BENGKULU – Seorang gadis berusia 22 tahun diberkas polis di wilayah Bengkulu, Indonesia selepas dia melakukan siaran live dalam keadaan berbogel di akaun Instagram. Laman berita Suara melaporkan, penangkapan itu disahkan oleh Ketua Polis Bengkulu, Anuradi, yang menyatakan gadis berkenaan ditangkap ketika pasukan siber sedang melakukan kawalan dan menemui penstriman secara langsung menerusi media sosialnya.
Dalam pada itu, laman berita Detik Sumut melaporkan, setiap kali penstriman itu diadakan, gadis tersebut menggunakan kostum-kostum mencolok mata dan kegiatan itu dilakukan di sebuah hotel di Kota Bengkulu. Dia turut mengaku melakukan perbuatan tersebut sejak awal Februari ini. Sejak melakukan kegiatan tersebut, gadis berkenaan telah mengaut keuntungan berjumlah jutaan rupiah. Pihak berkuasa merampas beberapa barang bukti, antaranya adalah dua telefon bimbit, akaun Instagram, Kad SIM dan baju yang digunakan untuk aksi tersebut. – CARI
Sumber: Kosmo
|
zarulnazmi replied at 20-2-2023 03:26 PM
yang dalam Malaysia ni ada yang terlepas. siap ada akaun OF masa masih belajar. lepas tu elok je dap ...
epullipan replied at 20-2-2023 05:15 PM
spill the tea bro..hint
zarulnazmi replied at 21-2-2023 08:23 AM
https://ms.wikipedia.org/wiki/Pulau_(filem)
ADVERTISEMENT