CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Terima Kasih Abah Belikan Nur Alesha Rumah Baru," Budak 4 Tahun Luah Hasrat Tak Nak Balik Sebelum Meninggal Di Mekah

20-2-2023 09:52 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3390| Komen: 23

Permintaan Nur Alesha Ammara Mohamad Amirul, 4, yang tidak mahu pulang ke Malaysia selepas tiba di Mekah menjadi kenyataan apabila kanak-kanak itu menghembuskan nafas terakhir di Madinah Selasa lalu.


Bapa kanak-kanak itu, Mohamad Amirul Zulkafly, 36, berkata, Nur Alesha yang juga anak keduanya itu berkata demikian ketika mereka sekeluarga tiba di sebuah hotel sebelum mengerjakan umrah pada 5 Februari lalu.


Foto: Kosmo

“Terima kasih Mummy, terima kasih Abah belikan Nur Alesha rumah baru. Alesha tak nak balik boleh tak?. Itu yang diucapkan anak kepada saya dan isteri Nur Ashwa Johalim.

“Pada mulanya kami tidak perasan semua ini selepas Nur Alesha dikebumikan baru kami sedar semua ucapan dan kegembiraannya.

“Malah Masa di Mekah juga dia ada minta belikan jubah putih dan kami memintanya sabar dan pakai pakaian itu di Madinah kerana perlu dicuci,” katanya ketika dihubungi semalam.


Mohamad Amirul yang juga seorang guru di Sabah memberitahu, mereka sekeluarga berlepas ke Tanah Suci iaitu pada 4 Feb lalu dan tarikh berkenaan merupakan hari ulang tahun kelahiran Alesha yang keempat.


Foto: kosmo

“Hari dia dikebumikan pula adalah hari yang sepatutnya kami sekeluarga pulang ke Malaysia,” luahnya sebak.

Tambahnya, anaknya seorang yang ramah dan ceria mula berubah sikap apabila tiba di Madinah apabila mula mengalami masalah kesihatan.

“Sebelum itu arwah sihat dan ceria seperti kebiasaan. Esoknya di Madinah lepas ziarah Masjid Nabawi kami ke perkuburan Jannatul Baqi, bersebelahan masjid tersebut.

“Ketika itulah Nur Alesha berubah sikap menjadi manja, tak mahu jalan sendiri dan minta saya dukung.

“Sampai hotel dia mula demam dan kami bagi ubat tetapi malam dia mula menggigil dan hampir sawan sebelum kami menghantarnya ke hospital,” kongsinya.

Mohamad Amirul menyifatkan arwah anaknya sangat bertuah dan dia dikebumikan di Jannatul Baqi.

“Syukur urusan kami dipermudahkan sepanjang di sana. Namun Nur Alesha disahkan tidak dapat diselamatkan pada hari ketiga dia dirawat di hospital,” ujarnya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote telracs 20-2-2023 09:48 AM
Kenapa masuk benang gosip?
Quote telracs 20-2-2023 09:50 AM
Innalillahi wainnailaihiroji'un.
Quote pocongkiutss 20-2-2023 09:51 AM
Aik..camne dia leh berlepas ke tanah suci 4 mac..hr ni baru 20/2 kut
Quote lasagnaklcc 20-2-2023 09:53 AM
Adik ni yg kena influenza kan... sedihnya.
Quote tikusmontok 20-2-2023 10:32 AM
Masya'allah, sekuburan dgn isteri2 dan sahabat2 Rasullulah saw, didoakan berjuta2 ummah saban tahun, bermainlah di taman2 shorga dik.
Quote Burong_Hantuk 20-2-2023 10:39 AM
al fatihah buat arwah
Quote tompie 20-2-2023 11:27 AM
Allahuakbar.. anak syurga.. untungnye ko dik.. moga dapat memberi syafaat pada kedua orang tuanye nanti..
Untung mak bapak adik ni..
Semoga keluarga Redha dan tabah menghadapai ujian Allah ini amin..
Semoga kita pun dikurniakan Allah rezeki untuk dikuburkan di perkuburan Baqi', insyaAllah amiin.
Quote Simunggu 20-2-2023 11:36 AM
kenapa tak bawa hospital sana?
Quote cap_ayam 20-2-2023 11:39 AM
Takziah kepada keluarga.
Quote miszclassique 20-2-2023 11:44 AM
Simunggu replied at 20-2-2023 11:36 AM
kenapa tak bawa hospital sana?

Memang hantar ke hospital kat madinah kan?
Meninggal kt hospital
Quote nononcrux 20-2-2023 02:32 PM
sedihnye 4tahun je dapat bersama.. Alfatihah
Quote rosedemon 21-2-2023 08:30 AM
sorga la ko dek senang hidup ko
Quote chinta89 22-2-2023 04:31 PM
takziah, dan syurga buatmu syg comel
Quote ladybugz 22-2-2023 05:31 PM
mcm flu atau viral fever kah.apapun innalillah dan semoga keluarga tabah menghadapi ujian. my mom yg baru balik umrah baru2 pun seolah terkena jangkitan virus habis jemah semua kena n ada yg terpaksa ke hospital dan ade y stay ni hotal semata. my mom balik terus x dpt bangun. hanya boleh ke toilet semata .
Quote Nham22 22-2-2023 05:38 PM
Brape die demam membawa kepade kematian???
Quote Tinot7 22-2-2023 05:49 PM
Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun.. comey jahh adik ni.. tapi kejap sgt bersama mak pak dia..
Quote Decaffeinated 22-2-2023 07:06 PM
Memang biasa bila budak2 seronok sampai tempat baru akan cakap tak nak balik. Why is that news.
Quote Atata 22-2-2023 07:16 PM
Sedih kan berita ni. Dah berhari berlegar kat fb. Tiap kali baca tiap kali nangis. Memang Allah dah aturkan perjalanan dorang sekeluarga tu kesana
Quote Atata 22-2-2023 07:25 PM
Simunggu replied at 20-2-2023 11:36 AM
kenapa tak bawa hospital sana?

Bawaa.. dia terus masuk icu n doktor cakap anak dia sgt tenat sudah. Punya lah cepat padahal baru jak bagus2 anak dia sihat.. kesian xlama tu nazak, dorang buat baca yasin d masjid nabawi. Bapa dia cerita dorang yg baca yasin tu duduk dalam bulatan, tiba2 ada seekor merpati turun n berjalan ke arah bapa dia and masuk ke bulatan tu dari paha kanan, berlegar2 jap n keluar dari bulatan tu dari paha kiri dia.Bapa arwah ni terus rasa something mcm petanda? Tp ntahlah mungkin sekadar kebetulan la.

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-10-2024 04:05 PM GMT+8 , Processed in 0.062851 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top