View: 1566|Reply: 18
|
Kerosakan Struktur LRT Bandaraya Rosak Akibat Pembinaan Hotel 44 Tingkat - Loke
[Copy link]
|
|
Pembinaan sebuah hotel 44 tingkat dipercayai menjadi punca kerosakan struktur jejambat dan tiang berhampiran Transit Aliran Ringan (LRT) Bandaraya dan Masjid Jamek.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, kerosakan struktur itu mengakibatkan penggantungan perkhidmatan di antara stesen LRT Masjid Jamek dan stesen LRT Bandaraya sejak 27 Januari lalu.
FB
Ia berdasarkan hasil siasatan menunjukkan kerosakan kepada tiga struktur jejambat dan tiang telah diakibatkan oleh ground movement yang dipercayai daripada kerja-kerja di tapak pembinaan hotel berkenaan.
“Projek itu adalah pembinaan sebuah hotel 44 tingkat. Itu adalah hasil siasatan daripada syarikat konsultan yang dilantik oleh kementerian. Laporan akhir akan diserahkan kepada Prasarana,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Malah jelas Loke lagi, semua projek yang hendak dibina berhampiran dengan stesen LRT perlu mendapat kebenaran Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (APAD) sebelum ia dimulakan.
“Kita berasa kesal dengan kejadian yang berlaku kerana ia dimulakan tanpa kebenaran dan kelulusan dan ini memberikan kesan kepada kita dan kepada pengguna.
“Gangguan ini bukan disebabkan oleh kerosakan sistem kita tetapi adalah kerana kerosakan struktur disebabkan oleh projek pembinaan bersebelahan stesen LRT Bandaraya,” katanya lagi.
Disebabkan itu, Anthony berkata, insiden ini menyebabkan gangguan kepada ratusan ribu pengguna setiap hari.
Justeru itu, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat pembinaan tersebut.
“Kita akan melihat kemungkinan tindakan undang-undang akan diambil,” tegasnya sambil berkata, gangguan pada laluan itu dijangka berlarutan sehingga September depan.
Beliau berkata pembaikan kerosakan struktur berkenaan akan dimulakan seawal Mac depan dan dijangka mengambil masa tujuh bulan.
“Tempoh ini merangkumi dua bulan kerja-kerja sementara untuk mengukuhkan struktur, dan lima bulan kerja-kerja pembaikan menyeluruh.
“Kerja-kerja ini akan mengambil masa kerana siasatan menunjukkan kerosakan struktur adalah risiko keselamatan yang sangat serius,” katanya lagi.
Operasi perkhidmatan LRT Ampang sebelum ini mengalami kelewatan atas faktor keselamatan akibat jajaran landasan yang bengkok berhampiran Stesen Bandaraya serta kerosakan struktur jejambat di kawasan berkenaan, menyebabkan gangguan Stesen Masjid Jamek dan Bandaraya bermula 27 Januari lalu.
Sumber: MalaysiaGazette |
|
|
|
|
|
|
|
denda kaw2 la, aphal korang buat bangunan kenapa aku kena mereput tgu lrt, lambat masuk ofis hanat |
|
|
|
|
|
|
|
hotel 3A3A tingkat ar
kang mati plak sebut 44 |
|
|
|
|
|
|
|
Tgk la sape menteri wilayah masa hotel tu dilulus..mohon ummah kl saman je hanat ni smpai tinggal spender
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Malah jelas Loke lagi, semua projek yang hendak dibina berhampiran dengan stesen LRT perlu mendapat kebenaran Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (APAD) sebelum ia dimulakan.
APAD, bukan SPAD. Motif tak ingat SPAD tu diarah berkubur? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ekselen at 22-2-2023 05:41 PM
LRT tu dah lama terpacak kat situ...dah knp kena ada pembangunan2 tak selamat kat situ? Ni la masalahnya ngan pbt dan kesengalan menteri terlibat bila hanya nanpak duit dr keselamatan org ramai... Bayangkan kalau struktur lrt runtuh dimasa ada lrt sedang melalui rel situ? Apa akan jadik? Nk ada satu tragedi baru sel otak memasing berhubung ke? Asal ada tanah sempit/kecik sejengkal tepi lrt tu la yg sibuk nk dibuat mcm2... Bahaya tau tak, bahaya!! |
|
|
|
|
|
|
|
macam mana kebenaran merancang boleh luluih
|
|
|
|
|
|
|
|
Setakat nak tanya why this, why that aku dah penat. Lantak korang lah saper suruh tak buat bangunan dulu baru buat LRT. Hidup haris diteruskan mana2 yang retak kita baiki.
|
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 22-2-2023 08:10 PM
@cmf_premierleag tersenyum sinis {:ml ...
yaaa Anthony Loke adalah menteri Terpaling function sekarang ni
Akak harap anthony MOT saman kaw2 developer mangkuk haram jadah tu dan dbkl juga kene disaman sbb bodoh bahlol sgt pi kasi approval buat projek tu
Skang sume yg naik lrt laluan sentul ni kene tukar tren kat hang tuah/naik bas rapid kt hang tuah
Eh babi sial la sume yg terlibat dlm projek tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Kawasan tu elok buat taman hijau atau plaza sahaja |
|
|
|
|
|
|
|
Tapaknya betul2 depan mata duduk betul2 atas hidung DBKL uols pembinaannya itu. LEMAHHhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 22-2-2023 08:04 PM
Setakat nak tanya why this, why that aku dah penat. Lantak korang lah saper suruh tak buat bangunan ...
Benda ni senang je, buat apa2 pun selagi xde kes wpun x ikut sop semua buat senyap... tp klau ada kes habis la semua kena bogel |
|
|
|
|
|
|
| |
|