CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cikgu Tadika Letak Detergen Dan Bahan Penghalau Nyamuk Ke Dalam Makanan Murid

20-2-2023 12:04 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1245| Komen: 10

SEOUL – Seorang bekas guru tadika dijatuhi hukuman penjara empat tahun kerana meletakkan detergen dan bahan penghalau nyamuk ke dalam makanan murid-muridnya, lapor laman berita Korean Times.

Mahkamah Daerah Selatan Seoul mensabitkan kesalahan wanita berusia 50 tahun itu atas tuduhan cubaan mencederakan kanak-kanak pada Khamis lalu dan memerintahkan 10 tahun sekatan pekerjaan terhadapnya di institusi kanak-kanak berkaitan.


Gambar Hiasan

“Tertuduh melakukan jenayah terhadap kanak-kanak sedangkan dia bertanggungjawab untuk melindungi mereka.

“Tertuduh juga terus membuat alasan yang tidak dapat difahami. Hakikat bahawa kanak-kanak itu sebenarnya tidak dicederakan telah dipertimbangkan apabila hukuman diputuskan,” kata mahkamah dalam keputusannya. 

Menurut penyiasat, wanita itu meletakkan detergen dan bahan penghalau nyamuk dalam makanan yang disediakan untuk kanak-kanak di sebuah tadika di Seoul pada November 2020.


Semasa siasatan polis, dia mendakwa cecair yang dimasukkan ke dalam makanan itu hanyalah air tetapi analisis susulan  oleh Perkhidmatan Forensik Kebangsaan terbukti ia mengandungi bahan pencuci dan bahan penghalau nyamuk.

Dalam perbicaraan pertamanya, tertuduh menolak tuduhan terhadapnya dan berkata: “Sebagai seorang guru dan ibu, saya tidak pernah melakukan perkara yang boleh menyakiti seseorang.” –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 20-2-2023 12:08 PM
ringan btl hukuman...
Quote eyansss 20-2-2023 12:13 PM
4 fucking years je?!!!
Quote sambaldurian 20-2-2023 12:26 PM
Terus produser citer law/police buat rujukan drama. Citer sana xpe , wlupun lakonan masih meyakinkan. Klu sini buat gerak khas , mcm tgk drama pendidikan yg keluaran logo simbol bulat ungu tu. Kt rtm zmn dulu selalu kuar.
Quote rosedemon 21-2-2023 08:35 AM
ko kenapa nyah
Quote Supersirap 21-2-2023 08:43 AM
Janganlah buat naya macam ni
Quote tikusmontok 21-2-2023 10:22 AM
Ganti ubat cacing kah guna penghalau nyamuk?
Quote vanillaninja 21-2-2023 11:37 AM
Ada niat nak membunuh ke cikgu gila ni.
Quote umbut 21-2-2023 12:00 PM
Reason????
Quote shernazz 21-2-2023 02:24 PM
sambaldurian replied at 20-2-2023 12:26 PM
Terus produser citer law/police buat rujukan drama. Citer sana xpe , wlupun lakonan masih meyakinkan ...

Iols suka lagu tv pendidikan yach.teknoo2 gitu
Quote chinta89 22-2-2023 04:19 PM
sebab ape wehhhh buat gtu

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 10:56 PM GMT+8 , Processed in 0.176636 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top