Seorang anak perempuan yang menghidap penyakit Major Depressive Disorder (MDD) akibat berdepan tekanan daripada keluarganya. Tanpa mendedahkan identiti, wanita itu berkata dia dan tunangnya bakal berkahwin pada tahun hadapan memandangkan wang yang dikumpul bersama sudah mencukupi, tetapi dia tertekan kerana merasakan dirinya dijadikan 'tulang belakang' keluarga selepas mempunyai pendapatan tetap.
"Saja nak kongsi sebab rasa perlukan seseorang yang tak kenal untuk baca dan dengar luahan. Dah lama tak rasa suicidal semenjak bahagia. Tapi sejak kebelakangan ni rasa macam nak mati semula. Sebelum tu, nak bagitahu yang saya disahkan menhgidap penyakit MDD awal tahun ini. "Saya dah tunang dan nak kahwin tahun hadapan. Tunang sangat ambil tahu tentang keadaan saya dan dia yang sokong saya pergi buat pemeriksaan. Saya dengan tunang banyak persamaan dan kami dibesarkan dengan susah masa kecil sampailah kami dapat capai cita-cita masing-masing.
"Saya ada adik-beradik lelaki. Tapi nak dibandingkan, saya lebih stabil. Kerja ada slip gaji. Adik-beradik ada seorang tak kerja dan seorang kerja sendiri tak ada slip gaji. "Parents saya bukan ibu bapa yang paksa anak untuk belajar bagi mendapatkan keputusan baik. Tapi saya suka belajar dan saya ada impian. Jadi saya belajar sampai ijazah," luahnya. Bagaimanapun, pengadu berasa ibu bapanya tidak berlaku adil kerana dilihat seolah-olah lebih mementingkan adik-beradik yang lain berbanding dirinya. Tambahnya, adik-beradiknya juga suka mogok dan memberontak jika permintaan mereka tidak dapat ditunaikan. "Adik beradik saya hidup senang. 'Merentan' sahaja dah boleh dapat apa yang mereka nak. Mengamuk, buat muka, terus parents saya sanggup bergolok gadai nak bagi mereka dapat. "Tapi sedangkan saya anak perempuan. Saya nak beli kereta, guna duit sendiri. Sampai sekarang tak pernah minta bantuan mereka untuk bayarkan kereta walaupun bayaran pendahuluan sekali pun. "Tapi adik-beradik saya nak beli kereta, sanggup keluarga pinjam duit nak bayar wang pendahuluan. Alasan sebab tak ada slip gaji. Adik-beradik saya lain. Tak boleh dibandingkan kesenangan yang ada dengan mereka. Tapi sampai bila?" ujarnya. Apa yang membuatkan wanita itu berasa tidak puas hati apabila diminta oleh ibu bapanya untuk menukar pinjaman perumahan sedia ada kepada pinjaman baharu untuk rumah keluarganya. Memandangkan pengadu yang bakal membuat pinjaman kerana mempunyai pendapatan lebih stavil daripada adik-beradik lain, maka dia meminta namanya diletakkan sebagai pemilik rumah dan keputusan itu tidak dipersetujui oleh ibu bapanya. Tambahnya lagi, dia juga perlu menanggung bayaran untuk membaiki rumah, begitu juga bil air dan bil elektrik walaupun jarang pulang ke rumah. Wanita itu turut bertanya pendapat daripada pengguna Twitter yang lain tentang tanggungjawabnya sebagai anak perempuan dan juga seorang anak. "Nak baiki rumah, keluarga suruh saya tambah duit. Bil air dan elektrik, saya yang kena bayar walau saya duduk rumah berapa kerap sahaja. Bagi mereka gaji saya RM3,000 ni dah boleh tanggung keluarga kami semuanya. "Tapi tak pernah sekali saya dengar parents minta daripada adik-beradik lelaki. Kenapa saya? "Saya rasa beban. Tapi pada masa sama saya rasa bersalah. Saya nak kahwin. Kami nak beli harta sendiri. Kalau kahwin nanti siapa nak jaga kewangan keluarga saya? "Sebagai anak perempuan, boleh ke saya lepaskan tanggungjawab sebagai anak ni?" ujarnya. Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen memberi pandangan bahawa bukan menjadi tanggungjawab anak perempuan untuk memberi nafkah kepada ibu bapa kerana pengadu mempunyai adik beradik lelaki. "Anak perempuan tak perlu bertanggungjawab terhadap keluarga. Atas ihsan awak sahaja. Sebab awak bukan wajib tanggung mereka pun. Baik awak berhenti bagi duit sebelum mereka jadikan awak sebagai bank. "Bukan tanggungjawab awak nak jaga adik-beradik awak nak tanggung semua. Tu tanggungjawab mak ayah awak. Mak ayah tu yang tak patut pilih kasih. Tak perlu layan pun sebab tak berdosa. "Anak perempuan adalah tanggungjawab parents sampailah dia berkahwin dan serahkan kepada suami. Jadi tiada tanggungjawab pun. Melainkan atas ihsan anak perempuan sendiri. Parents tu tanggungjawab anak lelaki sampailah dalam kubur. Jadi patutnya parents awak didik anak lelaki mereka supaya bertanggungjawab. "Bukan tanggungjawab awak pun untuk tanggung semua tu," demikian antara komen netizen. -CARI Sumber: mStar Online
|
Kitty_catz replied at 20-2-2023 01:17 PM
biasa denga ni esp family mulayu.. yg serba serbi anak laki tu ditatang mcm minyak yg penuh.. sbb it ...
Burong_Hantuk: sampai terkena MDD...bertabahl ...
white_musk replied at 20-2-2023 11:52 AM
INI lah ibu bapa cemerlang kerana berjaya mengejar impian mereka yang berpegang pada tali "ANAK ANAK ...
pearl.silver replied at 20-2-2023 02:33 PM
Klu i jd dia dah mls nk layan dah family sendiri tu. Biarlah kne cop ank derhaka pun.
Mental sendiri ...
ADVERTISEMENT