Insiden kru dalam penerbangan dari Singapura ke Bangkok gagal mengutip semula bekas makanan di meja lipat penumpang sebelum pesawat mendarat kini dalam siasatan Thai Airways, seperti dimaklumkan pasukan komunikasi korporatnya di Facebook.
mStar melaporkan, ia susulan sebuah video tular di akaun TikTok @Praewa_panicha yang menunjukkan bekas makanan masih berada di atas meja lipat di satu barisan tempat duduk tiga penumpang, membuatkan dia dan dua rakannya tidak selesa. Dakwanya, tiada sesiapa yang muncul walaupun dia sudah menekan loceng untuk memanggil pramugari sebelum mendarat. Pada Sabtu, individu itu menyiarkan klip video kedua ketika penerbangan berkenaan, menceritakan lebih lanjut tentang kesulitan dialaminya dan rakan-rakan. Katanya, mereka terpaksa memegang bekas makanan untuk mengelakkan dari tertumpah dan mengotorkan pakaian atau lantai.
Selepas pesawat mendarat, dia terpaksa meminta seorang pramugari mengeluarkan bekas makanan supaya mereka boleh keluar dari tempat duduk, tambahnya. Sementara itu, Thai Airways International Plc menjelaskan bahawa syarikat mengambil maklum mengenai insiden yang berlaku. "Kejadian itu mungkin berlaku atas beberapa faktor dan syarikat sedang dalam proses siasatan segera," katanya. - CARI
|
Burong_Hantuk replied at 20-2-2023 03:56 PM
ingatkan SIA...sia so far sgt2 bagus
s@s@ replied at 20-2-2023 04:27 PM
ini kalau dibiarkan, lama2 boleh jadi macam mekdi
she replied at 20-2-2023 09:38 AM
CA sakit perot kottttt
Ke sibuk membawang
ADVERTISEMENT