CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Harimau Bintang Orang Kaya Terlepas Kandang, 'Main Sorok-Sorok' Di Ibu Kota

20-2-2023 04:04 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1182| Komen: 8

Seekor harimau bintang peliharaan orang kaya ditemui berkeliaran di jalan dekat ibu kota Pakistan selepas terlepas dari kandang.

South China Morning Post (SCMP) dipetik harian Metro melaporkan, haiwan itu juga sempat menyerang enam individu sebelum ditembak dengan anak panah pelali, kata pegawai hidupan liar.



24Newshd

Berdasarkan video yang dimuat naik di laman sosial, harimau bintang berkenaan terlepas selama enam jam pada Khamis lalu, menyelinap di antara kereta sebelum merempuh seorang lelaki dan melompat ke atas pagar taman.

"Menurut siasatan awal, ia adalah haiwan peliharaan dan tidak liar sama sekali, tetapi ia takut dan sentiasa mengaum," kata Pengarah Lembaga Pengurusan Hidupan Liar Islamabad (IWMB), Tariq Bangash pada Jumaat.

"Ia adalah 'penyelamatan yang unik'," kata jurucakap IWMB Rina Saeed Khan.

"Harimau bintang jantan berada dalam kesihatan yang baik di pusat penyelamatan dan pemulihan IWMB.


"Jawatankuasa saintifik akan memutuskan langkah seterusnya untuk pemulihannya," ciap jabatan di Twitter.

Selepas ditangkap di Islamabad oleh pegawai, harimau itu dibawa ke bekas zoo di bandar berkenaan yang ditutup pada 2020.

Haiwan berusia antara dua dan tiga tahun itu kini berada bersama seekor beruang, seekor harimau dan beberapa monyet yang diselamatkan pihak berkuasa hidupan liar sejak beberapa bulan kebelakangan ini.



"Kami mempunyai maklumat ada beberapa individu di Islamabad dan kawasan mewah Rawalpindi memelihara haiwan liar termasuk harimau bintang sebagai haiwan peliharaan," kata Bangash.

Berikutan kejadian, polis kini dalam usahan mengesan pemilik haiwan berkenaan. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 20-2-2023 04:09 PM
ingatkan ditembak mati...rupanya pelali
Quote Perawankota 20-2-2023 05:54 PM
Harimau ni makan org tak
Quote noor2 20-2-2023 06:05 PM

[youtube]ASRV3FuCxpk[/youtube]


SEMENTARA TU KAT KUWAIT....
Quote _blackbird 20-2-2023 06:10 PM

makan tak pasti, tapi dulu ada siapa ntah ckp dengan aku, kalau terjumpa leopard jgn terus lari, tapi tepuk tangan kuat2
Quote Perawankota 20-2-2023 07:06 PM
_blackbird replied at 20-2-2023 06:10 PM
makan tak pasti, tapi dulu ada siapa ntah ckp dengan aku, kalau terjumpa leopard jgn terus lari, t ...

Nanti harimau tu ajak sep sep sep bom bom bom sekali ke
Quote _blackbird 20-2-2023 07:20 PM
Perawankota replied at 20-2-2023 11:06 AM
Nanti harimau tu ajak sep sep sep bom bom bom sekali ke

ahahaha aku pon tak tau kenapa kena tepuk tangan. nak soh leopard tu confuse kot.
Quote green~tea 20-2-2023 08:04 PM
Gilosssss.. dah rasa cam duk negara paling mundur kat aprika... nak berak kencing pun tak senang kena intip leopard
Quote green~tea 20-2-2023 08:06 PM
Perawankota replied at 20-2-2023 05:54 PM
Harimau ni makan org tak

Makan kot.. kawan aku pernah jalan2 kat namibia... berak kena gali sendiri ok... kencing pun kena pandang kiri kanan sbb usually leopard ikut balik and terkam


Sadis betul negara neh... stesen minyak pun kena bom

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 11:21 AM GMT+8 , Processed in 0.056944 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top