CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Habis Rosak Harta Benda Sekolah! Waris Pelajar Nakal Kena Bayar Ganti Rugi

21-2-2023 09:35 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2030| Komen: 19

GEORGE TOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menuntut waris kepada sekumpulan pelajar yang terlibat dengan kegiatan vandalisme di sebuah sekolah menengah kebangsaan di Seberang Perai Selatan di sini baru-baru ini membayar semula ganti rugi bagi kelengkapan yang rosak.


Pegawai Pendidikannya, N.V. Subbarow berkata, desakan itu dibuat agar waris dan pelajar terbabit bertanggungjawab ke atas salah laku merosakkan harta benda awam, sekali gus tidak mengulangi lagi perbuatan tersebut pada masa depan.

Menurutnya, meskipun tindakan itu bersifat tegas, namun ia perlu dilakukan segera.



Katanya, ia boleh dibuat sama ada melalui kaedah pembayaran secara tunai mahupun ansuran kepada sekolah berkenaan.

“Pembelajaran di sekolah disediakan secara percuma, manakala kelengkapan dan pe­rabot dirosakkan itu merupakan harta benda yang menjadi hak milik kerajaan.


“Duit (peruntukan pembelian kelengkapan) itu pula diambil daripada cukai. Pihak sekolah perlu lebih serius menangani masalah itu supaya kejadian sama tidak berulang melibatkan pelajar-pelajar lain,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Dalam pada itu, Subbarow memberitahu lagi, pihak Persa­tuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan juga sewajarnya memainkan peranan penting supaya pembayaran ganti rugi daripada waris pelajar terlibat dapat dilakukan.

“CAP harap ini merupakan kejadian terakhir berlaku melibatkan pelajar sekolah. Mereka (pelajar) perlu ditingkatkan ke­sedaran menerusi tindakan tegas dan disiplin atas kesalahan yang dilakukan.

“Bukan sahaja kesalahan ke­rana merosakkan kelengkapan seperti perabot dan barangan elektrik sekolah, malah tanaman pokok bunga serta landskap sekolah juga antara yang tersenarai sebagai perbuatan vandalisme,” tambahnya.

Terdahulu, CAP menyifatkan perbuatan sekumpulan pelajar lelaki terbabit itu mungkin dipe­ngaruhi aksi-aksi ganas menerusi filem Tamil yang ditayangkan di televisyen.

Ujar Subbarow, kejadian yang berlaku itu mengundang rasa malu dan kurang senang dalam kalangan guru serta pelajar.

Sabtu lalu, tular dua rakaman video di media sosial yang me­maparkan tindakan sekumpulan pelajar lelaki merosakkan harta benda sekolah seperti kerusi, kipas angin dan pintu tandas. Kejadian berkenaan dikatakan berlaku semasa hari ter­akhir sesi persekolahan 2022/2023 Jumaat lepas. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mulotkoyak 21-2-2023 09:54 AM
Memang patut pun. Xkesah la ko melayu ke cina ke indian ke rohingya ke yindon ke kalau bab ganti rugi cmni patut je dikenakan. Bukan isu rasist ok. Cpt ckit kompaun. Lpas ni awas ye bangsa lain. Jgn jd isu plak.
Quote ifanonline 21-2-2023 09:55 AM
anak2 keling ni banyak sangat makan tosai
Quote cikatilia 21-2-2023 10:28 AM
ni bukan nakal ya...
ni jahat
Quote toynme 21-2-2023 10:29 AM
belum masuk sekolah pendalaman..dia karate cermin nako tu dari atas sampai bawah....
Quote prettyuglybabe 21-2-2023 11:08 AM
yes.. memang patut tuntut mereka bayar gantirugi or ganti balik semua yang dorang rosakkan..
pasal kelly ni, anak-anak lepas tu pulak tak dapat kemudahan yang selesa..
Quote airmineral 21-2-2023 11:26 AM
skola gomen ke?
kena la bayar balik utk ganti
kalau skola gomen, aset² peralatan skola tu mesti bayar pakai duit gomen jugak, cukai² rakyat msia kot

