CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

300 Tahun Dianggap Sebagai Mumia Ikan Duyung, Rupa-Rupanya Hanya Diperbuat Dariapada Kain, Kertas, Kapas Dan Ikan

20-2-2023 10:32 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1615| Komen: 19

TOKYO – Misteri selama hampir 300 tahun yang menyelubungi sejenis ‘makhluk’ dianggap mumia ikan duyung akhirnya terbongkar.

Ia didapati sebenarnya adalah bahan buatan manusia yang dicampur dengan beberapa bahagian ikan.


New York Post melaporkan, makhluk sepanjang 30.4 sentimeter itu mula ditemui di Lautan Pasifik, luar pantai pulau Shikoku, Jepun, antara tahun 1736 hingga 1741.


Foto: Pen News

Kumpulan penyelidik menyimpulkan bahawa makhluk yang dipuja oleh penduduk tempatan dan ditempatkan di sebuah tokong di bandar Asakuchi selama 40 tahun itu diperbuat daripada kain, kertas, kapas dan beberapa bahagian ikan.

Dengan ekspresi wajah menakutkan, gigi yang tajam, tangan diletakkan pada tepi kepala serta beberapa helaian ‘rambut’, ia kelihatan seperti manusia.

Namun, bahagian bawah badannya menyerupai ikan, sekali gus membuatkan makhluk itu dianggap sebagai ikan duyung yang telah dijadikan mumia.


Penduduk tempatan percaya sesiapa yang memakan daging makhluk itu tidak akan mati, bahkan ada juga yang berpendapat ia boleh membantu menamatkan pandemik Covid-19.

Bagi merungkai persoalan tersebut, sekumpulan penyelidik dari Universiti Sains dan Seni Kurashiki melakukan kajian menggunakan imbasan tomografi berkomputer (CT).

Kini, mereka mendedahkan penemuan kajian dan mendakwa bahawa makhluk berkenaan sebenarnya hanya bahan buatan yang dihasilkan pada lewat 1800-an.

“Berdasarkan analisis kami dan sejarah penghasilan mumia di Jepun, kami boleh menyimpulkan bahawa ‘mumia duyung’ itu mungkin dihasilkan oleh manusia,” kata pakar paleontologi yang terlibat dalam projek itu, Takafumi Kato.

Imbasan X-ray yang dilakukan menunjukkan ia tidak mempunyai tulang belakang, tulang rusuk atau tulang rangka lain namun, sebahagian badannya diperbuat daripada ikan seperti rahang dan gigi. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Themilo 20-2-2023 10:35 AM
beratus tahun ditipu
Quote tikusmontok 20-2-2023 10:35 AM
Ingatkan kisah dari ndon
Quote vanillaninja 20-2-2023 10:50 AM
Nohhh, orang Jepun pun tertipu jugak
Quote KamikuP 20-2-2023 10:55 AM
IndON dan JepON berpisah teda
Quote Burong_Hantuk 20-2-2023 10:57 AM
lambat pulak dpt detect asal usul makhluk tu
Quote plywood 20-2-2023 11:32 AM
Jenglot dari indon..







Quote Sazreena 20-2-2023 11:38 AM
Naniiiii...
Quote prince_marhaen 20-2-2023 11:40 AM
padahal patung boneka mainan anak-anak orang asal jepun dulu-dulu..hujung-hujung jadi tohan pemujaan.. ahaahahahaha..
Quote primarikey 20-2-2023 11:42 AM
Lama jugak dorg kena scam
Quote sharlenetexas 20-2-2023 11:43 AM
300 tahun org jepun kena scam.

Quote Simunggu 20-2-2023 12:24 PM
scammer tahun 1800...
Quote tripleid 20-2-2023 01:12 PM
jenglot yg ummah nusantara dok puja tu pun 2x5 scam
Quote Weller 20-2-2023 01:21 PM
bukan berita 2-3 tahun lepas ke...?



ops....
Quote cranell 20-2-2023 01:40 PM
ni mesti zaman dulu punya scammer buat kerja
Quote green~tea 20-2-2023 01:52 PM
plywood replied at 20-2-2023 11:32 AM
Jenglot dari indon..

Scaryyyyyyyyyyyyy

Orang cakap deme puja jenglot ni utk dijadikan khadam jaga duit, tarik duit or menjalan apa2 suruhan tuan bela
Quote green~tea 20-2-2023 01:54 PM
Ntah2 mmg jenglot versi japan ye dakkkkk...  sbb sana pun kepercayaan animisme mmg kuat...

Shinto pun sejenis animisme kan.. sembah segala jenis semangat.. termasuk public figure pun deme ada temple sembah.. contoh cam meiji shrine tu
Quote noor2 20-2-2023 01:58 PM
Kahkah...tu la bodoh je sapa yg suka percaya hantu2 ni....last2 semuanya tipu belaka
Quote sangbara2020 20-2-2023 02:58 PM
yg dh meninggal tu mati dgn penipuan lah...siannn
Quote rosedemon 21-2-2023 08:32 AM
yg ttpu tu la bodo

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 07:50 AM GMT+8 , Processed in 0.039222 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top