View: 1006|Reply: 10
|
Cikgu Tadika Letak Detergen Dan Bahan Penghalau Nyamuk Ke Dalam Makanan Murid
[Copy link]
|
|
SEOUL – Seorang bekas guru tadika dijatuhi hukuman penjara empat tahun kerana meletakkan detergen dan bahan penghalau nyamuk ke dalam makanan murid-muridnya, lapor laman berita Korean Times.
Mahkamah Daerah Selatan Seoul mensabitkan kesalahan wanita berusia 50 tahun itu atas tuduhan cubaan mencederakan kanak-kanak pada Khamis lalu dan memerintahkan 10 tahun sekatan pekerjaan terhadapnya di institusi kanak-kanak berkaitan.
Gambar Hiasan
“Tertuduh melakukan jenayah terhadap kanak-kanak sedangkan dia bertanggungjawab untuk melindungi mereka.
“Tertuduh juga terus membuat alasan yang tidak dapat difahami. Hakikat bahawa kanak-kanak itu sebenarnya tidak dicederakan telah dipertimbangkan apabila hukuman diputuskan,” kata mahkamah dalam keputusannya.
Menurut penyiasat, wanita itu meletakkan detergen dan bahan penghalau nyamuk dalam makanan yang disediakan untuk kanak-kanak di sebuah tadika di Seoul pada November 2020.
Semasa siasatan polis, dia mendakwa cecair yang dimasukkan ke dalam makanan itu hanyalah air tetapi analisis susulan oleh Perkhidmatan Forensik Kebangsaan terbukti ia mengandungi bahan pencuci dan bahan penghalau nyamuk.
Dalam perbicaraan pertamanya, tertuduh menolak tuduhan terhadapnya dan berkata: “Sebagai seorang guru dan ibu, saya tidak pernah melakukan perkara yang boleh menyakiti seseorang.” –CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Terus produser citer law/police buat rujukan drama. Citer sana xpe , wlupun lakonan masih meyakinkan. Klu sini buat gerak khas , mcm tgk drama pendidikan yg keluaran logo simbol bulat ungu tu. Kt rtm zmn dulu selalu kuar. |
|
|
|
|
|
|
|
Janganlah buat naya macam ni |
|
|
|
|
|
|
|
Ganti ubat cacing kah guna penghalau nyamuk? |
|
|
|
|
|
|
|
Ada niat nak membunuh ke cikgu gila ni. |
|
|
|
|
|
|
|
sambaldurian replied at 20-2-2023 12:26 PM
Terus produser citer law/police buat rujukan drama. Citer sana xpe , wlupun lakonan masih meyakinkan ...
Iols suka lagu tv pendidikan yach.teknoo2 gitu |
|
|
|
|
|
|
|
sebab ape wehhhh buat gtu |
|
|
|
|
|
|
| |
|