CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Janda Menderita Pendarahan Otak Besarkan 3 Anak Seorang Diri, Hanya Ada RM750 Sebulan Untuk Sambung Nyawa

20-2-2023 10:13 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3550| Komen: 66

KLANG – Seorang ibu tunggal yang membesarkan tiga anaknya berusia tujuh hingga 17 tahun, terpaksa bergantung hidup dengan bantuan yang diterima daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) berjumlah RM750 sebulan.


Keadaan itu disebabkan Halimah Saidin, 39, tidak lagi mampu bekerja sebagai pemandu bas sekolah selepas wanita itu pengsan lima tahun lalu di rumahnya.

Menurutnya, hasil pemeriksaan doktor kemudiannya mendapati, dia mengalami pendarahan otak dan kini terpaksa menggunakan kerusi roda sepenuhnya untuk bergerak.


Foto: kosmo

“Ini menyebabkan saya tidak boleh bergerak cergas dan berhenti sebagai pemandu bas sekolah. Pendapatan sebanyak RM1,200 sebulan hilang.

“Saya kemudiannya cuba menampung kehidupan bersama anak-anak dengan membuat sambal bilis Pahang dan mampu meraih purata RM500 sebulan,” katanya ketika dilawati aktivis Sosial, Muhammad Alif Syamrin Abdullah di rumahnya, baru-baru ini.


Halimah memberitahu, dia menjadi ibu tunggal dengan me­nyara tiga anaknya selepas bercerai dengan suaminya.

Bercerita lanjut, dia terpaksa berhenti membuat sambal tersebut selepas penglihatannya semakin kabur akibat komplikasi diabetis dua tahun lalu.

“Susulan itu, anak sulung ‘terpaksa’ bercuti sekolah selama setahun bagi menjaga saya. Dia akan kembali sesi persekolahan baru tahun ini untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Hasil pemeriksaan terbaharu, doktor menasihatkan saya supaya mengambil ubat tambahan bernilai RM400 ekoran bimbang sekiranya berlaku kanser di bahagian otak,” ujarnya.

Jelas wanita itu, perbelanjaan kehidupan mereka kini adalah menerusi bantuan bulanan Lembaga Zakat Selangor (LZS) berjumlah keseluruhan RM750 bagi sewa rumah dan sara hidup.

“Saya juga perlu membuat pembedahan bagi membetulkan saluran makanan di bahagian leher dalam masa terdekat yang belum diketahui kosnya.

“Anak bongsu pula mempunyai masalah injap jantung dan perlu dibedah apabila berusia 16 tahun. Apabila memikirkan semua ini sememangnya buntu,” luahnya.

Sehubungan itu, bagi yang ingin membantu boleh me­nyalurkannya menerusi akaun Maybank bernombor 1622 1854 2279 atau menghubungi Halimah di talian 011-14464458. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote felinecat 20-2-2023 10:16 AM
Bekas suami x membantu langsung ke bg nafkah.. Enak2 kawen baru ke mcmne
Quote manehnya 20-2-2023 10:20 AM
allah kesiannya.. smoga allah bantu mudahkan urusan dia dan anak2, bekas suami ptt bantu la anak tu tetap anak dia, terok la kalau dah ibu nya sakit pun dia biarkan, mmg layak masuk neraka ja bapak jenis tu, mmg layak mereput tepi jalan tua nanti!
Quote supernaturalee 20-2-2023 10:24 AM

allah kesiannya.. smoga allah bantu mudahkan urusan dia dan anak2, bekas suami ptt bantu la anak tu tetap anak dia, terok la kalau dah ibu nya sakit pun dia biarkan, mmg layak masuk neraka ja bapak jenis tu, mmg layak mereput tepi jalan tua nanti!



