Seorang wanita di Chiang Mai, nekad mengupah orang untuk membunuh suaminya. The Thaiger dipetik Harian Metro melaporkan, Kanda Cheewasawat, 46, dari perkampungan Khun Yuam melakukannya kerana sudah tidak sanggup menjadi mangsa dera suaminya, Phetchaburapa Meesri yang dikatakan 'kaki mabuk' sepanjang 20 tahun perkahwinan mereka.
Bagaimanapu, dek kesukaran mencari pembunuh upahan, Kanda menawarkan kerja itu kepada petani miskin dari Myanmar, Joma Ae dengan wang upah sebanyak 400 baht (kira-kira RM52). Malah, dia sanggup meyakinkan lelaki itu membunuh suaminya dengan menawarkan anak perempuannya sebagai 'ganjaran' tambahan. Ia bermakna Joma Ae dapat berkahwin dengan anak perempuan Kanda, jika dapat menyempurnakan misi berkenaan. Media tempatan Thailand melaporkan Mayat Phetchaburapa ditemukan jauh di dalam hutan di wilayah Mae Hong Son dalam keadaan hampir tidak dapat dikenali.
Phetchaburapa, 54, dilaporkan dipukul dengan teruk dengan rotan buluh yang berat sebelum dibelasah seorang lelaki dengan kayu hingga mati. - CARI
|
ADVERTISEMENT