CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6382|Reply: 101

Henti Bagi Alasan Tak Solat Sebab Tak Ada Surau Di Jepun- Lelaki Dedah Rahsia, Solat Je Di Fitting Room Uniqlo

[Copy link]
Post time 20-2-2023 06:07 PM | Show all posts |Read mode
Melalui Twitter, seorang lelaki yang menggunakan nama Nebs berkongsi satu tip untuk mendapatkan ruang tertutup di tempat awam bagi tujuan mendirikan solat dengan tenang ketika di Jepun.


"Bila bercakap tentang surau, teringat satu cara yang abang saya ajar ketika di Jepun untuk memudahkan urusan solat.


"Macam ni tipnya, pergi ke kedai baju Uniqlo dan ambil beberapa helai pakaian konon-kononnya untuk kita cuba dalam bilik persalinan.


"Dalam bilik persalinan itu kita boleh solat tapi pastikan kita dah ada wuduk siap-siap," terang Nebs mengenai kaedah solat yang biasa digunakannya ketika berada di negara matahari terbit itu.




Gambar Hiasan





Perkongsian Nebs itu sebenarnya merupakan ciapan balas kepada satu bebenang yang mengupas persoalan mengenai percutian di Jepun dan salah satunya adalah tentang solat.


"Islam itu mudah dan memudahkan. Di lapangan terbang utama Jepun memang disediakan surau. Di bandar-bandar besar juga ada masjid dan surau walaupun kena berusaha mencari.


"Malah di kebanyakan restoran halal turut menyediakan ruang untuk solat. Cuma disebabkan rakyat Jepun sangat anti dengan lantai yang berbecak dan basah, kita perlu menghormati adab di tempat orang.


"Berusahalah untuk berwuduk dengan cermat dan tertib bahkan kalau ada tisu atau kain lap disediakan, lap sikit lantai lepas selesai berwuduk," ujar penulis bebenang itu.


Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya mengakui menggunakan kaedah yang sama untuk menunaikan solat ketika berada di tempat orang.


"Bilik persalinan Uniqlo ni memang luas dan bersih sebab di Jepun kena buka kasut dulu kalau nak masuk bilik persalinan, tapi kalau rasa macam kurang yakin dengan kebersihan dia boleh bawa mini sejadah sendiri dalam beg.


"Sama dengan kami juga, waktu kami di Brisbane, Australia kami selalu berkumpul di Uniqlo sebab nak solat dalam bilik persalinan dia yang lagi besar dari kedai-kedai baju yang lain, langsir pun labuh jadi sujud orang tak nampak.


"Saya lagi prefer untuk guna bilik persalinan sebagai tempat solat dari guna surau yang ada dekat restoran makanan halal sebab nampak lebih bersih dan meyakinkan.


"Yup, bilik persalinan kedai baju is the way to go, lepas tu boleh buka kompas dekat apps atau internet untuk tentukan arah kiblat," ujar sebahagian warga maya.-CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2023 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Perkongsian yg bagus
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2023 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak kira ceroboh hak uniqlo ke, tu untuk pelanggan dia cuba bra dan baju dan jeans bukan untuk buat hal personal
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2023 09:51 PM | Show all posts
likilu replied at 20-2-2023 06:46 AM
Tak kira ceroboh hak uniqlo ke, tu untuk pelanggan dia cuba bra dan baju dan jeans bukan untuk buat  ...

Lepas tu belilah selai dua pakaian sebagai berterima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2023 02:54 AM From the mobile phone | Show all posts
likilu replied at 20-2-2023 06:46 PM
Tak kira ceroboh hak uniqlo ke, tu untuk pelanggan dia cuba bra dan baju dan jeans bukan untuk buat  ...

Exactly. Salahguna premis serupa mencuri juga.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2023 08:42 AM | Show all posts
okay bang take noted
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-2-2023 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Menipu semata2 nak guna premis owner untuk solat.  Mmmmm esok2 bila jepun retailers dah x kasi muka2 melayu try baju meroyan pula.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2023 09:02 AM | Show all posts
penah solat kat disney Tokyo, kena pndai2 la cari ruang yg sesuai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2023 09:05 AM | Show all posts
kelaku sebijik mcm ummah pprt rohingyas yg mai kat malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2023 09:49 AM | Show all posts
Meolls tertanya2, kalau meolls gi Disneyland Florida ada ke tempat solat? Nnti mat salleh jengkel pulak tengok kita solat
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2023 09:52 AM | Show all posts
kat Malaysia jadi port lain pulak hehe
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2023 10:05 AM | Show all posts
KamikuP replied at 21-2-2023 09:49 AM
Meolls tertanya2, kalau meolls gi Disneyland Florida ada ke tempat solat? Nnti mat salleh jengkel pu ...

Ada chuols tapi kena tanya information counter ke apatah nanti dia beritahu kat mana prayer room.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2023 10:19 AM | Show all posts
pernah solat kt dlm disneyland hongkong
asalnya nak solat je tepi2 ruang yg tak ganggu laluan
tp ternampak staff disneyland kt rumah tamu bahagian dpn
  tanya ada tak ruang yg tak ganggu laluan
terus dibaginya bilik tamu vvip uolsssss.. siap nak bwk ke toilet lg tp iols tak pegi sb dh ambik wuduk. sempat la ambik gamba ruang tamu vvip itu..mmg nais sgt

dlm malaysia ni pun kalau bilik solat dh penuh terutama dlm mall, iols pegi je toilet khas utk baby tu
situ jarang2 ada org, jd boleh la guna
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2023 10:35 AM | Show all posts

Bagus korang pandai jaga solat 5 waktu. Syukur.

Aii tak reti dan rasa tak sah sembahyang tmpt tmpt mcm ini. Dlm masjid yang hingar bingar dgn bebudak dan orang perempuan pok pek pok pek berborak pun aii tak boleh. Mesti sembahyang di rumah sendiri dlm keadaan tenang dan aman + 4 rakaat aii ambil masa 10/11 minit baru selesai.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2023 11:03 AM | Show all posts
Samerosie replied at 21-2-2023 08:51 AM
Menipu semata2 nak guna premis owner untuk solat.  Mmmmm esok2 bila jepun retailers dah x kasi muka2 ...

depa take note la dah pasni
lantak kome


Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2023 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Adoiiii acah pandai. Skrg uniqlo dah tahu memang kena pandang sinis je lah. Mintak izin dulu ke x? Nak solat tp menipu and ceroboh hak org. Apo.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2023 11:10 AM | Show all posts
bottombikini replied at 21-2-2023 11:03 AM
depa take note la dah pasni
lantak kome

Naya pak karim, pinoy, mexican semua kena fitnah juga.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2023 11:49 AM | Show all posts
Samerosie replied at 21-2-2023 02:05 AM
Ada chuols tapi kena tanya information counter ke apatah nanti dia beritahu kat mana prayer room.
...

Oo ada ye.. tq cuollss
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2023 12:01 PM | Show all posts
tak bole ke solat je kat mane2 public area yg bersih? even kt taman ka.. tepi jalan ka.. bole je solat kan.. kata Jepun tu bersih beno.. solat je la mana2.. alas je la ngan apa2.. ke.. kena tembak kalau solat in public kat sane? Tak kot.. ada islam phobic gak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2023 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
mengada2 nye lah. mcm lah tak boleh cari tempat solat dkt tempat yg tak kacau biz org. dah ada ruang solat kat restoran halal nak jugak solat dlm fitting room uniqlo. Mengada2 betul.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 09:21 AM GMT+8 , Processed in 0.527145 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list