CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Menteri Pendidikan Berdebar Anak Duduki SPM, "Saya Berdoa, Berpuasa Dan Buat Solat Hajat"

20-2-2023 10:08 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 900| Komen: 7

KAJANG – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek amat berdebar kerana anaknya mula menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hari ini.

Menurut Fadhlina, meskipun beliau seorang Menteri Pendidikan, tetapi beliau juga seorang ibu yang sentiasa mendoakan kejayaan untuk anak-anak.


Beliau malah memaklumkan berpuasa dan melakukan solat hajat bersama suami hari ini sebagai ikhtiar untuk kejayaan anak perempuannya itu.


Foto: Kosmo

“Semalam beliau (anak) sedikit sebak kerana kami tidak bersama secara fizikal, tetapi semangat dan doa sentiasa diberi. Saya fikir banyak ibadat boleh dilakukan oleh kita sebagai ibu bapa untuk kejayaaan anak-anak.

“Hari ini misalnya saya berpuasa dan bapanya bangun solat hajat bersama untuk kejayaan anak. Yang pasti berdebar,” katanya ketika ditemui pemberita di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Empat di Bangi dekat sini pagi ini.


Beliau tiba di sekolah berkenaan kira-kira pukul 7.10 pagi untuk meninjau persiapan peperiksaan SPM dan memberi kata-kata semangat kepada calon SPM.

Fadhlina dalam ucapan ringkasnya mendoakan kejayaan kepada semua calon SPM dan meminta mereka fokus, tenang serta sabar dalam menjawab soalan.

“Buat yang terbaik untuk diri sendiri, ibu bapa, masyarakat dan negara,” katanya.

Mengulas video tular vandalisme di sebuah sekolah di sekolah menengah di Pulau Pinang, beliau memaklumkan kaunseling telah diberikan kepada pelajar terlibat.

“Kita telah selesai siasatan disusuli dengan kaunseling dan kita akan lihat hasil kaunseling apa yang sebabkan mereka jadi begitu.

“Kita jangan putus asa dengan anak-anak ini. Saya faham ramai marah, tetapi anak-anak ini mesti diberi peluang, teguran dan kaunseling berterusan,” ujarnya.

Beliau turut meminta orang ramai tidak mendedahkan identiti pelajar terlibat dan tidak lagi menyebarkan rakaman video vandalisme tersebut supaya proses intervensi dapat berjalan dengan baik. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stingerbumpy 20-2-2023 10:14 AM
6 org anak...gudang buat anak ni...
Quote felinecat 20-2-2023 10:21 AM
Yg vandalism tu diberi kaunseling aje?? Sape nk byar ganti rugi kipas rosak, kerusi, pintu tu
Quote supernaturalee 20-2-2023 10:26 AM
Mengulas video tular vandalisme di sebuah sekolah di sekolah menengah di Pulau Pinang, beliau memaklumkan kaunseling telah diberikan kepada pelajar terlibat.


whats the tea ni

Quote kechikchomel 20-2-2023 10:30 AM
anak dia sekolah mana?
Quote Burong_Hantuk 20-2-2023 10:34 AM
all the best buat calon2 peperiksaan SPM
Quote Thunderclouds 20-2-2023 10:39 AM
Xpe laaa..
Cable besor ank² dh guaranteed khuensss...
Supaya x ot pg² tgk live fb sek ank aku pulak yg rasa bdebor² tgk  pengawas peperiksaan berucap.
Quote rosedemon 21-2-2023 08:30 AM
eleh failed pon kabel besor ye dak

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-10-2024 03:53 PM GMT+8 , Processed in 0.064564 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top