CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 785|Reply: 4

12 Bekas Teman Wanita Serbu Kenduri Kahwin Lelaki Buaya Darat

[Copy link]
Post time 21-2-2023 05:25 PM | Show all posts |Read mode
BEIJING  –  Majlis perkahwinan seorang lelaki di China bertukar mimpi ngeri apabila sebilangan bekas teman wanitanya hadir untuk mengganggu acara tersebut, lapor laman berita Oddity Central semalam.


Dalam kejadian pada 6 Februari lalu, lelaki  dikenali sebagai Chen Song itu mengadakan majlis perkahwinannya di sebuah perkampungan di wilayah Yunan.


Acara itu bagaimanapun terganggu apabila kira-kira 12 wanita muncul sambil memegang sepanduk bertulis “Kami ialah bekas kekasih Chen Song dan hari ini, kami akan ganyang kamu.”


Foto: Weibo







Situasi itu pada awalnya disangka gurauan terhadap pengantin namun, tetamu kemudian mendapati semua wanita berkenaan sememangnya bekas kekasih Chen Song yang pernah dikecewakan.


Video memaparkan kejadian itu menjadi tular dengan menunjukkan kumpulan wanita berkenaan memegang sepanduk berwarna merah untuk disaksikan setiap tetamu.


Sebilangan tetamu dilihat bertanyakan kepada mereka mengenai tindakan itu selain Chen Song dan isterinya turut dilihat bercakap dengan mereka.


“Kejadian itu amat memalukan. Kini, isteri dan keluarganya berasa marah terhadap  saya,” kata Chen Song.


Tambah lelaki itu, dia mengakui bersikap buruk terhadap semua bekas kekasihnya sebelum ini, namun katanya, dia kini telah berubah.


“Saya masih tidak matang ketika waktu muda dan telah melukai hati ramai gadis,” kata Chen Song sambil menambah, dia memohon maaf atas perbuatannya sebelum ini.


Isteri dan ibu serta bapa mentua Chen Song dilaporkan tidak bercakap dengannya sehingga mereka mendapat penjelasan yang kukuh daripada lelaki berkenaan.


Bagaimanapun, netizen di media sosial China kebanyakannya tidak memihak kepada Chen Song dan meminta isterinya agar berhati-hati.


“Isterinya perlu berterima kasih kepada semua bekas teman wanitanya. Jika saya adalah dia (isteri), saya akan meminta cerai pada waktu itu juga,” kata seorang pengguna media sosial. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2023 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Cam sial reporter ni. Copy paste sampai tak perasan gambar salah!
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2023 08:55 AM | Show all posts
hi bam kurex ko ni ensem ke nyah
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2023 10:15 AM | Show all posts
laku keras nampaknya si buaya ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2023 12:16 PM | Show all posts
rasanya yg tak tau malu ialah 12 orang tu
laki tu rilek je kot
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 11:12 AM GMT+8 , Processed in 0.060028 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list