CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Putus Dengan Pemain Bola Sepak, Yazmin Aziz Bercinta Pula Dengan Atlet Hong Kong

20-2-2023 11:34 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6972| Komen: 69

Selepas putus cinta dengan seorang pemain bola sepak, Yazmin Aziz sudah bertemu pengganti.

Yazmin, 22, berkata, dia kini sedang diulit bahagia bersama atlet bola keranjang asal Hong Kong dikenali sebagai Austin Veloso.


Berkongsi detik pertemuan mereka sekitar Januari lalu, Yazmin berkata, semuanya berlaku dengan pantas namun usaha Austin, 26, yang cuba mendekatinya membuatkan dia menerima jejaka berkenaan sebagai teman lelaki.

Foto: IG

“Kami bertemu pada Januari lalu ketika Austin menyertai pertandingan di Kuala Lumpur dan kebetulan saya bersama keluarga pergi menonton perlawanan tersebut.

“Kemudian ada peminat ajak kami bergambar bersama dengan pemain dan daripada situ kami mula kenal.

“Mulanya saya memang tak layan walaupun setiap hari dia hantar mesej ajak berjumpa dan sebelum dia pulang ke Hong Kong kami bertemu malah ibu saya turut ikut,” katanya kepada mStar.


Tambah bekas peserta Big Stage 2022 ini, keserasian di antara mereka membuatkan dia yakin lelaki tersebut adalah yang terbaik untuk dijadikan pasangan hidup.

Meskipun menjalani hubungan jarak jauh, ia bukanlah satu masalah besar kerana mereka sentiasa berhubung dan sudah menetapkan perancangan jadual untuk berjumpa setiap bulan.

“Dari dulu lagi saya sentiasa tetapkan dalam fikiran kalau bercinta adalah untuk mencari pasangan hidup dan berkahwin.

"Austin seorang lelaki yang berbeza dan saya rasa tenang dengannya. Apa yang dia mahu selari dengan pendirian saya.



“Secara peribadi saya sedia untuk berkahwin. Usia muda bukan jadi penghalang. Kalau ada jodoh mungkin selepas tamat belajar hujung tahun ini saya mahu kahwin.

“Walaupun kami ini LDR (long distance relationship), tapi rasanya dia sentiasa ada bersama. Dia selalu update melalui mesej dan telefon. Kami juga cuba untuk tetapkan berjumpa sebulan sekali sama ada saya terbang ke sana atau di datang ke sini,” ujar.



Sementara itu mengulas tentang hubungannya sebelum ini, menurut Yazmin perbezaan budaya antara faktor yang membuatkan mereka memilih jalan berpisah.

Yazmin yang bercinta dengan Nixon Guylherme pada Julai 2022 bagaimanapun mengambil jalan perpisahan tiga bulan kemudian.




“Dengan dia (Nixon) saya rasa memang tidak sepadan. Banyak perbezaan antara kami seperti budaya. Bahasa juga menjadi salah satu faktor hubungan kami tidak menjadi,” jelasnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 20-2-2023 11:37 AM
senangnya dpt pengganti
Quote akuHavocczz 20-2-2023 11:39 AM
Ambil tempat uqasha kah?
Quote shernazz 20-2-2023 11:40 AM
Dia ni berlakon okay tak?
Iols belum.pernah tengok lagi
Quote prince_marhaen 20-2-2023 11:47 AM
..keserasian di antara mereka membuatkan dia yakin lelaki tersebut adalah yang terbaik untuk dijadikan pasangan hidup..


serasi ke secocokkkkk....of course rasa rasa dulu la kan.. ahahahaha..minah pinoy celop ni dah macam call girl dah...ke hulu ke hilir berkepit bagai... lepas tu merentan kata tak dapat ajaran agama yang betul...dia jahil...lepas tu buat lagi.. kangkang lagi..
Quote vanillaninja 20-2-2023 11:51 AM
Sheols bukan ada darah Pinoy kan? Pak tiri je Pinoy kan?
Quote miszclassique 20-2-2023 11:52 AM
Weh jumpa bulan januari tapi ayat mcm dah bertahun kenal... Ni baru februari

Laki aku pun berbulan kahwin baru dpt dengar kentut bini dia ni tu pun sbb terlepas 1 kali tu je, takkan ko sebulan kenal terus you complete me macam budak wechat
Quote TerataiMelur02 20-2-2023 12:04 PM
Macam pondan la sheols ni
Quote rayna_raynes 20-2-2023 12:07 PM
vanillaninja replied at 20-2-2023 11:51 AM
Sheols bukan ada darah Pinoy kan? Pak tiri je Pinoy kan?

pak kandung dia pinoy

Quote rayna_raynes 20-2-2023 12:09 PM
anyway wartawan msia suka nau cover berita bbnu bercinta. normal lah umur mcm ni tukar2 boyfriend. bukan semua orang date to marry
Quote rayna_raynes 20-2-2023 12:10 PM
shernazz replied at 20-2-2023 11:40 AM
Dia ni berlakon okay tak?
Iols belum.pernah tengok lagi

bagi iols okay, tapi watak komedi je. sheols takleh bawak watak serius/berat.


Quote tipah89 20-2-2023 12:29 PM
ntahla dia ni kuar cita je mesti pasal jantan. pastu xsudah2 dgn mix pinoy dia. ingat cinta mati dgn ex da kehulur kehilir mcm laki bini kan.
Quote vanillaninja 20-2-2023 12:30 PM

Ingatkan pak tiri je Pinoy. I sebenarnya terhibur je dengan sheols ni
Quote susukambingbest 20-2-2023 01:13 PM
"Meskipun menjalani hubungan jarak jauh, ia bukanlah satu masalah besar kerana mereka sentiasa berhubung dan sudah menetapkan perancangan jadual untuk berjumpa setiap bulan".

Ayat ulangan bila ptus nti. Msalah pjj, budaya, agama.
Quote makton 20-2-2023 01:14 PM
masculin betul muka dia ni.
mcm ada sorg budak tgh chambering kat tiktok tu. tun laila ke ape nama dia.
klu bare face or off filter mmg nampak gagah betul muka dia
Quote olezzeli17 20-2-2023 01:15 PM
Asal keluar je cerita dia ni, mesti pasal lelaki.
Quote scarflicious 20-2-2023 01:20 PM
Murahan sgt dia ni
Quote heythere123 20-2-2023 01:28 PM
shernazz replied at 20-2-2023 11:40 AM
Dia ni berlakon okay tak?
Iols belum.pernah tengok lagi

sheols penyanyi so tak sure ada berlakon ke tak
Quote heythere123 20-2-2023 01:28 PM
makton replied at 20-2-2023 01:14 PM
masculin betul muka dia ni.
mcm ada sorg budak tgh chambering kat tiktok tu. tun laila ke ape nama d ...

ot sikit, cantiknya nama dia
Quote minahmanja 20-2-2023 02:18 PM
miszclassique replied at 20-2-2023 11:52 AM
Weh jumpa bulan januari tapi ayat mcm dah bertahun kenal... Ni baru februari

Laki aku pun b ...

february pun belum abis, dh ckp psl kawin... hahhahaa... kalau aku jadik bf ensem dia mmg lari lahh... lum apa2 lg tu..

Lihat semua komen(69)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:45 PM GMT+8 , Processed in 0.042225 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top