CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

12 Bekas Teman Wanita Serbu Kenduri Kahwin Lelaki Buaya Darat

21-2-2023 05:25 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 938| Komen: 4

BEIJING  –  Majlis perkahwinan seorang lelaki di China bertukar mimpi ngeri apabila sebilangan bekas teman wanitanya hadir untuk mengganggu acara tersebut, lapor laman berita Oddity Central semalam.


Dalam kejadian pada 6 Februari lalu, lelaki  dikenali sebagai Chen Song itu mengadakan majlis perkahwinannya di sebuah perkampungan di wilayah Yunan.

Acara itu bagaimanapun terganggu apabila kira-kira 12 wanita muncul sambil memegang sepanduk bertulis “Kami ialah bekas kekasih Chen Song dan hari ini, kami akan ganyang kamu.”

Foto: Weibo


Situasi itu pada awalnya disangka gurauan terhadap pengantin namun, tetamu kemudian mendapati semua wanita berkenaan sememangnya bekas kekasih Chen Song yang pernah dikecewakan.

Video memaparkan kejadian itu menjadi tular dengan menunjukkan kumpulan wanita berkenaan memegang sepanduk berwarna merah untuk disaksikan setiap tetamu.


Sebilangan tetamu dilihat bertanyakan kepada mereka mengenai tindakan itu selain Chen Song dan isterinya turut dilihat bercakap dengan mereka.

“Kejadian itu amat memalukan. Kini, isteri dan keluarganya berasa marah terhadap  saya,” kata Chen Song.

Tambah lelaki itu, dia mengakui bersikap buruk terhadap semua bekas kekasihnya sebelum ini, namun katanya, dia kini telah berubah.

“Saya masih tidak matang ketika waktu muda dan telah melukai hati ramai gadis,” kata Chen Song sambil menambah, dia memohon maaf atas perbuatannya sebelum ini.

Isteri dan ibu serta bapa mentua Chen Song dilaporkan tidak bercakap dengannya sehingga mereka mendapat penjelasan yang kukuh daripada lelaki berkenaan.

Bagaimanapun, netizen di media sosial China kebanyakannya tidak memihak kepada Chen Song dan meminta isterinya agar berhati-hati.

“Isterinya perlu berterima kasih kepada semua bekas teman wanitanya. Jika saya adalah dia (isteri), saya akan meminta cerai pada waktu itu juga,” kata seorang pengguna media sosial. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 21-2-2023 05:31 PM
Cam sial reporter ni. Copy paste sampai tak perasan gambar salah!
Quote rosedemon 22-2-2023 08:55 AM
hi bam kurex ko ni ensem ke nyah
Quote Burong_Hantuk 22-2-2023 10:15 AM
laku keras nampaknya si buaya ni
Quote mdhelmi 22-2-2023 12:16 PM
rasanya yg tak tau malu ialah 12 orang tu
laki tu rilek je kot

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 12:04 AM GMT+8 , Processed in 0.106631 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top