Seorang peguam Siti Bainun Ahd Razali kembali dilantik mewakilinya dalam bicara bela diri atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja sindrom Down, Bella selepas menarik diri pada 13 Januari lalu.
Perkara itu dimaklumkan kepada Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini ketika prosiding. Utusan melaporkan, Siti Bainun memberitahu Hakim Izralizam Sanusi, peguamnya, Mohammad Farhan Maaruf akan mewakilinya dan tidak lagi memerlukan peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK). Siti Bainun turut berkata, dia tidak pernah berhenti meminta peguam-peguamnya sebelum ini untuk terus mewakilinya malah turut memaklumkan YBGK berhubung perkara itu. Sementara itu, mahkamah diminta Timbalan Pendakwa Raya, Zilfinaz Abbas untuk merekodkan kronologi penarikan diri peguam-peguam yang terlibat mewakili Siti Bainun dalam kes tersebut. - CARI
|
makton replied at 20-2-2023 04:17 PM
mcm dah susut sikit je benon tu
ADVERTISEMENT