Kehadiran seekor tedung hitam menggemparkan kediaman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin malam. Menerusi satu posting Facebook Angkatan Pertahanan Malaysia (APM), reptilia itu ditangkap di perkarangan kediaman berkenaan selepas Pusat Kawalan Operasi Daerah Hulu Langat menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.33 malam.
“Setibanya anggota APM di lokasi, mereka mendapati bahawa terdapat seekor ular tedung hitam di kawasan pondok pengawal rumah Perdana Menteri. “Anggota APM berjaya menangkap ular tedung hitam tersebut dengan menggunakan peralatan khas,” ujar APM dipetik mStar. Dalam misi itu, Anwar dan isteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sempat bermesra dengan anggota yang terlibat. Difahamkan, ular seberat 800 gram sepanjang kira-kira satu meter itu ditangkap menggunakan peralatan khas. - CARI
|
ADVERTISEMENT