da sudah bayar ganti rugi, mohon polis hempuk budak² ni pakai kusi umah drg plk
Quote umbut 21-2-2023 12:03 PM
Kalau mak pak zaman dulu ni, satu kampung kena kejar ngan rotan kayu.. Mak pak skrg mesti bising2 pastu bayar kata anaknya x matang
Quote She-Ra 21-2-2023 12:12 PM
cikatilia replied at 21-2-2023 10:28 AM
ni bukan nakal ya...
ni jahat

itulah.. seram tgk ini kalau gado, mau hentak kepala org kaw kaw dgn kerusi meja
mudah naw terpengaruh dgn filem dusyum dusyum tembak menembak pukul memukul berdarah sana sini tetap tak mati

ini elok bg jumpa dgn Kahar Kapla High Council.. buku bertemu ruas.. tiberrrr

Quote She-Ra 21-2-2023 12:14 PM
umbut replied at 21-2-2023 12:03 PM
Kalau mak pak zaman dulu ni, satu kampung kena kejar ngan rotan kayu.. Mak pak skrg mesti bising2 pa ...

kena libas dgn ekor ikan pari atau tali pinggang.. lazat mantul mantullllll
Quote miszclassique 21-2-2023 12:15 PM
Masalahnya bayar ansuran tu, bayar ke diorang ni?
Sesetengah makpak ni, yuran sekolah anak pun cikgu2 yang kena merayu mcm mintak sedekah suruh bayar
Quote krustykrab 21-2-2023 12:34 PM
miszclassique replied at 21-2-2023 12:15 PM
Masalahnya bayar ansuran tu, bayar ke diorang ni?
Sesetengah makpak ni, yuran sekolah anak pun cikgu ...

Lps tu meroyan kt medsos kna byr yuran pibg setiap anak...hello tu anak ko ke anak jiran ko.
Masa uhahuhah tak pikir nk family planning.
Quote cikatilia 21-2-2023 12:37 PM
She-Ra replied at 21-2-2023 12:12 PM
itulah.. seram tgk ini kalau gado, mau hentak kepala org kaw kaw dgn kerusi meja
mudah naw terpen ...

hahahah kann
kalau nakal tu takat conteng meja pakai liquid paper tu ye la... bole padam..
ni sampai patah meja kusi kipas semua..

eloknya kena gantung bia xyah masuk form 1 masing2

jgn hantar ke tahfiz sudah
asal jahat aje tahfiz
last2 meliwat kat sana
Quote She-Ra 21-2-2023 12:41 PM
cikatilia replied at 21-2-2023 12:37 PM
hahahah kann
kalau nakal tu takat conteng meja pakai liquid paper tu ye la... bole padam..
ni samp ...

situ lg buat bdk memberontak

hantar je ke sekolah bdk2 nakal ke juvana segala tu
mana yg kemain pailang masa kt sekolah biasa, haaaaaa ko ghase la dgn dak dak nakal juvana tuuuu
Quote card_reader 21-2-2023 12:42 PM
lambat lagi kalo nak suruh bayar....area sekolah tu pon dah boleh agak lifestyle dia mcm mana
Quote tikusmontok 21-2-2023 01:38 PM
ifanonline replied at 21-2-2023 09:55 AM
anak2 keling ni banyak sangat makan tosai

Kenapa dgn tosei?
Quote alieyrina 21-2-2023 03:34 PM
Setuju. Kalau x byr, naik mahkamah denda bagai.

Biar proses tu renyah dan susah. Baru lah mak bapak, budak2 lain pikir byk kali nak buat jahat ni
Quote Burong_Hantuk 21-2-2023 03:46 PM
dorang ni ada ciri2 bakal masuk henry gurney
Quote umbut 21-2-2023 04:13 PM
Senakal nakal budak jate zaman sekolah dulu xda ler sampai pecah2 brg. Ni dah cam setan. Mesti kat sekolah pembuli, x puas hati jer tunjuk hero tamil
Quote rosedemon 22-2-2023 08:48 AM
mati jela budak cmni puih

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 11:25 AM GMT+8 , Processed in 0.075876 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top