CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Baru Tahu Isteri Penjenayah Dikehendaki, Lagi Parah Ada Suami Lain

20-2-2023 03:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 981| Komen: 3

New Delhi: Selepas mengetahui isterinya menjadi buruan polis di Assam, seorang lelaki di Porbandar, Gujerat, India nekad memohon mahkamah tempatan membatalkan perkahwinannya.

India Times melaporkan, berdasarkan aduan difailkan di pejabat Porbandar SP, Vimal Karia berkenalan dengan isterinya, Rita Das dari Guwahati, Assam melalui aplikasi cari jodoh, Matrimonial.


Vimal kemudian mendapati Rita adalah samseng dikehendaki dan pernah didakwa terbabit melakukan penipuan, kecurian dan pembunuhan.


Vimal dan isterinya, Rita Das. Foto: Agensi

Menerusi aplikasi berkenaan, Rita menyatakan sudah berpisah dengan suaminya menyebabkan mereka memutuskan untuk mengikat tali pertunangan selepas berbincang.

Vimal meminta Rita untuk mendapatkan surat cerai sebelum mereka berkahwin.

Bagaimanapun, Rita mengelirukannya dengan mendakwa pernah berkahwin sekali sebelum ini dan dia tidak mempunyai sijil perkahwinan.


Vimal mempercayai Rita, dan kedua-duanya berkahwin di Ahmedabad.

Bagaimanapun, Rita meninggalkan rumah selepas hanya enam bulan berkahwin, mendakwa dia perlu mengendalikan urusan tanah di Assam namun tidak kembali.

Selepas pendedahan mengejutkan oleh Vimal, pasukan di Dainik Bhaskar menghubungi Rita dan wanita itu mengaku dia belum berpisah dengan suaminya yang terdahulu, Anil.

"Saya berkahwin dengan Anil pada 2007, dan kes curi kereta didaftarkan pada 2015.

"Saya tidak bercakap dengan Anil sejak itu. Buat masa ini, Anil Chauhan dipenjarakan," katanya.

Rita bertegas mengatakan dia tiada kaitan dengan kes curi kereta, tetapi hakikatnya dia ditangkap pada 2015 kerana menjadi suspek kes curi kereta BMW dari Dewan Negeri Assam.

Polis Guwahati mendakwa Rita yang mendapatkan pas masuk untuk Anil memasuki premis berkenaan.

Dalam pada itu, Vimal menyemak surat cerai dan mendapati nama isterinya adalah Rekha Chauhan bukan Sharma malah carian Google mendapati wanita berkenaan adalah penjenayah 'dikehendaki'. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 20-2-2023 03:27 PM
malang nasib kau
Quote sharlenetexas 20-2-2023 03:29 PM
Binimu gangster.

Quote rosedemon 21-2-2023 08:38 AM
hahaha sian ek lelaki bermadu

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-10-2024 04:23 PM GMT+8 , Processed in 0.061639 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top