Melalui Twitter, seorang lelaki yang menggunakan nama Nebs berkongsi satu tip untuk mendapatkan ruang tertutup di tempat awam bagi tujuan mendirikan solat dengan tenang ketika di Jepun. "Bila bercakap tentang surau, teringat satu cara yang abang saya ajar ketika di Jepun untuk memudahkan urusan solat.
"Macam ni tipnya, pergi ke kedai baju Uniqlo dan ambil beberapa helai pakaian konon-kononnya untuk kita cuba dalam bilik persalinan. "Dalam bilik persalinan itu kita boleh solat tapi pastikan kita dah ada wuduk siap-siap," terang Nebs mengenai kaedah solat yang biasa digunakannya ketika berada di negara matahari terbit itu. Perkongsian Nebs itu sebenarnya merupakan ciapan balas kepada satu bebenang yang mengupas persoalan mengenai percutian di Jepun dan salah satunya adalah tentang solat. "Islam itu mudah dan memudahkan. Di lapangan terbang utama Jepun memang disediakan surau. Di bandar-bandar besar juga ada masjid dan surau walaupun kena berusaha mencari.
"Malah di kebanyakan restoran halal turut menyediakan ruang untuk solat. Cuma disebabkan rakyat Jepun sangat anti dengan lantai yang berbecak dan basah, kita perlu menghormati adab di tempat orang. "Berusahalah untuk berwuduk dengan cermat dan tertib bahkan kalau ada tisu atau kain lap disediakan, lap sikit lantai lepas selesai berwuduk," ujar penulis bebenang itu. Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya mengakui menggunakan kaedah yang sama untuk menunaikan solat ketika berada di tempat orang. "Bilik persalinan Uniqlo ni memang luas dan bersih sebab di Jepun kena buka kasut dulu kalau nak masuk bilik persalinan, tapi kalau rasa macam kurang yakin dengan kebersihan dia boleh bawa mini sejadah sendiri dalam beg. "Sama dengan kami juga, waktu kami di Brisbane, Australia kami selalu berkumpul di Uniqlo sebab nak solat dalam bilik persalinan dia yang lagi besar dari kedai-kedai baju yang lain, langsir pun labuh jadi sujud orang tak nampak. "Saya lagi prefer untuk guna bilik persalinan sebagai tempat solat dari guna surau yang ada dekat restoran makanan halal sebab nampak lebih bersih dan meyakinkan. "Yup, bilik persalinan kedai baju is the way to go, lepas tu boleh buka kompas dekat apps atau internet untuk tentukan arah kiblat," ujar sebahagian warga maya.-CARI Sumber: mStar
|
likilu replied at 20-2-2023 06:46 AM
Tak kira ceroboh hak uniqlo ke, tu untuk pelanggan dia cuba bra dan baju dan jeans bukan untuk buat ...
likilu replied at 20-2-2023 06:46 PM
Tak kira ceroboh hak uniqlo ke, tu untuk pelanggan dia cuba bra dan baju dan jeans bukan untuk buat ...
KamikuP replied at 21-2-2023 09:49 AM
Meolls tertanya2, kalau meolls gi Disneyland Florida ada ke tempat solat? Nnti mat salleh jengkel pu ...
Samerosie replied at 21-2-2023 08:51 AM
Menipu semata2 nak guna premis owner untuk solat. Mmmmm esok2 bila jepun retailers dah x kasi muka2 ...
bottombikini replied at 21-2-2023 11:03 AM
depa take note la dah pasni
lantak kome
Samerosie replied at 21-2-2023 02:05 AM
Ada chuols tapi kena tanya information counter ke apatah nanti dia beritahu kat mana prayer room.
...
ADVERTISEMENT