View: 1141|Reply: 12
|
Enggan Mengabaikan, Tukang Jahit Kasut Bawa Anak-Anak Ketika Bekerja
[Copy link]
|
|
Tiada pilihan lain kerana enggan mengabaikan anak-anak, seorang lelaki terpaksa membawa mereka ketika menjahit kasut.
Mohammad Khairul Nizam Mohd Tamyis, 24, atau mesra dengan gelaran Mad berkata, dia tidak mempedulikan tanggapan buruk sesetengah individu berkaitan kerjayanya sebagai tukang kasut jalanan kerana ia adalah rezeki halal demi empat cahaya mata.
Dia juga sentiasa memastikan keselamatan anak mahupun keperluan mereka ketika bekerja di hadapan sebuah bank di Taman Johor Jaya.
Mohammad Khairul Nizam Mohd Tamyis terpaksa bawa anak ketika bekerja sebagai tukang kasut di hadapan sebuah bank di Taman Johor Jaya kerana tiada penjaga.
Menurut laporan BH Online, Mad bagaimanapun berdepan cabaran menjaga anak-anak selepas berpisah dengan isteri sejak setahun lalu.
Mereka yang sudah tiada keserasian mengambil keputusan untuk bercerai dan buat masa ini Mad menjaga dua anak berusia tiga dan enam tahun manakala bekas isteri menjaga anak sulung dan bongsu berusia lapan tahun dan bayi berusia setahun.
"Keluarga saya bukan orang senang, ibu saya menjual pisang goreng di Taman Puteri Wangsa manakala bapa masih menjadi tukang kasut jalanan di hadapan sebuah pasar raya di Taman Johor Jaya," katanya yang tinggal bersama keluarga ibunya di Taman Puteri Wangsa di sini.
Menurutnya, pekerjaan ini dia mampu memberi nafkah RM50 pada setiap hari dan membelikan anak susu serta lampin pakai buang mengikut keperluan.
"endapatan saya kira-kira RM80 hingga RM100 sehari namun ia tidak tetap kerana sekiranya hari hujan, ia berkurangan," katanya.
Kata Mad, dia tidak menyangka ada pelanggan prihatin dengan keadaannya, menularkan kisahnya di Facebook dan TikTok. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Ok la tu dia x mengemis...cuma umur baru 24 tahun,ank dh 4 org..moga dimurahkan rezeki |
|
|
|
|
|
|
|
Umo 24 anak sulung 8 thn? Plus pregnant lg 9 thn |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam gambar macam 4-4 dibawa pergi kerja |
|
|
|
|
|
|
|
kepompong replied at 20-2-2023 08:25 PM
Dalam gambar macam 4-4 dibawa pergi kerja
Maybe bergilir or ada hari yg anak semua akan ke dia tp xde sapa nk tlg jaga..
Semoga ank-anak mmbesar jd org berjaya. Mak pak tu malas cerita la naaa |
|
|
|
|
|
|
|
Salute org mcm ni, at least dia x abaikan anak2 dia dan bekerja mencari nafkah |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga ayah ini dikurniakan kesihatan yg baik agar berpanjangan usahanya mencari rezeki. Amin.. |
|
|
|
|
|
|
|
Umur 16 dh nikah ke tu
Belajar abis tak
Muda lagi ni baru 24 umur , cubala cari kerja lain
Hmmm |
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah, kesiannya tgok lagi2 hat anak2 kecik tu..hmm |
|
|
|
|
|
|
|
umur muda anak 4. agaknyaa msti cerai sbb masalah kewangan.. klu tak takkan sanggup dia yg jaga anak2 tu. tp ok laa asalkan x mengemis |
|
|
|
|
|
|
|
kesian anak2. tapi tengok dari kerja + kahwin awal camtu + bilangan anak. i faham pemikirannya dan cara dia dibesarkan camne. takpe la dik, janji rajin usaha. dekat tmpt i ni pun ada je tukang kasut yang besarkan anak2 dia elok je. memang semata kerja tukang kasut, isteri jual kuih2, anak2 2 orang elok menjadi, sama kerja tukang kasut dengan bapak |
|
|
|
|
|
|
|
Rancang keluarga anda sebelum anda merempat. Betul,anak itu rezeki. Makanan juga rezeki. Kita akan stop makan once perut kita penuh walaupun depan mata stil ade makanan. Gitu juga anak, dah tahu yg ada pun hidup dah semput,jganlah gi buat lagi. Haih,entahlah. |
|
|
|
|
|
|
|
amyfaha replied at 21-2-2023 12:00 PM
Rancang keluarga anda sebelum anda merempat. Betul,anak itu rezeki. Makanan juga rezeki. Kita akan s ...
Sbb tu cerai tu u.. kira xde dh la ank pasni hopefully |
|
|
|
|
|
|
| |
|