Tiada pilihan lain kerana enggan mengabaikan anak-anak, seorang lelaki terpaksa membawa mereka ketika menjahit kasut. Mohammad Khairul Nizam Mohd Tamyis, 24, atau mesra dengan gelaran Mad berkata, dia tidak mempedulikan tanggapan buruk sesetengah individu berkaitan kerjayanya sebagai tukang kasut jalanan kerana ia adalah rezeki halal demi empat cahaya mata.
Dia juga sentiasa memastikan keselamatan anak mahupun keperluan mereka ketika bekerja di hadapan sebuah bank di Taman Johor Jaya. Menurut laporan BH Online, Mad bagaimanapun berdepan cabaran menjaga anak-anak selepas berpisah dengan isteri sejak setahun lalu. Mereka yang sudah tiada keserasian mengambil keputusan untuk bercerai dan buat masa ini Mad menjaga dua anak berusia tiga dan enam tahun manakala bekas isteri menjaga anak sulung dan bongsu berusia lapan tahun dan bayi berusia setahun.
"Keluarga saya bukan orang senang, ibu saya menjual pisang goreng di Taman Puteri Wangsa manakala bapa masih menjadi tukang kasut jalanan di hadapan sebuah pasar raya di Taman Johor Jaya," katanya yang tinggal bersama keluarga ibunya di Taman Puteri Wangsa di sini. Menurutnya, pekerjaan ini dia mampu memberi nafkah RM50 pada setiap hari dan membelikan anak susu serta lampin pakai buang mengikut keperluan. "Pendapatan saya kira-kira RM80 hingga RM100 sehari namun ia tidak tetap kerana sekiranya hari hujan, ia berkurangan," katanya. Kata Mad, dia tidak menyangka ada pelanggan prihatin dengan keadaannya, menularkan kisahnya di Facebook dan TikTok. - CARI
|
kepompong replied at 20-2-2023 08:25 PM
Dalam gambar macam 4-4 dibawa pergi kerja
ADVERTISEMENT