CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Gila Seks Menyamar Jadi Kaunselor Laktasi- Gian Nak Tengok Ibu-Ibu Perah Susu, Siap Ajak Video Call Nak Tengok Payudara

20-2-2023 11:48 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1861| Komen: 9

Seorang kaunselor laktasi bertauliah, Nurun Nadia Masrom, 37, mendapat aduan daripada seorang pengikutnya mengenai eksploitasi oleh seorang lelaki yang menyamar menjadi wanita.

Di Twitter, Nadia berkongsi tangkap layar perbualan di Telegram di antara mangsa dengan seorang lelaki yang kononnya mahu mengajarnya cara untuk menyusu bayi dengan betul.



Gambar Hiasan

"Sebagai kaunselor laktasi, saya mahu berkongsikan ilmu kepada ibu-ibu yang mungkin menghadapi kesukaran untuk menyusu bayi mereka. Ada ibu yang tidak tahu mengenai penyusuan bayi dan memerlukan rujukan.

"Sebelum ini saya buat perkongsian secara terbuka di Twitter tetapi dikecam hebat kerana dikatakan perkara ini terlampau sensitif. Jadi saya buat grup Telegram untuk saya berkongsi secara tertutup nota penyusuan bayi kepada para ibu.

"Tetapi apabila di grup Telegram ni, saya tak dapat nak tapis dan tengok siapa yang masuk untuk join. Sekali imbas memang nampak semua macam perempuan, tetapi sebenarnya ada lelaki yang berselindung di sebalik identiti wanita.


"Dan mereka ini menghayati setiap nota penyusuan bayi yang saya kongsikan dalam grup tu, ini supaya mereka dapat membiasakan diri dengan terms dan lenggok bahasa yang kami gunakan," kata Nadia ketika dihubungi mStar.



Sebagai makluman, kaunselor laktasi bertauliah merujuk kepada mereka yang berkepakaran untuk membimbing dalam bidang penyusuan bayi dan diiktiraf oleh badan kerajaan atau badan bukan kerajaan (NGO).

Selain itu menurut Nadia, setelah golongan lelaki berniat serong ini menguasai serba sedikit mengenai selok-belok penyusuan bayi, mereka akan menggunakan ilmu itu untuk memperdaya sasaran mangsa mereka.

"Dalam grup Telegram saya ini ada ibu-ibu meluahkan masalah yang dihadapi untuk menyusu bayi. Daripada sinilah lelaki itu akan mempersiapkan modus operandi mereka.

"Mereka akan private message wanita yang berkongsikan masalah dalam grup tadi dan memperkenalkan diri mereka sebagai kaunselor laktasi untuk membantu ibu ini secara personal.

"Tetapi wanita ini tidak sedar yang mereka sebenarnya bakal dijadikan bahan seksual. Lelaki ini sangat licik sebab mereka berkomunikasi hampir sama macam saya, jadi ibu ini tidak syak apa-apa.

"Mereka berasa selesa dan mula mengikut apa yang diminta," jelas Nadia mengenai perbuatan jijik itu.

Setelah mangsa terjerat ke dalam perangkap, lelaki yang menyamar sebagai wanita itu akan meminta gambar dan video payudara untuk memudahkannya 'mendiagnos' masalah penyusuan.

"Mereka minta video dan gambar, ada tu yang sampai berani buat video call. Tujuan dia ialah kononnya untuk melihat cara ibu memerah susu, nak tengok betul ke tak kaedah ibu itu memerah susu.

"Dan yang paling hina sekali ada yang minta tengok payudara ibu itu sendiri kerana nak periksa dari segi bentuk ada masalah ke tidak. Semua wanita ini dah terpedaya dan saya berasa kesal.

"Grup Telegram ini saya aktifkan pada tahun 2022 dan kejadian seumpama ini pertama kali berlaku. Ada 20 ribu lebih subscribers dalam grup ni dan saya tak tahu berapa ramai yang dah jadi mangsa.

"Kami sebagai kaunselor laktasi tak akan pernah sesekali meminta untuk melihat payudara seorang ibu dan saya sentiasa ingatkan hal itu kepada pengikut saya sejak kejadian ini," tegas Nadia.