Quote primarikey 20-2-2023 10:26 AM
Kesian akak ni
Bekas laki pandai cret je ke
Dh cerai, dh ada keluarga baru... lupa ank dgn bekas isteri...dh memg bsedia nk jd ahli neraka ke...
Quote prettyuglybabe 20-2-2023 10:30 AM
primarikey replied at 20-2-2023 10:26 AM
Kesian akak ni
Bekas laki pandai cret je ke
Dh cerai, dh ada keluarga baru... lupa ank dgn bekas ist ...

dorang kata pompuan je penuh kat neraka..
so laki selamat la kot dari masuk neraka..
Quote Burong_Hantuk 20-2-2023 10:32 AM
Sedihnya....moga dipermudahkan urusan
Quote manehnya 20-2-2023 10:39 AM
Maybank bernombor
1622 1854 2279

halimah binti saidin



acc verified
Quote KamikuP 20-2-2023 10:59 AM
Moga dipermudahkan urusan yaach AAmin
Quote zuliana29 20-2-2023 11:05 AM
semoga dipermudahkan urusan kak..
yg mcm ni wajar lah dibantu.
tgk kat tiktok tiktoker dok bagi emas kt follower2 dia sampai berpuluh ribu.. motif?
konten sajorkk
Quote krustykrab 20-2-2023 11:06 AM
prettyuglybabe replied at 20-2-2023 10:30 AM
dorang kata pompuan je penuh kat neraka..
so laki selamat la kot dari masuk neraka..

Mana tak nya...bila ayah tu dh tua nk mampos sok ni, buat citer sedih..netizen pun suruh la maafkn ayahnya sambil tazkirah " ko tak de kat dunia ni kalau bukan sbb ayah ko".. ello ko ingat anak tu yg gedik² nk kuar ke dunia ni ke kalau tak sbb nafsu ko yg 1 tu.
Quote zuliana29 20-2-2023 11:11 AM

alhamdulillah done jgk
Quote nuril86 20-2-2023 11:13 AM
semoga dipermudahkan segala urusan buat kakak  ni...
Quote primarikey 20-2-2023 11:40 AM
prettyuglybabe replied at 20-2-2023 10:30 AM
dorang kata pompuan je penuh kat neraka..
so laki selamat la kot dari masuk neraka..

Hahaha
Ex husben aku tak bg nafkah ank start ank aku umo 12 tahun...skrg dh 17 tahun...block aku kt wasap...x pnh tanya khabar ank...org keliling aku ramai yg nasihat suh naik mhkmh...tp aku malas...sbb bila naik mhkmh pn, dorg akn mintak kita sediakn slip gaji ex husben, mintak alamat semua...cmane kita nk bg semua mklmt tu klu dia nk sembunyikn diri dari kita...last2 kes senyap mcm tu je....
Skrg aku pikir cmni je...ex bkn x tau tggjwb dia...bila ex tak bagi nafkah ank, x amik tau hal ank...maknanya dia dh bsedia la nk masuk neraka...so...klu dia sendiri dh bsedia nk masuk neraka...buat ape aku nk halang kn...
Quote shida81 20-2-2023 12:10 PM
Kesian mak n anak2.... Sedara mara x blh tlg skit2 ke...
Quote eyansss 20-2-2023 12:17 PM
tang suami/ bapak babi takde pulak orang nak heboh eh…
Quote cm_vungtau 20-2-2023 12:36 PM
Done derma
Quote acik79 20-2-2023 02:13 PM
primarikey replied at 20-2-2023 11:40 AM
Hahaha
Ex husben aku tak bg nafkah ank start ank aku umo 12 tahun...skrg dh 17 tahun...block aku k ...

Bapa2 yg tak bg nafkah ni tak senang pun hidup diaorg… dia nafikan hak anak2, semoga Allah ambil dr diaorg dalam mcm2 bentuk… dr segi harta dan kesihatan. Geram pula aku baca cite ko… bertabah la ye… semoga anak ko membesar jadi penyejuk jiwa… sentiasa ada bersama ko bila dah berjaya nanti.
Quote ifanonline 20-2-2023 02:17 PM
anak yg sulong tu dah boleh start cari duit
Quote manehnya 20-2-2023 02:45 PM
ifanonline replied at 20-2-2023 02:17 PM
anak yg sulong tu dah boleh start cari duit

mgkn dia yg jaga mak n adik2

Lihat semua komen(66)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-10-2024 05:42 PM GMT+8 , Processed in 0.050698 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top