CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mula-Mula Gaduh Mulut Lepas Tu Dibelasah Depan Kelab Malam

20-2-2023 04:29 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 983| Komen: 3

SKUDAI – Gara-gara bertikam lidah dengan seorang kenalan di sebuah pusat hiburan di Taman Nusa Bestari, Skudai di sini menyebabkan seorang lelaki dipukul oleh sekumpulan lelaki, pagi semalam.

Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 4 pagi, mangsa yang berusia dalam lingkungan 20-an itu hanya mengalami kecederaan ringan.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, kejadian bermula akibat pergaduhan mulut antara mangsa dengan dua orang suspek ketika berada dalam premis tersebut.



Beliau berkata, pergaduhan antara mangsa dan dua suspek yang merupakan kenalan itu berlarutan sehingga ke luar pusat hiburan.

“Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri mengesan satu video tular berdurasi tujuh saat memaparkan pergaduhan beberapa lelaki. Akibat pergaduhan itu seorang lelaki tempatan mengalami kecederaan ringan di badan.


“Susulan itu, kita berjaya menahan dua lelaki warga tempatan yang ditahan pagi tadi di sekitar Larkin, hari ini. Kedua-dua suspek berusia lingkungan 20-an itu mengaku terlibat dalam pergaduhan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular beberapa video tular di media sosial menyaksikan mangsa dipukul oleh sekumpulan lelaki dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 4 pagi.

Rahmat berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan dengan mengesan lima lagi suspek yang dipercayai terbabit dalam kejadian pergaduhan tersebut.

Tambahnya, kedua-dua suspek yang ditahan itu ditahan reman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ifanonline 20-2-2023 04:41 PM
bergaduh depan nightclub ni is soo yesterday...

zaman bergaduh depan night club semenjak wujud nabi-nabi lagi
Quote rosedemon 21-2-2023 08:38 AM
kalau mati mmg straight xda tol ke neraka
Quote saviour_09 21-2-2023 08:50 AM
minum sebotol mabuk seminggu

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 11:07 AM GMT+8 , Processed in 0.064705 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top