD) sebelum ia dimulakan.


“Kita berasa kesal dengan kejadian yang berlaku kerana ia dimulakan tanpa kebenaran dan kelulusan dan ini memberikan kesan kepada kita dan kepada pengguna.

“Gangguan ini bukan disebabkan oleh kerosakan sistem kita tetapi adalah kerana kerosakan struktur disebabkan oleh projek pembinaan bersebelahan stesen LRT Bandaraya,” katanya lagi.

Disebabkan itu, Anthony berkata, insiden ini menyebabkan gangguan kepada ratusan ribu pengguna setiap hari.

Justeru itu, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat pembinaan tersebut.

“Kita akan melihat kemungkinan tindakan undang-undang akan diambil,” tegasnya sambil berkata, gangguan pada laluan itu dijangka berlarutan sehingga September depan.

Beliau berkata pembaikan kerosakan struktur berkenaan akan dimulakan seawal Mac depan dan dijangka mengambil masa tujuh bulan.

“Tempoh ini merangkumi dua bulan kerja-kerja sementara untuk mengukuhkan struktur, dan lima bulan kerja-kerja pembaikan menyeluruh.

“Kerja-kerja ini akan mengambil masa kerana siasatan menunjukkan kerosakan struktur adalah risiko keselamatan yang sangat serius,” katanya lagi.

Operasi perkhidmatan LRT Ampang sebelum ini mengalami kelewatan atas faktor keselamatan akibat jajaran landasan yang bengkok berhampiran Stesen Bandaraya serta kerosakan struktur jejambat di kawasan berkenaan, menyebabkan gangguan Stesen Masjid Jamek dan Bandaraya bermula 27 Januari lalu.


Sumber: MalaysiaGazette


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote namr 22-2-2023 01:48 PM
denda kaw2 la, aphal korang buat bangunan kenapa aku kena mereput tgu lrt, lambat masuk ofis hanat
Quote ninja boy 22-2-2023 01:49 PM
no puaka 44
Quote Burong_Hantuk 22-2-2023 01:58 PM
Quote glump 22-2-2023 02:00 PM
Hotel apa tu
Quote cikatilia 22-2-2023 02:13 PM
hotel 3A3A tingkat ar
kang mati plak sebut 44
Quote kucingitam 22-2-2023 02:18 PM
cikatilia replied at 22-2-2023 02:13 PM
hotel 3A3A tingkat ar
kang mati plak sebut 44

hahahaha hotel BABA..
Quote tintin22 22-2-2023 02:23 PM
Quote AbukRokok 22-2-2023 02:40 PM
salah dbkl la kasi saman
Quote tripleid 22-2-2023 02:58 PM
Tgk la sape menteri wilayah masa hotel tu dilulus..mohon ummah kl saman je hanat ni smpai tinggal spender

IMG_20230222_145730.jpg
Quote vanillaninja 22-2-2023 04:12 PM
Malah jelas Loke lagi, semua projek yang hendak dibina berhampiran dengan stesen LRT perlu mendapat kebenaran Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (APAD) sebelum ia dimulakan.


APAD, bukan SPAD. Motif tak ingat SPAD tu diarah berkubur?
Quote ekselen 22-2-2023 05:40 PM
Edited by ekselen at 22-2-2023 05:41 PM

LRT tu dah lama terpacak kat situ...dah knp kena ada pembangunan2 tak selamat kat situ? Ni la masalahnya ngan pbt dan kesengalan menteri terlibat bila hanya nanpak duit dr keselamatan org ramai... Bayangkan kalau struktur lrt runtuh dimasa ada lrt sedang melalui rel situ? Apa akan jadik? Nk ada satu tragedi baru sel otak memasing berhubung ke? Asal ada tanah sempit/kecik sejengkal tepi lrt tu la yg sibuk nk dibuat mcm2... Bahaya tau tak, bahaya!!
Quote ntohapehapentoh 22-2-2023 07:43 PM
macam mana kebenaran merancang boleh luluih
Quote Decaffeinated 22-2-2023 08:04 PM
Setakat nak tanya why this, why that aku dah penat. Lantak korang lah saper suruh tak buat bangunan dulu baru buat LRT. Hidup haris diteruskan mana2 yang retak kita baiki.
Quote kakikuDibibirmu 22-2-2023 08:10 PM
@cmf_premierleag tersenyum sinis
Quote cmf_premierleag 22-2-2023 08:15 PM
kakikuDibibirmu replied at 22-2-2023 08:10 PM
@cmf_premierleag tersenyum sinis {:ml ...

yaaa Anthony Loke adalah menteri Terpaling function sekarang ni
Akak harap anthony MOT saman kaw2 developer mangkuk haram jadah tu dan dbkl juga kene disaman sbb bodoh bahlol sgt pi kasi approval buat projek tu
Skang sume yg naik lrt laluan sentul ni kene tukar tren kat hang tuah/naik bas rapid kt hang tuah
Eh babi sial la sume yg terlibat dlm projek tu
Quote ultra78 22-2-2023 08:28 PM
Kawasan tu elok buat taman hijau atau plaza sahaja
Quote che-cikL 22-2-2023 08:29 PM
Tapaknya betul2 depan mata duduk betul2 atas hidung DBKL uols pembinaannya itu. LEMAHHhhh
Quote Firenzza 22-2-2023 09:07 PM
Decaffeinated replied at 22-2-2023 08:04 PM
Setakat nak tanya why this, why that aku dah penat. Lantak korang lah saper suruh tak buat bangunan  ...

Benda ni senang je, buat apa2 pun selagi xde kes wpun x ikut sop semua buat senyap... tp klau ada kes habis la semua kena bogel

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-1-2025 06:51 PM GMT+8 , Processed in 0.062518 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top