CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dapat Untung 60 Peratus Daripada Modal Kononnya- 4 Sekawan Tertipu Dengan Ibu Kutu, Lesap RM100 Ribu

21-2-2023 09:48 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 795| Komen: 9

Melaka: Empat rakan mendakwa menjadi mangsa penipuan seorang wanita yang juga 'ibu kutu' sehingga mereka mengalami kerugian lebih RM100,000.

Mereka yang juga rakan sekerja, terpedaya dengan penipuan skim kutu yang menjanjikan keuntungan 60 peratus daripada modal, selepas diajak dan tertarik dengan kehidupan mewah seorang rakan sepejabat.


Mangsa hanya ingin dikenali sebagai Nor, 33, mendakwa, ketika mula terjebak dengan skim kutu itu, dia tidak mengesyaki apa-apa kerana yakin rakan sepejabatnya tidak akan menipu.

Dakwanya, kehidupan wanita itu mewah dan ia didakwa hasil daripada skim kutu.


Foto: Harian Metro

"Selepas diajak, akhirnya saya terjebak dengan skim itu pada Februari tahun lalu dengan modal awal sebanyak RM1,500. Ia tidak terhenti di situ, apabila saya terus membuat pelaburan dengan keseluruhan 24 transaksi sehingga Disember tahun lalu dan kini menanggung kerugian mencecah ratusan ribu.


"Mujurlah saya tidak membuat sebarang pinjaman, namun begitu, kesemua wang itu adalah simpanan yang saya kumpul untuk mengubah suai rumah. Akhirnya keuntungan dijanjikan dalam tempoh tiga bulan lesap bersama modal, selain rumah tidak dapat diubah suai," katanya selepas membuat laporan di Balai Polis Melaka Tengah, di sini, petang semalam.

Seorang lagi mangsa, May, 30-an berkata, dia berminat mengikuti skim kutu itu kerana ingin mendapatkan wang tambahan bagi membayar pinjaman perumahan, namun kini dia terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM20,000.

"Saya mula membuat transaksi pembayaran pada Jun dan kemudiannya pada Julai dengan setiap satu berjumlah RM5,000 dan kemudian diikuti beberapa lagi transaksi lain. Keuntungan dijanjikan 60 peratus dalam tempoh hanya tiga bulan.

"Namun pada bulan yang dijanjikan pelbagai alasan yang diberikan dan rakan sekerja kami yang sebelum ini 'mengheret' kami sertai skim kutu ini hanya berdiam diri. Kini, saya bingung untuk mencari duit bagi membayar pinjaman," dakwanya.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Kepimpinan Melayu Malaysia, Md Firdaus Mashor berkata, seramai 10 individu dari Melaka, yang mendakwa menjadi mangsa 'ibu kutu' terbabit sudah tampil membuat laporan polis.

"Kesemua mereka ini kami minta untuk tampil membuat laporan polis supaya tindakan lanjut boleh dikenakan.

"Dimaklumkan juga, di Melaka dan Johor, terdapat kira-kira 40 mangsa dipercayai terpedaya dengan skim kutu ini dengan kerugian dianggarkan RM1.3 juta," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AkokKocik 21-2-2023 10:26 AM
Senang betul diorg bagi duit kat org, kwn aku sampai putus kwn dgn aku krn aku xnak main kutu dgn dia.
Quote helicornia 21-2-2023 12:26 PM
Klu main kutu ada untung segala mcm dividen sah menipu.dorg labur mana bole bg untung segala.org main kutu utk saving je
Quote rogayahtop 21-2-2023 12:27 PM
kesiannya lahai. kawan yg paling senang nak scam kawan.
Quote Burong_Hantuk 21-2-2023 04:07 PM
moga mereput buat org yg scam ni
Quote zarul427 21-2-2023 04:09 PM


janji bulan bintang
ramai xsbr nk kaya cpt
sesungguhnya mimpi itu xbenar
Quote lo_la 21-2-2023 04:12 PM
AkokKocik replied at 21-2-2023 10:26 AM
Senang betul diorg bagi duit kat org, kwn aku sampai putus kwn dgn aku krn aku xnak main kutu dgn di ...

I pun kawan unfriend bila i tak sign up MLM dgn dia.
Takpe la sis. You do you, I’ll do me.
Quote green~tea 21-2-2023 04:47 PM
Eh deja vu ke apa.. semalam baru aku baca berita ibu kutu menipu
Quote KamikuP 21-2-2023 05:56 PM
skim kutu tu pun illegal.. mmg tak dapat balik le duit tu mampuih
mana kawan ko yg scam korang tu? dah kene palau ke? ekekekek
Quote rosedemon 22-2-2023 08:49 AM
padan mukaaa

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 11:03 AM GMT+8 , Processed in 0.072558 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top