CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nasi Lemak Janda Muda Laku Keras, Tular Di TikTok, Sampai Beratur Panjang Orang Nak Beli

20-2-2023 03:04 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1767| Komen: 13

Seorang  janda muda Sharifah Nurul Hamirah Syed Mohd. Hamza yang juga penjual nasi lemak menjadi terkenal selepas tular di media sosial.

Kata ibu dua anak ini biarpun rumah tangga yang dibina ‘karam’, namun dia tetap cekal meneruskan hidup demi anak-anak tercinta.


Mesra disapa dengan panggilan Mya dalam kalangan pelanggannya, dia berkata, perniagaan secara kecil-kecilan itu diusahakan selepas lebih empat tahun makan gaji dengan bekerja di premis menjual minyak wangi.

Ujar wanita berusia 30 tahun itu, sambutan hebat yang diterima daripada pelanggan membuatkannya berani mengorak langkah membuka gerai nasi lemak di Sentul, Kuala Lumpur sejak awal Januari lalu.


Foto: Kosmo

“Sebelum ini saya bekerja di sebuah kedai minyak wangi di dalam pusat beli- belah di ibu negara. Pada masa sama, saya juga banyak buat live TikTok untuk jual minyak wangi.


“Sampai satu masa, saya buat keputusan untuk berhenti dan buka bisnes. Ini merupakan bidang baharu bagi saya.

“Pada tahun lepas, saya berniaga nasi lemak daun pisang dari rumah ke rumah. Ketika itu, saya hanya berniaga secara online.

“Lama-kelamaan, saya rasa macam hendak buka gerai sendiri kerana ada pelanggan yang buat pesanan online sebelum ini, tetapi tidak datang ambil.

“Kalau ada gerai ini senang. Jika nasi lemak tidak habis, hendak bersedekah pun lebih mudah,” katanya.

Tambah Mya, buat masa ini, dia memberi fokus kepada satu menu sahaja iaitu nasi lemak daun pisang dengan telur rebus, sambal dan ikan bilis yang dijual pada harga RM1.50 sebungkus.


Foto: via Kosmo

Sejak memulakan perniagaan gerai di tepi jalan, Mya turut membuat hebahan dengan berkongsi video-video menerusi media sosial.

Dia tidak menyangka hebahannya itu dihujani ribuan komen daripada netizen dan mencapai tontonan sehingga lebih daripada 1.1 juta penonton.

Akuinya, dia sendiri terkejut dan tidak pernah menyangka dengan sambutan luar biasa itu.

Dia berkata, ia merupakan satu permulaan yang baik untuk perniagaan nasi lemaknya.

“Keluarga sebelah emak saya berasal dari Terengganu dan kebanyakan mereka memang berniaga.

“Jadi, darah bisnes itu memang sudah ada dalam diri ini.

“Bagi bisnes nasi lemak ini, emak yang buatkan sambalnya. Alhamdulillah, sambutan sangat menggalakkan sampai tidak menang tangan.

“Dekat gerai ramai yang beratur. Memang viral melampau-lampau. Walaupun sudah habis, tetap ada orang beratur dan sanggup tunggu. Saya tak jangka gerai ini akan viral,” katanya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 20-2-2023 03:59 PM
kemain marketing....
Quote Adrif 20-2-2023 07:06 PM
so.. nak hentam lelaki gatal janda ke macam mana ni?

apa korang nak sebenarnya?

budak laki yang jual pisang goreng tu, perempuan beratur beli tergedik-gedik, idok ler nak cover ceritanya?
Quote zuri154 20-2-2023 07:46 PM
Dah rasa. Gigih budak opis beli utk bg kami satu opis merasa. Rasanye biasa2 je
Quote likilu 20-2-2023 07:51 PM
Janda xila amzah pula suap nasi lemak kat lelaki muda rumah dia tengah tengah malam buta
Quote fealefea 20-2-2023 07:56 PM
Air tgn mak die rupenye tapi guna rupe die
Quote blue_blur 20-2-2023 07:59 PM
Walaupun sudah habis, tetap ada orang beratur dan sanggup tunggu.


.................................................................... untuk?
Quote grouper 20-2-2023 10:32 PM
Bukan dah ada ke thread ke pasal janda ni....
Quote Belibis 20-2-2023 10:45 PM
grouper replied at 20-2-2023 10:32 PM
Bukan dah ada ke thread ke pasal janda ni....

Mungkin tajuk sama,janda berbeza.
Quote Jitu 20-2-2023 10:56 PM
sebelum ni da ada thread nasi lemak ni
btw tebalnya makeup
Quote she 21-2-2023 06:58 AM
Macik pun ibu tunggul
Tahun ni dah 52 tahun
Kalau macik buka gerai niaga
Macik wajibkan komer semua datang membeli
Ini arahan ye
Ikhlas belakang cite
Quote nikaido 21-2-2023 07:21 AM
blue_blur replied at 20-2-2023 07:59 PM
.................................................................... untuk?

Mcm admin amran fans penah tulis, diorang dtg membawa secebis harapan & utk kertelihatan. Konon kl selalu dtg penjual akan ingat. So nanti bolehla bertukar2 contact & sebagainya. Walhal penjual ni nanti balik rumah just enjoy duit yg dapat
Quote tagas 21-2-2023 08:35 AM
Ns lemak anak dara yg pernah viral jgk kat

sah alam pe citer masih bukak lg ke
Quote rosedemon 21-2-2023 08:36 AM
filter ko xleh tebal lagi ke kak jan

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-10-2024 04:23 PM GMT+8 , Processed in 0.056956 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top