CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Kalau Nak Couple Tu, Couple La Tapi...' - Pensyarah Beri Amanat Sebelum Pelajar Mula Semester

20-2-2023 02:51 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1328| Komen: 7

Tular video rakaman seorang pensyarah sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) yang meninggalkan amanat buat pelajarnya.

Menerusi video itu, Nurul Hakimi mengingatkan pelajarnya yang meyambung pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) untuk tidak meninggalkan solat.


"Ada tiga benda yang saya nak remind, pertama sekali ialah jangan tinggal solat. Jahat macam mana sekali pun jangan tinggal solat. Sibuk la macam mana pun sebab main futsal ke apa jangan tinggal solat.


TikTok/mStar

"Yang kedua, apa benda sekali pun yang kamu nak buat, ingat mak ayah dan ingat family dulu. Awak masuk sini pun bukan sebab awak pandai tapi sebab doa dari diaorang.

"Nombor tiga jangan compare diri dengan orang lain, biarlah dia pandai, mungkin rezeki dia dekat situ, tapi kita usahalah," ujar Hakimi yang dikatakan akan sentiasa memberikan nasihat sebegini kepada pelajar baharunya.


Pelajarnya juga diingatkan supaya sentiasa berlapang dada jika apa yang dihajati tidak dapat dicapai.

"Satu lagi tak semua benda yang kita minta akan dapat, sejujurnya saya pun buka student yang pandai. Degree (ijazah) saya Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 2.8 je.

"Tapi rezeki saya ada dekat master dan kelulusan doktor falsafah (PhD), nampak tak, saya mungkin tak dapat untuk degree tapi saya dapat untuk master dan PhD.

"Masuk PhD bukan maksudnya orang dah pandai tapi ia ialah learning process, untuk teruskan belajar juga. Dah ada PhD tak bermaksud semua benda saya tahu. Bila saya belajar baru saya tahu.

"Jangan fikir semua benda kita tahu, tak semua benda kita tahu, jadi just enjoy your study," kata Hakimi kepada pelajarnya yang dipercayai sedang memulakan pengajian di peringkat PhD.

Selain berpesan supaya memberikan kerjasama penuh dalam tugasan berkumpulan, Hakimi sempat menyelit nasihat bagi yang mahu bermain cinta.

"Jangan jadi ahli lelap dalam group assignment. Lagi satu, kalau nak couple tu, couple la. Tapi satu je saya nak cakap, jangan letak harapan yang tinggi pada manusia.

"Manusia itu hati dia berubah-ubah. Kalau awak minta semua benda dekat manusia, nanti belum apa-apa awak yang kecewa.

"Jadi just enjoy je, boleh couple cuma jangan letak pengharapan yang terlampau tinggi kepada manusia," kata Hakimi mengakhiri bicaranya.



Meninjau ruang komen, ramaijuga yang mendakwa mengenali Hakimi serta mengangkatnya sebagai pensyarah yang sangat mesra pelajar.


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 20-2-2023 02:55 PM
good adv..esp part solat!!!
Quote Adrif 20-2-2023 06:58 PM
bagus nasihat dia. tapi sapa yang rekod? atau memang dia sengaja rekod?

macam mana cgpa 2.8 boleh lepas amik master?
ke tak kisah, asalkan mampu bayar yuran?
sebab ada tempat, dia tapis student master dia. 3.80 - 4.00 je lepas. itupun dah terlalu ramai sekarang ni
Quote felinecat 20-2-2023 07:02 PM
Adrif replied at 20-2-2023 06:58 PM
bagus nasihat dia. tapi sapa yang rekod? atau memang dia sengaja rekod?

macam mana cgpa 2.8 boleh l ...

Dlu2 kot boleh. Sekarg mane nk dpt scholarship kalau bawah 3
Quote rogayahtop 21-2-2023 12:50 AM
Takda degree pun boleh ambik master. APEL kan ada.
Quote zfaz010 21-2-2023 07:47 AM
Adrif replied at 20-2-2023 06:58 PM
bagus nasihat dia. tapi sapa yang rekod? atau memang dia sengaja rekod?

macam mana cgpa 2.8 boleh l ...

Skrg ni, x de degree pun boleh ambik master

APEEL kan ada..

Ikut universitri kot..

sebab saya pun dlm 2.8 cgpa, baru abis buat master.. dekat UitM
Quote Zeatyisaac 21-2-2023 09:24 AM
Boleh je, for example degree you rendah, tapi campur dengan pengalaman bekerja, it's a bonus for you untuk enroll for master degree and so on.
Quote honeybee1802 21-2-2023 09:56 AM
Burong_Hantuk replied at 20-2-2023 02:55 PM
good adv..esp part solat!!!

Being <3 cgpa ms degree and dpt peluang sambung master itu peluang n pengalaman berharga buat dia...mungkin ada ramai yg scored dr sekolah sampai la phd apa bagai...tp bg dia biasa2 je....
Tu kadang bila bdk yg cemerlsng je jd lecturer dia rs monotonous je....bg org yg ada turun naik..pasang surut...itu lebih adventurous....

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 11:18 AM GMT+8 , Processed in 0.050396 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top