CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Kena Cara Nak Buat Prank! Lelaki Ditahan Sebab Menyamar Jadi Polis Nak Hantar Kek Kepada Polis

20-2-2023 05:40 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1455| Komen: 15

PADAWAN – Perbuatan ‘prank’ seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai polis ketika menghantar kek di Balai Polis Tapah di sini memakan diri, apabila menyebabkan dia ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata suspek berusia 36 tahun itu datang ke balai polis berkenaan kira-kira pukul 3.20 petang semalam dan memperkenalkan dirinya sebagai pegawai kanan polis dari Bukit Aman kepada anggota polis yang bertugas sebagai penyelia kaunter aduan.


Katanya, suspek kemudian mengarahkan anggota polis terbabit untuk masuk ke kaunter aduan dan menyatakan dia adalah Pegawai Turus dari Bukit Aman dan kedatangannya adalah untuk menangkap anggota berkenaan.


Foto:Kosmo

“Suspek kemudian berkata hendak keluar bagi mengambil fail dan apabila masuk semula ke balai, suspek membawa sebiji kek dan menyatakan tindakannya sebelum itu adalah ‘prank’.


“Kek yang dibawa oleh suspek merupakan tempahan daripada seorang pelanggan untuk diberikan kepada anggota polis terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Abang Zainal berkata perbuatan suspek telah melampaui batas dan perbuatannya adalah salah kerana disifatkan menyamar sebagai polis.

Malah, katanya ketika disoal, suspek sekali lagi memberitahu dia adalah anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching.

“Namun, melalui pemeriksaan dokumen kita mendapati suspek adalah orang awam dan isterinya menjalankan perniagaan tempahan kek,” katanya.

Sehubungan itu, Abang Zainal berkata, suspek ditahan di lokap Balai Polis Siburan dan disiasat di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan dan direman di Mahkamah Kuching hari ini. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 20-2-2023 05:43 PM
X pasal2 kena tahan
Quote prince_marhaen 20-2-2023 05:46 PM
Ahahahahahahahahahahaha...alahhh feelingggg lahhh kau mattt... dah kantoi pun mengaku polis lagi... berangan yekk.. nak prank sangat kan..
Quote renko 20-2-2023 06:08 PM
haahahahahhaha rasakan
Quote bondeh 20-2-2023 06:44 PM
Bangang. Dahlah bini buat business tempahan kek. Silap haribulan kang semua customer boikot bini ko niaga. Kelas belakang sangat perangai.
Quote stokingpanas 20-2-2023 06:47 PM
Wehhh kesiannnnn
Quote dani-rox 20-2-2023 07:10 PM
Quote bulanbulat 20-2-2023 07:12 PM
Bodohnya and fishy sangat
Quote Burong_Hantuk 20-2-2023 07:31 PM
Prank sangkak
Quote Decaffeinated 20-2-2023 11:06 PM
Penceritaan tonggang terbalik so masa bila sebenarnya dia mengaku itu semua prank. Prank itu customer yg request ka?
Quote Tokeybundle 21-2-2023 12:21 AM
Hahaha...prank la sgt.kan dah mendapat
Quote elzy 21-2-2023 08:27 AM
Padan muka.. Semua benda nak prank.. Hantar jer la kek tu macam biasa..
Paling menyampah bila ada penghantar kek prank isteri (penerima) konon dia (penghantar kek) skandal suami dia, sampailah isteri tu menangis2.. Korang buat main-main perasaan orang, ingat lawak?
Quote rosedemon 21-2-2023 08:40 AM
sian ek bodo ko ingt fun ke buat prank gitu
Quote prettyuglybabe 21-2-2023 11:31 AM
padan muka..
Quote KamikuP 21-2-2023 12:25 PM
Padan muka.. kat Kuching ada nama tempat Tapah mcm kat Perak ekk
Quote vanillaninja 21-2-2023 12:30 PM
Kenapa I rasa heols ni memang betul2 tak tau apa yang heols buat tu bukan satu offence ya. Like heols memang berniat untuk buat polis tu terkesima dengan aksi prank heols.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 11:11 AM GMT+8 , Processed in 0.366756 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top