CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Institusi Pendidikan Thailand Dilarang Buang Pelajar Hamil

21-2-2023 09:37 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 463| Komen: 1

Kerajaan meluluskan undang-undang baharu melarang sekolah, kolej dan universiti Thailand memindahkan atau membuang pelajar hamil dalam usaha.

Firstpost dipetik Kosmo melaporkan, langkah itu diambil bagi melindungi hak pelajar.



Gambar hiasan

Menteri Pendidikan Tinggi, Sains, Penyelidikan dan inovasi, Anek Laothamatas bersama Menteri Pelajaran, Treenuch Thienthong menandatangani dokumen itu yang kemudiannya diterbitkan dalam Warta Diraja pada Sabtu lalu.

Menurut peraturan itu, tiada institusi pendidikan kerajaan dibenarkan untuk membuang pelajar perempuan hamil atau dipindahkan ke sekolah lain tanpa persertujuan mereka.

Undang-undang itu berkuatkuasa di semua peringkat sekolah, kolej dan universiti, manakala menurut kementerian pelajaran, peraturan sama merangkumi rancangan kerajaan untuk memerangi kehamilan dalam kalangan remaja perempuan dan kesannya terhadap kehidupan golongan muda.


Menurut kerajaan, terdapat beberapa kemajuan dalam usaha mengurangkan bilangan kehamilan remaja perempuan.

Sumber kementerian melaporkan kadar keciciran dalam kalangan pelajar perempuan yang hamil menurun selepas Akta Pencegahan dan Penyelesaian Kehamilan remaja 2016 dilaksanakan.

Kementerian juga berusaha mengurangkan kadar kehamilan dalam lingkungan usia 15 hingga 19 tahun kepada 15 bagi setiap 1,000 orang manakala dalam kumpulan umur 10 hingga 14 tahun kepada 0.5 bagi setiap 1,000 orang.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 21-2-2023 11:15 AM
yer la tu,,,x lama lagi ikut jejak filipin...punya ramai budak2 skolah  dah terberanak

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 11:11 AM GMT+8 , Processed in 0.505212 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top