CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nescafe O Ais Ikat Tepi Dijual RM5, Pelanggan Merungut Tak Masuk Akal

20-2-2023 03:08 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3156| Komen: 49

Harga tak “masuk akal”, Nescafe O ais dijual sampai RM5 di sebuah gerai di ibu kota undang kecam orang ramai.

Melalui satu perkongsian di media sosial Facebook komuniti setempat, seorang pengguna melahirkan rasa kecewa atas tindakan peniaga gerai makanan itu mengenakan cas pembayaran bagi sebungkus minumannya yang dilihat sangat tidak berbaloi.


Katanya, jika minum di gerai berkenaan cas dikenakan RM3.50 bagi segelas minuman namun apabila diminta untuk bungkus berlaku kenaikan sehingga RM1.50.




“Memang sekali ini sahaja la beli, tak ada yang istimewa pun sampai RM5. Dah bayar untuk minum, bila cakap bungkus kena tambah lagi RM1.50,” katanya.

Rata-rata pengguna media sosial yang menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut menyatakan harga yang dikenakan bagi sebungkus minuman oleh peniaga itu terhadap pelanggan terlalu mahal dan rata-rata gerai makanan lain juga menjual air tersebut jauh lebih murah.


“Nescafe O ais sampai RM5? Serius saya tak pernah jumpa lagi mahal macam ini. Selalu beli bungkus ada cas tambahan itu pun 20sen untuk plastik,” kata Wanie.

“Biasa kedai akan cas 50sen paling mahal pun untuk bungkus, tak tahu pula naik sampai RM1.50,” ujar Ah Seng.

“Cas apa tu? 50sen tali, 50sen plastik dan 50sen straw (penyedut minuman)? agaknya ini cas terbaru untuk selamatkan alam sekitar kot,” kata pengguna lain. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 20-2-2023 03:18 PM
Yg x puas hati tu cubala jd peniaga...Cuba berjual...
Quote Burong_Hantuk 20-2-2023 03:20 PM
kalau nes harga rm5 still ok..tapi nes o rm5????
Quote cmf_almondpecan 20-2-2023 03:25 PM
Penjual ingat kalau nak jual Nescafe O rahmah kena ikut harga RM5 kot.
Quote sharlenetexas 20-2-2023 03:26 PM
Nak cepat kaya.

Quote harisbee 20-2-2023 03:31 PM
Harga barang kan dah turun...napa rahmah rega nescafe ais?
Quote Jitu 20-2-2023 03:34 PM
rega mcm tu baik beli dlm tin je
Quote cikatilia 20-2-2023 04:12 PM
setahu aku harga tu neslo... terpaling mahal gitu kategori teh neskepe milo ikat tepi
Quote makton 20-2-2023 04:18 PM
selalunya klu air bungkus beza 30-50sen je dgn minum kat kedai.
ni beza smpai 1.50 mcm melampau jugak rasanya.
Quote jazaa100 20-2-2023 04:33 PM
Nescafe pun bapak mahal skrg....

Amik kopi cap gantang je lah dikkk
Quote gangerina 20-2-2023 04:58 PM
smlm I beli nescafe panas n teh ais ikat tepi dua2 bungkus kat kedai mamak dlm food court sunway putra, kena caj 9 hinggit...terkejut jappp...
Quote matseh 20-2-2023 05:16 PM
Kedai mamak 3.8, kedai melayu 3.5, 7-E 4.10. Speedmart 2.70. KK 3.5
Ada restoren di Oasis jual Sirap 2.00, teh o ais 3.50. Teh Ais 4.00 Nescafe Ais 4.50
Jadi jika hangpa kerja biasa2 gaji sebulan x sampai 5k x yah la nak belagak nak beli air manis/bancuh.
Bijak memilih. Bawak bekal air bila makan di kedai. beli air miniral kat kedai runcit atau bawak bekal air.
Opis aku ada sediakan mesin mcm Coway kat rumah. Workers indon yg cuci opis ni sll bawak balik 2-3 botol sekali 1.5ltr setiap hari. Ada juga staff yg ambik guna botol besar. Dia cakap rumah dia tak dak coway/cooko. NAk buat susu anak.
But ada yg x boleh tak pekena stabak 18 sekole setiap pagi.
Quote Suchi 20-2-2023 08:25 PM
Ibu kota apa bendanya wartawan ceduk post dr group bangi nih
Quote akies 20-2-2023 08:27 PM
Ni kat Bandar Baru Bangi group
Dia minum pastu nak bungkus kena tambah Rm1.50
Acer giler , bukan dapat cup pun..plastik je ikat tepi
Quote stokingpanas 20-2-2023 08:28 PM
Mahal juga rm5.
Quote snowflakes 20-2-2023 08:31 PM
Penjual melayu kan? Biasalah melayu nak gi haji balik hari...
Quote kepompong 20-2-2023 08:32 PM
ikat tepi mahal sikit sbb isi byk dari cawan. ini andaian i. sbb tak pernah beli air ikat tepi

i minum air masak je. tak berani minum air bergula
Quote matchstick 20-2-2023 08:37 PM
Kalau kedai mamak biasanya harga air bungkus mmg byk beza dgn yg minum di kedai.. biasa dia bancuh air utk bungkus tu lain..kena tambah qty bahan (nescafe, susu, ais) supaya air tu padan dgn size plastic. Kalau dia just tuang dari dlm gelas/ cawan masuk plastic then tambah ais nk kasi penuh plastic tu ceroi la..
Quote degurlz 20-2-2023 08:42 PM
Actually food court yg jual air ni selesa..bersih..tp agak mahal sikit mknan yg dijual..ada gerai beli nasi bungkus pun kena extra charge 50 sen.aku rasa sewa gerai2 dlm foodcourt ni mahal
Quote nw111 20-2-2023 09:01 PM
Kalau gaji tu nyawa2 ikan je....belajar2 la minum air kosong je..sihat pun sihat..kalau hadap sgt nk minum manis..bancuh je la nescafe tu kat rmh...

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-10-2024 02:20 PM GMT+8 , Processed in 0.050187 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top