CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Profesor, Rakan Penyelidik Jadi Tebusan Di Papua New Guinea

20-2-2023 08:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 960| Komen: 3


Sekumpulan penculik menjadikan profesor dari Australia dan tiga rakannya sebagai tebusan di Papua New Guinea.

BERNAMA melaporkan, kumpulan bersenjata itu menuntut bayaran tebusan daripada kedua-dua kerajaan Papua dan Australia, lapor media pada Isnin.



Gambar hiasan

Profesor itu, rakan penyelidik serta penyelaras program penyelidikan dan dua siswazah Universiti Papua New Guinea, sedang melakukan kajian lapangan di kawasan terpencil di Wilayah Highlands, lapor Sputnik memetik penyiar Australia ABC News.

Pihak berkuasa Papua New Guinea telah memulakan rundingan dengan penculik, kata Perdana Menteri James Marape.

"Saya mahu memaklumkan kepada keluarga mereka yang dijadikan tebusan bahawa kami telah berusaha dan dapat menghubungi penculik," kata Marape kepada wartawan.
Perdana menteri itu berkata mubaligh di kawasan itu turut membantu dengan menjadi orang tengah dalam rundingan dengan penculik.


Kejadian serupa berlaku pada awal bulan ini di bahagian barat pulau New Guinea apabila kumpulan pemisah tempatan yang berjuang untuk kemerdekaan daripada Indonesia, menjadikan seorang juruterbang New Zealand sebagai tebusan dan menuntut kerajaan menghentikan kekerasan terhadap pemberontak. 


Sumber: BERNAMA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zazama 20-2-2023 10:45 PM
Tak kiralah mereka bangsa dana agama apapun, mudah2an mereka selamat dilepaskan.
Quote DeLuna85 21-2-2023 02:10 AM
Bebaskan je la papua tu. Indonesia tak mampu. Terlalu banyak pulau.
Quote stokingpanas 21-2-2023 05:49 PM
seram baca

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 11:07 AM GMT+8 , Processed in 0.214082 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top