Kos menyelamatkan mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan melibatkan rakyat Malaysia di luar negara tidak dibiayai Kementerian Luar Negeri. "Sebarang kos penghantaran pulang tidak diletakkan bawah tanggungjawab Kementerian Dalam Negeri. Tidak ada sebarang kos ditanggung. Ini adalah tanggungan sepenuhnya pihak keluarga dan waris.
"Soal pembayaran balik wang itu juga tak terlibat bawah kerajaan. Tetapi bawah tanggungjawab keluarga dan waris," kata Timbalan Menterinya, Datuk Mohamad Alamin di Dewan Rakyat pada Selasa. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) yang bertanya mengenai kos yang ditanggung Kementerian Luar Negeri untuk membawa pulang mangsa terlibat dan sama ada kerajaan terlibat dengan pembayaran wang tebusan bagi menyelamatkan mangsa.
"Setakat 20 Februari 2023, KLN melalui Kedutaan-kedutaan Besar Malaysia di Bangkok (Thailand), Phnom Penh (Kemboja), Vientiane (Laos) dan Yangon (Myanmar) telah menerima sejumlah 572 laporan warganegara Malaysia menjadi mangsa sindiket jenayah job scam (penipuan kerja) di luar negara. "Daripada jumlah ini, 403 berjaya diselamatkan dengan 382 orang telah dihantar pulang, termasuk lima orang yang berjaya dihantar pulang pada Ahad lepas. "Baki seramai 21 orang yang lain sedang ditahan di depoh tahanan sementara menunggu proses yang sama, manakala 169 orang lagi masih sedang dikesan," katanya. Sumber: Sinar Harian
|
esbok replied at 22-2-2023 09:11 AM
Kalau terjadi kes macam ni, kerajaan memang tak tolong ke?
esbok replied at 22-2-2023 09:11 AM
Kalau terjadi kes macam ni, kerajaan memang tak tolong ke?
helicornia replied at 22-2-2023 10:11 AM
iye, kerajaan tolong cari dan selamatkan.kos perjalanan balik keluarga tanggung
jenuh la tax payer ...
toynme replied at 22-2-2023 10:20 AM
aku ada baca sesuatu pasal kena scam ni:
1. dorang sebenarnya tau mmg kerja jadi scammer
2. dorang n ...
toynme replied at 22-2-2023 10:20 AM
aku ada baca sesuatu pasal kena scam ni:
1. dorang sebenarnya tau mmg kerja jadi scammer
2. dorang n ...
prettyuglybabe replied at 22-2-2023 10:21 AM
sama macam pati kat malaysia..
kos untuk balik ke negara, guna duit dorang sendiri..
cepat settle ...
prettyuglybabe replied at 22-2-2023 10:21 AM
sama macam pati kat malaysia..
kos untuk balik ke negara, guna duit dorang sendiri..
cepat settle ...
kechikchomel replied at 22-2-2023 02:42 PM
sepanjang berkampung dalam depoh tu macam mana pulak?
makan minum, sakit pening etc.?
ADVERTISEMENT