Nadia sempat memaklumkan tanggungjawabnya sebagai kaunselor laktasi juga kerap menjadikannya sebagai mangsa gangguan seksual.

"Banyak kali saya terima panggilan telefon daripada lelaki yang pada asalnya mahu meminta bantuan penyusuan kononnya untuk isteri tetapi apabila dengar cara mereka bercakap, saya tahu mereka tengah melayan nafsu.

"Saya tidak mudah untuk termakan dengan tipu helah lelaki-lelaki ini. Jadi sebab itu mereka mula pergi kepada ibu-ibu dalam grup Telegram saya.

"Langkah berjaga-jaga yang saya ambil mulai sekarang adalah dengan sentiasa memberikan peringatan kepada ibu-ibu di dalam grup Telegram saya untuk tidak sewenang-wenangnya berkongsi gambar mereka.

"Yang keduanya saya akan more alert dengan ahli grup saya sendiri. Seterusnya saya akan minta ibu-ibu untuk gunakan saluran yang betul iaitu mendapatkan nasihat hanya daripada kaunselor laktasi bertauliah," tegas Nadia.

Di kesempatan ini, Nadia menitipkan pesanan kepada lelaki hidung belang yang hidupnya hanya berpaksikan seks.

"Cuba ingat kepada mak masing-masing.

"Apabila anda melucahkan seorang ibu yang menggunakan payudara untuk menyusu anaknya, sebenarnya anda pada masa yang sama menghina ibu anda sendiri yang pernah menyusukan anda suatu ketika dahulu.

"Beringatlah juga kepada adik perempuan dan ahli keluarga wanita anda sendiri, anda pastinya tak mahu perkara yang sama terjadi kepada mereka," kata Nadia mengakhiri bicara. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote azimodin 20-2-2023 12:10 PM
Yg percaya pon boleh tahan bodoh ye.. nak mintak nasihat x perlu la sampai ambik gambar & vc. Pergi la kk atau hospital yg menyediakan khidmat lactation counsellor, jangan buat online
Quote Burong_Hantuk 20-2-2023 12:18 PM
mentall punya jantan
Quote margo20 20-2-2023 12:20 PM
Rase kt kk ade je provide lc ni tp tulah susah nk ckp org skrg tak cakna ke hapa
Quote Simunggu 20-2-2023 12:29 PM
mcm mcm org gila ni
Quote aTiKah_aYuNi 20-2-2023 12:50 PM
tahun2 sudah, dr yazeed kena... MO lebih kurang mcm ni gak...
Quote KamikuP 20-2-2023 03:53 PM
Org skrg nak ke klinik/spital malas .. lebih senang belajar online kekdahnyer ekekeke
Quote arm_band 20-2-2023 05:00 PM
abu nenen buat comeback??? macam2 jenis porn ada, grup ibu menyusu juga ko cari. anak sapa laaa yg x cukup2 menyusu ni
Quote green~tea 20-2-2023 05:13 PM
Edited by green~tea at 20-2-2023 05:16 PM

Aku kesian kat pompuan ni.. tp tergelak plak bila baca lactation consultant tu siap minta bideo nak tengok berapa lubang susu dekat puting..  

Mental betol jantan tu. Siap mengaku ckp OKU bisu..


Anyway, LC biasa dia mengajar latching yang betul je.. cara nak elak baby tertidur semasa menyusu, sbb baby kalo kuning, akan selalu tidor... cara nak cepat surut kuning tu dengan menyusu banyak2 sbb susu ibu, ada lactic acid yg menyebabkab baby kerap berak hence singkir birilubin penyebab kuning tu..

Lepas settle kes latching and posisi menyusu... theols ajar pasal habit baby menyusu plak.... pasal growth spurts masa 7th, 14th, 21st, and 44th day....

pastu theyols ajar cara pam susu sblm masuk opis plak..  selang masa berapa lama.... and berapa expected susu produced... cara simpan etc...

Takde nye LC nak tengok lubang susu..
Eiiiiii bodoh nyaaa jantan tu.. cilakak...
Quote rosedemon 21-2-2023 08:35 AM
yg ttpu tu la bodo

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 04:48 PM GMT+8 , Processed in 0.070104 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top