CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1376|Reply: 14

Semua Keluarga Tanggung, Kerajaan Tak Biaya Kos Selamatkan Mangsa Sindiket Tipu Kerja

[Copy link]
Post time 21-2-2023 07:27 PM | Show all posts |Read mode
Kos menyelamatkan mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan melibatkan rakyat Malaysia di luar negara tidak dibiayai Kementerian Luar Negeri.


"Sebarang kos penghantaran pulang tidak diletakkan bawah tanggungjawab Kementerian Dalam Negeri. Tidak ada sebarang kos ditanggung. Ini adalah tanggungan sepenuhnya pihak keluarga dan waris.




Mohamad ketika sesi soal jawab pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto Bernama





"Soal pembayaran balik wang itu juga tak terlibat bawah kerajaan. Tetapi bawah tanggungjawab keluarga dan waris," kata Timbalan Menterinya, Datuk Mohamad Alamin di Dewan Rakyat pada Selasa.


Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) yang bertanya mengenai kos yang ditanggung Kementerian Luar Negeri untuk membawa pulang mangsa terlibat dan sama ada kerajaan terlibat dengan pembayaran wang tebusan bagi menyelamatkan mangsa.


"Setakat 20 Februari 2023, KLN melalui Kedutaan-kedutaan Besar Malaysia di Bangkok (Thailand), Phnom Penh (Kemboja), Vientiane (Laos) dan Yangon (Myanmar) telah menerima sejumlah 572 laporan warganegara Malaysia menjadi mangsa sindiket jenayah job scam (penipuan kerja) di luar negara.


"Daripada jumlah ini, 403 berjaya diselamatkan dengan 382 orang telah dihantar pulang, termasuk lima orang yang berjaya dihantar pulang pada Ahad lepas.


"Baki seramai 21 orang yang lain sedang ditahan di depoh tahanan sementara menunggu proses yang sama, manakala 169 orang lagi masih sedang dikesan," katanya.




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2023 09:11 AM | Show all posts
Kalau terjadi kes macam ni, kerajaan memang tak tolong ke?
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2023 10:11 AM | Show all posts
esbok replied at 22-2-2023 09:11 AM
Kalau terjadi kes macam ni, kerajaan memang tak tolong ke?

iye, kerajaan tolong cari dan selamatkan.kos perjalanan balik keluarga tanggung
jenuh la tax payer pulak nak kena tolong belanja ko balik
sendiri buat sendiri tanggung la
dorang pun byk je yg tau keje tu salah, ada tu yg cari peluang gunakan gomen nak balik free
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2023 10:20 AM | Show all posts
aku ada baca sesuatu pasal kena scam ni:
1. dorang sebenarnya tau mmg kerja jadi scammer
2. dorang ni ada yang kalah judi pastu kerja kat sana
3. ada yang dah diselamatkan pastu pergi sana balik
4. yang kena assaulted tu kebanyakkan bkn org msia

dah jadi kes mcm ni nak suruh taxpayer tanggung....senang jadi manusa
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2023 10:21 AM | Show all posts
esbok replied at 22-2-2023 09:11 AM
Kalau terjadi kes macam ni, kerajaan memang tak tolong ke?

sama macam pati kat malaysia..
kos untuk balik ke negara, guna duit dorang sendiri..
cepat settle kos nak balik, cepat la keluar dari depoh..
kalau tak ada duit plus kawan-kawan sedara-mara lambat kumpul duit, berkampung la dalam depoh tu lama..
tak adanya gomen dorang nak peduli..
kalau ada gomen yang concern, dorang buat program angkut balik beramai-ramai ie sediakan flight..
tapi pun sekali dua je kot..

tapi untuk malaysia, sebelum-sebelum ni, banyak parti politik yang tolong..
ada je yang hulur duit untuk bantu..
kalau takde duit, minta la derma..
rakyat malaysia kan pemurah..
janji dapat pahala..
dia tipu itu antara dia dengan tuhan katanya
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2023 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus gomen cuma tolong facilitate sahaja. Itu pun sebenarnya ada kos tapi yang itu gomen tolong free ja. Kalau dorang berjaya buat duit satu sen pun tak menyumbang pada negara kan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-2-2023 01:16 PM | Show all posts
banyak cantik semua nak taxpayer tanggung
sendiri punya bala, sendiri la tanggung
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2023 01:33 PM | Show all posts
nak tengok rekod individu2 tersebut, mana tau, pergi 18 kali ke, sebelum tu pergi negara lain ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2023 02:20 PM | Show all posts
helicornia replied at 22-2-2023 10:11 AM
iye, kerajaan tolong cari dan selamatkan.kos perjalanan balik keluarga tanggung
jenuh la tax payer ...

Kesahnya, saja tanya sebab tak tahu

Kot sebenarnya takut dia tertipu dengan benda lain, tapi termasuk dalam sindiket tipu kerja.

Daku dok pikir kalau kes gini pun, kerajaan takkan campur ke? Kalau yang memang nak cari kerja lepas tu termasuk sindiket ni satu hal, kalau yang terkena sebab kan benda lain tapi rupanya termasuk dalam sindiket tipu kerja. Serem le juga memikirkan
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2023 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
toynme replied at 22-2-2023 10:20 AM
aku ada baca sesuatu pasal kena scam ni:
1. dorang sebenarnya tau mmg kerja jadi scammer
2. dorang n ...

Yang pergi balik ke sana kenapa?
Si yang scammer2 cakap melayu tu buat call dari negara2 mundur tula ye
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2023 02:31 PM | Show all posts
toynme replied at 22-2-2023 10:20 AM
aku ada baca sesuatu pasal kena scam ni:
1. dorang sebenarnya tau mmg kerja jadi scammer
2. dorang n ...

gituh ceritanya


tengok tb3 ari tu buat discovery, seriau pulak nengok video2 nya.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2023 02:32 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 22-2-2023 10:21 AM
sama macam pati kat malaysia..
kos untuk balik ke negara, guna duit dorang sendiri..
cepat settle  ...

ye la juga, betul juga.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2023 02:42 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 22-2-2023 10:21 AM
sama macam pati kat malaysia..
kos untuk balik ke negara, guna duit dorang sendiri..
cepat settle  ...

sepanjang berkampung dalam depoh tu macam mana pulak?
makan minum, sakit pening etc.?
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2023 03:04 PM | Show all posts
kechikchomel replied at 22-2-2023 02:42 PM
sepanjang berkampung dalam depoh tu macam mana pulak?
makan minum, sakit pening etc.?

makan minum sakit pening sama macam banduan juga..kita la tanggung
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2023 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
toynme replied at 22-2-2023 10:20 AM
aku ada baca sesuatu pasal kena scam ni:
1. dorang sebenarnya tau mmg kerja jadi scammer
2. dorang n ...

Ya ada dalam news hari tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 07:02 AM GMT+8 , Processed in 0.280373 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list