CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

6 Kereta Rosak, Lori Muatan Batu Terundur

20-2-2023 08:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 928| Komen: 3


Enam buah kereta rosak dilanggar sebuah lori tiba-tiba terundur dalam kemalangan di Kilometer 16, Jalan Jerantut – Lipis berdekatan Bukit Atap, Kuala Tembeling.

Utusan melaporkan, kejadian 8.50 pagi tadi menyebabkan dua buah Proton Saga, Toyota Vios (dua buah) dan Perodua Myvi serta Honda mengalami kerosakan.



KEADAAN enam buah kereta yang rosak berikutan dilanggar lori muatan batu terundur ke belakang di Kilometer 16, Jalan Jerantut - Lipis berdekatan Bukit Atap, Kuala Tembeling di Jerantut, Pahang. - FOTO /IHSAN PENGGUNA JALAN RAYA

Bagaimanapun, pemandu dan penumpang kereta terbabit tidak mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Mazlan Hassan berkata, siasatan mendapati, kejadian berpunca apabila sebuah lori muatan batu dari arah Jerantut dalam perjalanan ke Lipis sedang menaiki bukit yang dikenali sebagai Bukit Atap.


“Apabila tiba di pertengahan bukit, tiba-tiba enjin lori berkenaan hilang kuasa dan terundur sehingga melanggar enam buah kereta yang mengikuti dari arah belakang.

“Kejadian ini hanya melibatkan kerosakan kenderaan terlibat sahaja, tetapi tidak melibatkan kecederaan pemandu dan penumpang kereta berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kebanyakan kereta berkenaan mengalami kerosakan di bahagian hadapan, iaitu bumper dan fender kemik, lampu besar hadapan pecah cermin sisi kanan patah, pintu kemek dan kerosakan lain masih dalam siasatan, manakala lori jenis Rigid-Dumper/Tripper berkenaan mengalami kerosakan bahagian belakang.

Katanya, kejadian itu berlaku di jalan lurun, mendaki bukit, satu lorong dua hala, garisan berkembar di tengah, kaki lima jalan tidak berturap, manakala keadaan cuaca baik dan permukaan jalan kering.

Katanya, kemalangan diklasifikasikan di bawah Peraturan 17 LN 166/59. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sailormars 20-2-2023 11:56 PM
jalan sini kecik..nak memotong pun susah...
Quote prettyuglybabe 21-2-2023 10:16 AM
aduhai.. kalau tauke lari, naya la semua kena claim insurance sendiri..
Quote sumijelly 21-2-2023 11:33 AM
bahaya nyaaaa

pasni ada kenderaan berat tgh naik.. tunggu la jauhhh...

risau brek x makan je

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 10:51 AM GMT+8 , Processed in 0.067766 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top