Kuala Lumpur: Keputusan Indonesia meningkatkan bayaran haji lebih 70 peratus bagi tahun ini memberi bayangan jelas peningkatan kos haji adalah situasi yang tidak dapat dielak dan bakal jemaah negara ini disaran untuk bersedia dalam mendepani kenaikan harga ibadah itu.
Peningkatan bayaran mengerjakan ibadah haji itu turut dijangkakan Lembaga Tabung Haji (TH), iaitu institusi Islam yang bertanggungjawab mengurus dan menyediakan perkhidmatan haji untuk jemaah haji Malaysia. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TH, Datuk Seri Amrin Awaluddin dalam kenyataan sebelum ini menjangkakan kos haji tahun ini meningkat sekitar RM31,000 berbanding RM28,000 tahun lepas. Namun, Amrin berkata, agensi itu tetap meneruskan Bantuan Kewangan Haji Bersasar yang dibiayai daripada pendapatan pelaburan kepada semua bakal jemaah haji muassasah.
Peningkatan kos mengerjakan haji itu tidak hanya terkesan kepada umat Islam negara ini sahaja, malah turut membabitkan negara lain termasuk Indonesia, Brunei dan Thailand. TH turut memaklumkan faktor yang mempengaruhi kenaikan kos haji terbabit adalah sesuatu di luar kawalan agensi tersebut. Berkongsi pandangan mengenai perkara itu, Prof Madya Dr Azlan Shaiful Baharum, Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) menyifatkan peningkatan bayaran mengerjakan haji bukan isu baharu kerana ia berlaku saban tahun. Beliau yang berpengalaman sebagai mutawif dengan pelbagai agensi swasta sejak 2016 berkata, bagaimanapun kos mengerjakan haji itu menunjukkan peningkatan ketara selepas pandemik Covid-19. "...kita tidak boleh cakap kenaikan kos haji ini hanya terkesan kepada umat Islam di negara ini semata-mata tetapi juga negara Islam lain turut terkena tempiasnya. "Mungkin kelebihan pada umat Islam dari negara lain, misalnya di Indonesia, rakyatnya sanggup membayar tinggi mengerjakan haji kerana bagi mereka itulah waktu yang mereka mempunyai peluang ke Tanah Suci. Bagi rakyat negara lain, mungkin faktor nilai mata wang mereka tinggi, jadi mereka tiada masalah sangat untuk membayar harga yang lebih tinggi bagi mengerjakan haji,'' katanya kepada Bernama. Pandangan senada turut disuarakan Prof Madya Dr Shuhairimi Abdullah, Ketua Jabatan Bahasa dan Pengajian Umum, Fakulti Perniagaan dan Komunikasi Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang mengulangi bahawa umat Islam di Indonesia sebenarnya turut dibebani dengan peningkatan kos haji yang lebih tinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya. Bagaimanapun, beliau berkata, terdapat perbezaan bayaran mengerjakan haji antara Malaysia dan Indonesia berdasarkan kepada pertimbangan serta keperluan yang perlu ditanggung jemaah haji. "Kemudahan yang disediakan TH untuk jemaah haji Malaysia sudah tentu berbeza dengan apa yang disediakan agensi pengurusan haji Indonesia, seperti TH menawarkan khidmat rawatan perubatan percuma serta pelbagai perkhidmatan lain seperti penerbitan buku dan risalah panduan haji yang turut diberi percuma. "Terdapat juga perbezaan kos dari segi logistik serta kemudahan lain termasuk penginapan yang disediakan TH untuk jemaah yang mana lebih dekat untuk ke Masjidil Haram (kurang 1,000 meter),'' katanya. Memetik laporan media April tahun lepas, kerajaan Indonesia dilaporkan bakal memotong subsidi ibadah haji rakyat negara berkenaan. -CARI Sumber: Harian Metro
|
Simunggu replied at 22-2-2023 09:17 AM
zaman akan datang nak umrah pun mahal...jadi, sekarang dapat pergi umrah, masih murah, pergilah...ha ...
FlexyFox replied at 22-2-2023 11:27 PM
Betul. I ni tgh tunggu suami cuti je nak berangkat. Minta2 tiada apa2 aral. Semoga Allah permudahk ...
FlexyFox replied at 22-2-2023 11:27 PM
Betul. I ni tgh tunggu suami cuti je nak berangkat. Minta2 tiada apa2 aral. Semoga Allah permudahk ...
Simunggu replied at 23-2-2023 07:46 AM
amin....semoga dipermudahkan...
Pada tahun 2022, jemaah membayar Bipih berjumlah 39.8 juta rupiah (RM12,958) dari jumlah yuran haji keseluruhan bernilai 98 juta rupiah (RM29,690).
TOPwind replied at 24-2-2023 02:29 AM
sudah tiba masanya buat harga haji rahmah
ADVERTISEMENT