CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

34 Negara Sepakat Larang Atlet Rusia, Belarus Sertai Olimpik 2024

21-2-2023 06:45 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 870| Komen: 4

Atlet Rusia dan Belarus dilarang menyertai temasya Sukan Olimpik 2024 di Perancis.

BERNAMA melaporkan, tuan rumah antara 34 negara yang meminta Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) membuat larangan itu.


Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia juga mahu atlet dari negara berkenaan dilarang menyertai Sukan Olimpik Paris 2024, lapor STATS Perform/dpa.


Getty Images

Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan pada Isnin, permintaan itu berdasarkan "Rusia berperang tanpa provokasi dan tidak wajar [menentang Ukraine], dibantu kerajaan Belarus."

Awal bulan ini, menteri sukan Rusia Oleg Matytsin berkata: "tindakan negara-negara berkenaan untuk cuba mempengaruhi IOC tidak boleh diterima sama sekali".

Bulan lepas, IOC mengesahkan hasratnya untuk mengekalkan sekatan terhadap pegawai kerajaan Rusia dan Belarus menyertai Olimpik yang berlangsung di Paris, Perancis pada tahun depan, namun mungkin memberi peluang kepada atlet dari kedua-dua negara itu untuk bersaing di bawah bendera neutral.


Dalam satu kenyataan pada Isnin, 34 negara itu menyambut baik sekatan oleh IOC, namun timbul persoalan dan kebimbangan apabila ada cadangan untuk mempertimbang membenarkan atlet dua negara itu turut bersaing. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote blue_blur 21-2-2023 08:32 PM
tertengok youtube, macam mana WW1 bermula.. kes kecik bunuh sorang/couple tu, melarat ke seluruh europe... lagi malang, melarat sampai ke benua afrika... padahal afrika takde kaitan pun, sebab kes bunuh tu, benua lain terlibat perang. bangsat kan?

macam berlaku sekarang ni, takde sebab apa pun, takde masalah pun untuk rakyat2 dia hidup normal, takde sebarang sekatan pun, pelancong keluar masuk bebas, student medic kita kat sana steady je, tapi sebab ntah jenis freedom apa dia nak ( ke den salah faham) , habis rakyat dia merana. lepas tu hasut satu dunia join perang. bangsat kan?
Quote alieyrina 21-2-2023 08:36 PM
Setuju jaa. Jgn uturn lak pasni
Quote sayurmayur88 22-2-2023 07:42 AM
rusia mmg negara pembunuh !!
Quote Burong_Hantuk 22-2-2023 08:00 AM

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 12:51 PM GMT+8 , Processed in 0.185170 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top