MANILA – Polis Bandar Talisay di Filipina menggesa penduduk tempatan bertenang dan berhenti menyebarkan maklumat salah susulan beberapa laporan ada yang melihat makhluk mitos bernama Manananggal, lapor portal berita Cebu Daily News.
Bagaimanapun, polis terus menyiasat dakwaan kemunculan manananggal di Sitio Mangga seperti yang didakwa beberapa penduduk di kawasan itu. Pada 9 Februari lalu, beberapa penduduk mendakwa makhluk mitos itu terdapat di kampung mereka dan didakwa dilihat oleh segelintir penduduk yang tinggal di sana. Sementara menunggu siasatan selesai, Leftenan Kolonel Polis Randy Caballes selaku ketua Balai Polis Kota Talisay meminta orang ramai bekerjasama dan bertenang setelah mendengar cerita tersebut. Beliau menggalakkan semua orang untuk mengelak daripada menyebarkan laporan yang tidak disahkan mengenai kehadiran manananggal kerana ini boleh menyebabkan panik dalam kalangan masyarakat.
Dalam pada itu, menurut laman berita Indy100, terdapat cerita rakyat Filippina yang menggambarkan makhluk itu kelihatan seperti kelawar dan ahli sihir dan boleh memisahkan bahagian atas dan bawah badannya. Mitos itu menambah, makhluk itu mengembangkan sayap dan keluar pada waktu malam untuk mencari wanita hamil dan anak dalam kandungan sebagai makanan. – CARI Sumber: Kosmo
|
noor2 replied at 20-2-2023 06:07 PM
Beliau x mampu ke nk terbang kat negara lain...yela dah ada kepak...knp kat Filipina jerr
ultra78 replied at 20-2-2023 06:08 PM
Jenis yang tak suka merantau kot
noor2 replied at 20-2-2023 06:07 PM
Beliau x mampu ke nk terbang kat negara lain...yela dah ada kepak...knp kat Filipina jerr
ultra78 replied at 20-2-2023 05:42 PM
Mcm penanggal aje
noor2 replied at 20-2-2023 06:11 PM
Haha.....mcm tu jugak vampires mat saleh minah saleh....hehe...
So kesimpulannya tipu jela kewuju ...
sekngucing replied at 20-2-2023 06:51 PM
penanggal memang wujud noor
dia manusia yg ada ilmu hitam
negara yg ada penanggal
noor2 replied at 20-2-2023 06:54 PM
Tapi knp x tertangkap sorang penanggal pun kucing....kut ya pun tunjuk la tangkap sekor..yela kata ...
noor2 replied at 20-2-2023 06:07 PM
Beliau x mampu ke nk terbang kat negara lain...yela dah ada kepak...knp kat Filipina jerr
green~tea replied at 20-2-2023 07:10 PM
kalo dah selesa berada di negara sendiri.. kenapa perlu berhijrah kekdah nya.....
lg pun puak2 ji ...
Adrif replied at 20-2-2023 07:34 PM
seram jugak
tapi masalah ekonomi dan sosial negara lagi menyeramkan sekarang ni
ADVERTISEMENT