CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jejaka Hampa Pulang Ke India Lamaran Ditolak Ibu Bapa Kekasih Di Indonesia

20-2-2023 08:22 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3543| Komen: 38

Lelaki dari India pulang dengan rasa hampa selepas lamaran untuk memperisterikan kekasihnya ditolak ibu bapa wanita itu.

Kosmo melaporkan, Asib Ali Bhore sanggup berhabis duit dengan melakukan perjalanan terbang ke Wajo, wilayah Sulawesi Selatan.


Berdasarkan hantaran yang dikongsikan di laman Facebook, Asib dari negeri Uttar Pradesh itu dikatakan berlepas ke Indonesia untuk melamar teman wanitanya, Syarifah Khaerunnisa, lapor Liputan6.


Asib terpaksa akur dan pulang ke India selepas ‘terbang’ ke Indonesia demi melamar kekasihnya. – Gelora

Lelaki tersebut dikatakan sudah membelanjakan wang 52 juta rupiah (RM15,184) untuk kekasihnya sepanjang menjalinkan hubungan sejak 2021.

Bagaimanapun, niat murninya untuk memperisterikan Syarifah Khaerunnisa ditolak ibu bapa gadis berkenaan yang telah menjodohkan dirinya dengan lelaki pilihan mereka.


Situasi itu membuatkan Asib akur lalu pulang ke India meskipun berasa kecewa kerana telah mengeluarkan wang yang banyak demi memenuhi keinginan kekasihnya.

Walaupun ibu bapa gadis itu mahu menggantikan semula wang yang telah dibelanjakan ke atas anak mereka, namun Asib memilih untuk menolak.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 20-2-2023 09:04 PM
Kesiannya.  Tapi kau simpan excel spreadsheet ke semua kau belanja kat dia?  
Quote faraway1 20-2-2023 09:08 PM
Kesiannya, tapi bukan jodoh kan....

Quote duri_durians 20-2-2023 09:26 PM
hensem, sawit dan bersungguh-sungguh. semoga dapat jodoh lebih baik
Quote orangbiasaje 20-2-2023 09:56 PM
Moga lelaki pilihan mak bapak perempuan tu mampu memberi pengorbanan dan kasih sayang yang lebih baik berbanding lelaki ni.

Tu sebab akak pesan dengan anak sedara lelaki akak, bercinta berkenalan boleh, tapi nak berbelanja apa2, tunggu dah sah. Kalau tidak buat penat jaga jodoh orang je.

Tapi baik hati lak budak ni, mak bapak ppuan tu offer nak bayar balik tapi dia memilih untuk menolak. Moga dikurniakan pasangan yang setia susah senang.
Quote dani-rox 20-2-2023 10:11 PM
kesiannya.
nah 12 jam lagu2 sedih utk dilayan dlm perjalanan ke airport sulawesi, dlm kapal terbang ke india, pastuh dlm teksi otw balik rumah somewhere di uttar pradesh

[youtube]SmEPJnDZ-wM[/youtube]

Quote Belibis 20-2-2023 10:18 PM
Sekurang2 bukan 'love scam'.. cuma takde jodoh jer.
Quote kaedahnya 20-2-2023 11:04 PM
hensem tapi nak buat macam mana tak ada jodoh. saripah tu mesti cantik jugak.
Quote kaedahnya 20-2-2023 11:06 PM
rasanya mak bapak budak pompuan tu tak nak lepaskan anak jauh jauh sampai india kot. tak apa la.
Quote Decaffeinated 20-2-2023 11:11 PM
Kat indon ada yang dipanggil suku arab. Syarifah ni mungkin salah seorang

Quote sailormars 20-2-2023 11:17 PM
siannye kat awak...moga awak dpt jodoh lagi baik dr perempuan tu
Quote Jitu 20-2-2023 11:19 PM
la kenapa tak ambik je duit org nak ganti
patut claim sekali harga tiket flight
sedap je main2kan perasaan org
sakit hati weh bila frust ni
Quote belilies 20-2-2023 11:22 PM
Tak ada gambar si saripah kharunisa ni ke?
Quote jejaka_hensem 20-2-2023 11:25 PM
Tu bukan jejaka hensem tau
Quote Skuau 20-2-2023 11:46 PM
try la mai Msia...ngorat aweks Msia...ank pung..warganegara Msia lahir nt....
Quote Firenzza 21-2-2023 09:51 AM
Apsal x cari seripah kt msia bersepah2, silap hang dpt duit hantaran dpt bukak kedai, dpt ic biru lg
Quote ninja9 21-2-2023 09:53 AM
Samerosie replied at 20-2-2023 09:04 PM
Kesiannya.  Tapi kau simpan excel spreadsheet ke semua kau belanja kat dia?

..... memang economist betullah siapa yang buat


mungkin dia ingat perbelanjaan2 besar ... yang kecik2 dia agak2 sahaja


Quote Samerosie 21-2-2023 09:56 AM
ninja9 replied at 21-2-2023 09:53 AM
..... memang economist betullah siapa yang buat

Tax deductible kut?
Quote sumijelly 21-2-2023 11:26 AM
mungkin ada jodoh lebih baik buat si jejaka
Quote vanillaninja 21-2-2023 11:31 AM
Mesti heartbroken gila Asib ni. Semoga heols dapat berjumpa jodoh yang lebih baik.

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 11:25 AM GMT+8 , Processed in 0.137647 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top