CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

27 Tahun Hidup Secara Islam, Gadis Terkejut Baru Tahu Didaftarkan Sebagai Penganut Kristian Di Sijil Lahir

20-2-2023 10:45 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1906| Komen: 13

Seorang wanita Sabah yang dilahirkan serta dibesarkan sebagai seorang Muslimah tidak menyangka bahawa dirinya selama ini didaftarkan sebagai seorang penganut agama Kristian.

Wanita yang dikenali sebagai Farhana itu berkongsi kisah hidupnya melalui di TikTok dan mendedahkan bahawa dia hanya mengetahui hal tersebut selepas menukar sijil kelahiran yang baharu di usia 27 tahun.


Ini semua terjadi gara-gara mklumat mengenai status agamanya tidak tertera di sijil kelahiran miliknya sebelum ini malah dia juga tidak perasan dan terlepas pandang tentang perkara itu di kad pengenalannya.


Walaupun terkejut dengan situasi itu kerana bapanya adalah seorang Islam, namun wanita berkenaan menjelaskan bahawa kekeliruan tersebut mungkin berlaku disebabkan status ibunya yang merupakan seorang Mualaf.

"Ayah saya memang seorang Islam, ibu saya Kristian. Tapi ibu saya sudah memeluk Islam sebelum mereka berdua berkahwin. Jadi, semasa mereka berkahwin, kedua-duanya sudah pun Islam."



Menurutnya lagi status keagamaan ibunya di sijil kelahiran miliknya tertulis sebagai seorang Kristian dan kenyataan itu tidak boleh diubah walaupun telah bergelar Islam menyebabkan dia turut didaftarkan sebagai penganut Kristian kerana mengikut agama asal ibunya.

"Sijil kelahiran ibu saya memang tertulis sebagai Kristian sebab dilahirkan sebagai penganut Kristian sebelum dia memeluk Islam. Jadi, itu tidak boleh ditukar di sijil kelahiran, tetapi di kad pengenalan boleh."



Wanita berkenaan kemudiannya segera memaklumkan kepada pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah untuk menguruskan hal tersebut agar tidak lagi berlaku kekeliruan. 

Wanita itu juga menegaskan bahawa kejadian itu tidak menjadikan dirinya sebagai seorang penganut agama lain malah dia masih lagi mengamalkan cara hidup sebagai Muslim. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote vanillaninja 20-2-2023 10:48 AM
Menurutnya lagi status keagamaan ibunya di sijil kelahiran miliknya tertulis sebagai seorang Kristian dan kenyataan itu tidak boleh diubah walaupun telah bergelar Islam menyebabkan dia turut didaftarkan sebagai penganut Kristian kerana mengikut agama asal ibunya.


I confused. Agama anak ikut agama ibu ke? Bukan bapa? And masa daftarkan kelahiran anak, memang kita rujuk surat beranak ibu ke?
Quote ultra78 20-2-2023 10:51 AM
Jangan risau, nak tukar jadi islam mudah aje, yang susah adalah bila nak tukar ke agama lain daripada islam..
Quote Burong_Hantuk 20-2-2023 10:55 AM
moga dipermudahkan yer
Quote sambaldurian 20-2-2023 11:01 AM
islam jela yg satu2nya agama atas kad pengenalan Msia ni sbb kononnya klu accident ke , mati katak keseorangan ke, nk kapan kebumi as  islam. Aku pun xtau napa agama2 lain x tertera atas kad ic sini. So myb dia terlepas pandang la xtau format ic cmne.
Quote dua_chzy 20-2-2023 11:20 AM
Calleja? Ni kakak ex student aku ni.

Quote dua_chzy 20-2-2023 11:23 AM
vanillaninja replied at 20-2-2023 02:48 AM
I confused. Agama anak ikut agama ibu ke? Bukan bapa? And masa daftarkan kelahiran anak, memang ki ...

Akak rasa ada cerita lain ni. Deols ni keturunan Pelipin, bukan original Sabahan. Tapi memang born Muslim la yang aiols tau. Adik pompuan ni aiol pernah ajar dolu.
Quote vanillaninja 20-2-2023 11:44 AM
dua_chzy replied at 20-2-2023 03:23 AM
Akak rasa ada cerita lain ni. Deols ni keturunan Pelipin, bukan original Sabahan. Tapi memang born ...

No wonder cerita sheols ni macam tak berapa make sense kalau ikut local laws. Ingatkan memang asal Sabah.
Quote miszclassique 20-2-2023 11:48 AM
dua_chzy replied at 20-2-2023 11:23 AM
Akak rasa ada cerita lain ni. Deols ni keturunan Pelipin, bukan original Sabahan. Tapi memang born ...

Tapi kat surat beranak dia tulis Warganegara
Memang boleh ke
Quote dua_chzy 20-2-2023 12:38 PM
miszclassique replied at 20-2-2023 03:48 AM
Tapi kat surat beranak dia tulis Warganegara
Memang boleh ke

Family bapa dia dah berpuluh tahun tinggal di Sabah. So barangkali dah warganegara. Family mak dia aiol tak pasti pula keturunan apa.
Quote Atata 20-2-2023 01:10 PM
dua_chzy replied at 20-2-2023 11:23 AM
Akak rasa ada cerita lain ni. Deols ni keturunan Pelipin, bukan original Sabahan. Tapi memang born ...

Berita sekarang suka cedok content dari tiktok petuiks. Content sampah pun diangkat jadi news. Mungkin pengarah jpn sabah garu kepala baca news ni. Pelipin ni kalau ada surat lahir sebab diorang beli surat lahir anak org yg mati. Nanti ic pun dia beli jg. Hahah
Quote nononcrux 20-2-2023 02:26 PM
dua_chzy replied at 20-2-2023 11:23 AM
Akak rasa ada cerita lain ni. Deols ni keturunan Pelipin, bukan original Sabahan. Tapi memang born ...

nak claim original malaysia, kena la buat cite siket bua raso raso
Quote mojarean_X 20-2-2023 02:41 PM
sambaldurian replied at 20-2-2023 11:01 AM
islam jela yg satu2nya agama atas kad pengenalan Msia ni sbb kononnya klu accident ke , mati katak k ...

Ohh tu sbbnya byk kes berebut jenazah antara majlis agama dan keluarga jenazah. Keluarga nk bakar dan majlis agama pula nk tanam. Tp motif si mati peluk islam x bgtau ahli keluarga tu dh nape?
Quote rosedemon 21-2-2023 08:33 AM
ada beza ke amlakan je islam ko agama islam la kan. ke aku salah

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 09:47 AM GMT+8 , Processed in 0.039970 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top