CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelbagai Penyakit Berjangkit Mungkin Berlaku Di Kawasan Gempa Bumi Dalam 2-3 Minggu Akan Datang

21-2-2023 06:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 558| Komen: 1

Penularan penyakit berjangkit mungkin berlaku di kawasan dilanda gempa bumi di Turkiye dan Syria, dalam tempoh dua hingga empat minggu akan datang.

Perkara itu dimaklumkan Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah (ECDC) pada Isnin.



Kerja pembersihan sisa runtuhan giat dijalankan di Antakya, Turkiye. - FOTO AFP

"Penyakit bawaan makanan dan air, jangkitan pernafasan dan jangkitan yang boleh dicegah dengan vaksin merupakan antara risiko yang berpotensi menyebabkan wabak terutama apabila mangsa yang terselamat berpindah ke tempat perlindungan sementara," menurut ECDC dalam satu kenyataan, lapor Xinhua dipetik Harian Metro.

Infrastruktur utiliti yang rosak termasuk air dan elektrik menyebabkan akses terhad kepada air bersih, kemudahan sanitasi dan kebersihan, sistem penyejukan dan cara penyediaakan makanan yang tidak sempurna juga boleh meningkatkan penularan penyakit bawaan makanan dan air.


ECDC menjangkakan kemungkinan akan berlaku lonjakan kes taun di kawasan terjejas dalam tempoh beberapa minggu akan datang, selain hepatitis A, norovirus dan rotavirus.

Jangkitan pernafasan seperti Covid-19, selesema bermusim dan virus pernafasan lain juga membimbangkan, khususnya dalam kalangan golongan muda dan warga emas yang lebih mudah terdedah kepada komplikasi.

"Keadaan sesak di penempatan sementara boleh meningkatkan risiko penularan penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin, seperti campak, varicella, meningitis atau poliomielitis.

"Para penyelamat pula berhadapan risiko mendapat tetanus akibat kecederaan dan luka terbuka akibat serpihan runtuhan," menurut ECDC.

Penyediaan air bersih dan kawalan ke atas pengendalian makanan adalah antara langkah utama untuk mengelak penularan penyakit selain kesinambungan vaksinasi rutin yang perlu dipastikan serta menangani jurang vaksinasi.

Justeru, petugas kesihatan awam perlu menyediakan sistem pengawasan kesihatan bagi memudahkan amaran awal dan pengesanan wabak.

"Organisasi antarabangsa merancang menempatkan makmal bergerak di kawasan yang terjejas, dan mereka juga boleh memberikan bantuan pakar kepada kedua-dua negara yang terjejas," menurut agensi itu.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 21-2-2023 06:48 PM
Haritu tak de gempa bumi pun satu dunia dapat penyakit berjangkit.  Camno?

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 01:04 PM GMT+8 , Processed in 0.077046 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top