View: 6320|Reply: 69
|
Putus Dengan Pemain Bola Sepak, Yazmin Aziz Bercinta Pula Dengan Atlet Hong Kong
[Copy link]
|
|
Selepas putus cinta dengan seorang pemain bola sepak, Yazmin Aziz sudah bertemu pengganti.
Yazmin, 22, berkata, dia kini sedang diulit bahagia bersama atlet bola keranjang asal Hong Kong dikenali sebagai Austin Veloso.
Berkongsi detik pertemuan mereka sekitar Januari lalu, Yazmin berkata, semuanya berlaku dengan pantas namun usaha Austin, 26, yang cuba mendekatinya membuatkan dia menerima jejaka berkenaan sebagai teman lelaki.
Foto: IG
“Kami bertemu pada Januari lalu ketika Austin menyertai pertandingan di Kuala Lumpur dan kebetulan saya bersama keluarga pergi menonton perlawanan tersebut.
“Kemudian ada peminat ajak kami bergambar bersama dengan pemain dan daripada situ kami mula kenal.
“Mulanya saya memang tak layan walaupun setiap hari dia hantar mesej ajak berjumpa dan sebelum dia pulang ke Hong Kong kami bertemu malah ibu saya turut ikut,” katanya kepada mStar.
Tambah bekas peserta Big Stage 2022 ini, keserasian di antara mereka membuatkan dia yakin lelaki tersebut adalah yang terbaik untuk dijadikan pasangan hidup.
Meskipun menjalani hubungan jarak jauh, ia bukanlah satu masalah besar kerana mereka sentiasa berhubung dan sudah menetapkan perancangan jadual untuk berjumpa setiap bulan.
“Dari dulu lagi saya sentiasa tetapkan dalam fikiran kalau bercinta adalah untuk mencari pasangan hidup dan berkahwin.
"Austin seorang lelaki yang berbeza dan saya rasa tenang dengannya. Apa yang dia mahu selari dengan pendirian saya.
“Secara peribadi saya sedia untuk berkahwin. Usia muda bukan jadi penghalang. Kalau ada jodoh mungkin selepas tamat belajar hujung tahun ini saya mahu kahwin.
“Walaupun kami ini LDR (long distance relationship), tapi rasanya dia sentiasa ada bersama. Dia selalu update melalui mesej dan telefon. Kami juga cuba untuk tetapkan berjumpa sebulan sekali sama ada saya terbang ke sana atau di datang ke sini,” ujar.
Sementara itu mengulas tentang hubungannya sebelum ini, menurut Yazmin perbezaan budaya antara faktor yang membuatkan mereka memilih jalan berpisah.
Yazmin yang bercinta dengan Nixon Guylherme pada Julai 2022 bagaimanapun mengambil jalan perpisahan tiga bulan kemudian.
“Dengan dia (Nixon) saya rasa memang tidak sepadan. Banyak perbezaan antara kami seperti budaya. Bahasa juga menjadi salah satu faktor hubungan kami tidak menjadi,” jelasnya. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
senangnya dpt pengganti |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni berlakon okay tak?
Iols belum.pernah tengok lagi |
|
|
|
|
|
|
|
..keserasian di antara mereka membuatkan dia yakin lelaki tersebut adalah yang terbaik untuk dijadikan pasangan hidup..
serasi ke secocokkkkk....of course rasa rasa dulu la kan.. ahahahaha..minah pinoy celop ni dah macam call girl dah...ke hulu ke hilir berkepit bagai... lepas tu merentan kata tak dapat ajaran agama yang betul...dia jahil...lepas tu buat lagi.. kangkang lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sheols bukan ada darah Pinoy kan? Pak tiri je Pinoy kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Weh jumpa bulan januari tapi ayat mcm dah bertahun kenal... Ni baru februari
Laki aku pun berbulan kahwin baru dpt dengar kentut bini dia ni tu pun sbb terlepas 1 kali tu je, takkan ko sebulan kenal terus you complete me macam budak wechat |
|
|
|
|
|
|
|
Macam pondan la sheols ni |
|
|
|
|
|
|
|
anyway wartawan msia suka nau cover berita bbnu bercinta. normal lah umur mcm ni tukar2 boyfriend. bukan semua orang date to marry |
|
|
|
|
|
|
|
bagi iols okay, tapi watak komedi je. sheols takleh bawak watak serius/berat.
|
|
|
|
|
|
|
|
ntahla dia ni kuar cita je mesti pasal jantan. pastu xsudah2 dgn mix pinoy dia. ingat cinta mati dgn ex da kehulur kehilir mcm laki bini kan. |
|
|
|
|
|
|
|
Ingatkan pak tiri je Pinoy. I sebenarnya terhibur je dengan sheols ni
|
|
|
|
|
|
|
|
"Meskipun menjalani hubungan jarak jauh, ia bukanlah satu masalah besar kerana mereka sentiasa berhubung dan sudah menetapkan perancangan jadual untuk berjumpa setiap bulan".
Ayat ulangan bila ptus nti. Msalah pjj, budaya, agama. |
|
|
|
|
|
|
|
masculin betul muka dia ni.
mcm ada sorg budak tgh chambering kat tiktok tu. tun laila ke ape nama dia.
klu bare face or off filter mmg nampak gagah betul muka dia |
|
|
|
|
|
|
|
Asal keluar je cerita dia ni, mesti pasal lelaki. |
|
|
|
|
|
|
|
shernazz replied at 20-2-2023 11:40 AM
Dia ni berlakon okay tak?
Iols belum.pernah tengok lagi
sheols penyanyi so tak sure ada berlakon ke tak |
|
|
|
|
|
|
|
makton replied at 20-2-2023 01:14 PM
masculin betul muka dia ni.
mcm ada sorg budak tgh chambering kat tiktok tu. tun laila ke ape nama d ...
ot sikit, cantiknya nama dia |
|
|
|
|
|
|
|
february pun belum abis, dh ckp psl kawin... hahhahaa... kalau aku jadik bf ensem dia mmg lari lahh... lum apa2 lg tu..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|