CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kenal Di Grindr- Lelaki Gay Dicincang Sehingga Mati, Badan Dimasak, Zakar Dimakan Pembunuh

20-2-2023 04:58 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1685| Komen: 10

Seorang lelaki berusia 25 tahun maut dibunuh pada Disember 2019 selepas berkenalan dengan individu tidak dikenali menerusi aplikasi hubungan songsang.

Mangsa, Kevin Bacon bukan sahaja dicincang sehingga mati, malah tubuhnya turut dimasak oleh pembunuhnya, Mark Latunski yang berusia 52 tahun.


Ketika temu janji pertama mereka, Mark menggantung mayat mangsa secara terbalik sebelum memotong dagingnya bermula dari bahagian kerongkong.


Kevin (kiri) Mark (kanan) Foto: Daily Star

Lebih jijik, Mark turut memasak tubuh mangsa sebelum dia memakan kemaluan lelaki itu yang digodanya menerusi aplikasi Grindr.

Mengikut fakta kes, Kevin telah bersetuju untuk bertemu dengan Mark pada Malam Krismas pada 2019 selepas berkenalan menerusi Grindr, aplikasi temu janji yang biasanya digunakan untuk mengatur hubungan seks kasual yang digunakan oleh komuniti gay.


Kevin sanggup menempuh perjalanan kira-kira 32 kilometer (km) dari rumahnya di Michigan, Amerika Syarikat, untuk berjumpa dengan Mark.

Pembunuh itu ditangkap selepas Kevin gagal hadir ke majlis makan malam Krismas keluarganya pada hari berikutnya.

Polis mengambil masa tiga hari untuk mengetahui lokasi terakhir Kevin, selepas mereka mendapati keretanya dibuang sejauh 8km yang mengandungi telefon dan dompetnya.

Apabila pegawai muncul di rumah Mark, dia dengan tenang menunjukkan kepada mereka tempat dia menyembunyikan mayat mangsanya.

Ketika disoal siasat, Mark mendakwa bahawa Kevin telah memintanya untuk menamatkan hidupnya yang menjadi punca dia mengelar lehernya.

Mark memberitahu penyiasat bahawa dia mahu menggunakan bahagian badan Kevin sebagai baja tanamannya.

Menerusi perbicaraan mahkamah baru-baru ini, Mark akhirnya dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup atas kesalahan yang dilakukannya.

Sebagai peringatan, perbuatan ini bukan sahaja salah dari segi undang-undang malah turut diharamkan haram dalam Islam dan semua pihak perlu menjauhinya.- CARI

Sumber: mStar/Daily Star

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote vee_zara 20-2-2023 07:11 PM
Baca tu sohai. Jangan nnt keluar berita bekas penyanyi nasyid mati dibunuh selepas mengurut menerusi aplikasi Grindr.
Quote Burong_Hantuk 20-2-2023 07:32 PM
Sadisnya perbuatan
Quote rogayahtop 21-2-2023 12:47 AM
Perlu ke penafian tu [em:3:]  kalau dah semua tau reporter2 bottom mmg suka nau isu2 lgbt ni.

Quote sharlenetexas 21-2-2023 12:55 AM
Macam mona fandi.

Quote dani-rox 21-2-2023 01:12 AM
kes ni popular jugak dlm true crime yt. sebelum kes bunuh nih, si pembunuh dah pernah berada dlm radar polis bila dua lelaki dlm kejadian berasingan berjaya melarikan diri dari rumah dia. tp oleh kerana gay on gay crime, so polis buat bodo je la.
Quote Kurex 21-2-2023 01:16 AM
Kening siap berpantis
Quote ellejo 21-2-2023 02:40 AM
ironinya nama mangsa adalah bacon
Quote rosedemon 21-2-2023 08:39 AM
staraight msuk neraka xda tol
Quote venom1 22-2-2023 03:03 PM
kanibal? wujud lagi zaman sekarang ek?
Quote kakikuDibibirmu 27-9-2023 09:53 AM
Nama pun bacon tu yang tak menahan tu

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 10:45 AM GMT+8 , Processed in 0.061218 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top